Monday, February 28, 2011

SOTONG BEREMPAH



Salah satu kelainan nk masak sotong... dlm kurungan tulisan merah adalah ubahsuai yg sy buat... TQVM kepada yg empunya resepi....

SOTONG BEREMPAH
Sumber: Facebook Kongsi Resepi
Dikongsi: my-magic-kitchen

Bahan utama:
300 gm sotong yg panjang lebih sejengkal (dibuang hitamnya)

Bahan kisar:-
6 tangkai lada kering (digoreng dulu) - (2 sudu besar cili kisar)
3 ulas bawang kecil - (2 sudu besar bwg merah kisar)
3 ulas bawang putih - (1 sudu besar bwg putih kisar)
2 cm halia
Belacan

Bahan tumis:-
1 camca teh serbuk jintan kasar (jintan kasar disangai & dikisar dulu) - (x letak)
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkeh

garam
sedikit air

Sy tambah:
1 batang serai
1/2 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar sos tomato

Cara memasak:-
1) Tumis bahan kisar hingga naik bau lalu masukkan bahan tumis. Kacau & tunggu hingga garing.
2) Kemudian masukkan sotong. Masak hingga kuah pekat & berminyak.
3) Akhir sekali masukkan garam.

DAGING SALAI



Daging salai dibuat masak lemak cili api emmm pergggggh... sodapppp.... kebiasaannya lebihan daging korban akan disalai.... prosesnya xde la rumit sgt.... klu xde tmpt membakar bole aje bakar dlm oven... walau bagaimanapun hasilnya mungkin berbeza kerana tiada aroma semulajadi iaitu aroma asap...

Pertama sekali kalu salai cara tradisional, kena la ada buluh runcing or besi skewer tu (yg ni kena beli la).... buluh tu dibelah, diraut n ditiruskan hujungnya. Daging pula, dipotong lebar 2-3 jari, gaul garam & kunyit, kemudian cucuk 10-12 ketul pada buluh runcing td. Panggang/salai/bakar dgn api sederhana hingga 1/2 masak. Jgn sampai hangus or keras... nnti bila buat gulai x sedap. Apabila nk buat msk lemak cili api or apa2 ke, hiris la daging tadi nipis2 n masak ikut resepi kesukaan.

Daging salai ni bkn shj sedap dimasak lemak cili api, tetapi bole juga buat masak kicap, cicah dgn air asam dsbnya... proses salai menjadi ikutan dr generasi dahulu yang mana pada ketika itu tiada peti ais utk menyimpan lebihan daging korban.

Sunday, February 27, 2011

APAM GULA MERAH



Resepi apam yg sgt mudah.... perap 1 jam aje, no eno or no tapai nasi.... apam sy sedikit pucat warnanya sb guna gula perang... walau pun rupa x cun tapi rasa tetap sedap... sy CnP dr himpunan dlm pendrive... tqvm kpd yg empunya resepi....

APAM GULA MERAH
Dikongsi: my-magic-kitchen

3 cawan air
1/2 cawan gula merah (sy guna gula perang)
1/2 cawan gula pasir
*Ketiga-tiga bahan di atas hendaklah dimasak, ditapis dan dibiar sejuk.

500gm tepung gandum
1 pkt (11gm) Yis Mauripan, dibancuh dengan 1 cwn air dan sedikit gula pasir

Cara-cara:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk besar (Bila dia naik taklah melimpah2 nanti !!!) dan tuangkan bancuhan yis dan bancuhan gula. Gaul rata, seelok-eloknya menggunakan tangan.
2. Tutup bekas selama 1 jam. Dibiar adunan naik 3 kali ganda (sy terus tuang n perap di dalam loyang).
3. Panaskan kukusan. Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan bancuhan tepung ke dlm loyang dan kukus selama 40 minit.
5. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
6. Sedap dimakan dengan kelapa parut muda yg digaul dgn sedikit garam.

AYAM MASAK MERAH BERSANTAN



Resepi yg ringkas n menggunakan bahan2 yg biasa ada dlm esbox di rmh.... sy buat beberapa ketui aje, so resepi main agak2... sy sertakan sukatan asal sbg panduan....

AYAM MASAK MERAH BERSANTAN
Sumber: Resipi Radio Suria
Dikongsi: my-magic-kitchen

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dipotong lapan)
10 batang lada merah
sy tambah: 1 sudu besar cili kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 batang serai
200 ml kelapa kara (sy guna santan cap ayam)
200 ml air
Garam utk perasa
sy tambah: 1 keping asam

Cara Cara
1. Ayam diperap dengan garam dan kunyit
2. Lada merah, bawang besar, bawang putih, bawang merah dan serai dikisar halus.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.
4. Bahan bahan yang dikisar tadi, ditumis hingga garing.
5. Masukkan kelapa kara dan air biarkan sehingga mendidih
6. Akhir sekali, masukkan ayam, gula dan garam secukup rasa.


Saturday, February 26, 2011

SOTONG KICAP ALA THAI



Resepi yg mudah n sedap lalu kt tekak... ala-ala paprik gitu... tqvm kpd yg berkongsi resepi...

SOTONG KICAP ALA THAI
CnP: sweet thots@myresipi.com
(Sumber: Kicap Mahsuri - Saji Jun 2007)
Dikongsi: my-magic-kitchen

Bahan-bahan ( 3 - 4 org )
300g sotong hidup
3 sudu besar kicap pekat lemak manis mahsuri - (x guna pon brand mahsuri ni, bantai je cap maggi yg ada kat rumah) - sy pun sama
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
2 ulas bawang putih } kisar
1 cm halia } dikisar
1 biji cili merah } dimayang - x letak ganti dgn daun bawang
1 ulas bawang besar } dimayang
1 ulas bawang besar } dimayang
3 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Sedikit daun limau purut
2-3 biji limau nipis (optional) - i memang letak, lebih kick! - sy guna 1 bj lemon
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Bersih sotong & toskan airnya.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan kicap pekat & sos tiram serta air
4. Masukkan sotong & perasakan dengan garam & gula
5. Masukkan hirisan cili merah, bawang besar & daun limau purut. Kacau 1-2 minit, tutup api dan hidangkan.
6. Jika ingin, jus drpd 2-3 biji limau nipis boleh diperahkan untuk menambah rasa masam.

SUKUN GORENG



Sekali sekala layan sukun goreng besh juga... jarang2 sekali bila balik kg dpt la merasa... ni menu tertunggak kt kg aritu.... resepi main agak2 aje.... layanzzzz....

SUKUN GORENG

1 biji buah sukun
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit kunyit serbuk
1 biji telur ayam
Air utk bancuhan

Cara:
Sukun dibuang kulit dan hiris isinya. Tepung gandum, tepung beras, garam, kunyit, telur dan air digaul hingga sebati. Adunan jangan terlalu cair or terlalu pekat. Celup hirisan sukun ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.

Friday, February 25, 2011

JEMPUT-JEMPUT LABU HAJAH RAZIAH



JEMPUT-JEMPUT LABU HAJAH RAZIAH
Sumber: mak
Dikongsi: my magic kitchen

Bahan-Bahan:
1 biji labu kuning(saiz sederhana)
500 gm tepung gandum (bole kurang atau lebihkan bergantung kpd saiz labu)
gula secukup rasa
secubit garam

Cara:
Mula2 kupas labu kuning dan dipotong dadu 1 inci. Kemudian direbus dengan sedikit air. Setelah labu empuk, buang airnya dan lecek bersama gula sehingga hancur. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati. Adunan jgn la terlalu lembik atau terlalu keras. Kemudian,goreng dan hidangkan. Sesuai dijadikan hidangan sewaktu minum petang.

AYAM GORENG KICAP PEDAS FINGER LICKING GOOD....!!!



Sesuai makan dgn nasi putih or roti... ada sedikit perbezaan dgn ayam masak kicap yg biasa sy buat iaitu ada lengkuas... sblm2 ni sy xpnah letak lengkuas, xtau la org lain msk cmne.... bhn2 sy x blend ikut mana sempat aje.... pindaan yg tulisan merah ye... ok layan resepi n terima kasih byk2 cikflora....

AYAM GORENG KICAP PEDAS FINGER LICKING GOOD
Sumber: cikflora@myresipi.com
Dikongsi: my magic kitchen

Bahan-bahan
6 ketul ayam (paling best bahagian kepak)
Serbuk kunyit
Garam
1 btg serai - sy ketuk
2 biji bawang besar (sederhana) - sy guna 3 sudu besar bwg kisar
3 ulas bawang putih - sy ketuk
2 keping hirisan halia
Sedikit lengkuas (optional), klu isi, jangan byk sgt nanti rasanya pahit - sy ketuk
1 senduk cili kering yg telah direbus dan dikisar - sy guna 2 sudu besar cili yg telah dikisar
Kicap masin
Air asam jawa
1 sudu teh gula
Sedikit serbuk perasa
1 batang kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan biarkan setengah jam, kemudian goreng separuh masak
2. Masukkan bawang besar (sebiji sahaja), bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sedikit air ke dalam pengisar lalu bahan2 dikisar lumat (rujuk tulisan merah)
3. Panaskan minyak bekas goreng ayam tadi, kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Setelah 30 saat, masukkan bahan kisar tadi.
4. Setelah 1 minit, masukkan 1 senduk cili kering yang telah dikisar.
5. Masukkan 1 sudu teh gula dan air asam jawa secukupnya lalu bahan2 dibiarkan sambil dikacau sehingga naik minyak.
6. Setelah naik minyak, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi dan masukkan sekali hirisan 1 biji bawang besar (sy x letak hirisan bwg)
7. Masukkan kicap secukupnya dan masaklah sehingga rasa2 ayam sudah fully masak n hirisan bawang pun dh layu.

P/s: rasanya kicap tu dh masin, so tak yah la letak garam dah.

Tuesday, February 22, 2011

NASI KUNYIT & AYAM MASAK BALI



Dh xtau nk buat menu apa... oleh kerana ayam menu wajib ank2, maka kena cari alternatif pelbagaikan resepi.... emmmmm ank2 angkat ibu jari.... sedap la tuuuuuu.... x rugi mencubanya..... mmg kena sgt kombinasi nasi kunyit n ayam masak bali ni.... nasi tu ala2 nasi lemak tp ada rempah tumis.... wangi aje baunya... sy hidang bersekali dgn tomato ceri peberet anak2... emmm dh slmt xyah msk menu sayur lg... ringkas aje... resepi nasi sy CnP dari blog topsturvymum n ayam pulak dr Facebook Kongsi Resepi .... TQ semuanya kerana sudi kongsi resepi yg mabeles...

NASI KUNYIT
Sumber: Topsturvymun.blogspot.com
Dikongsi: My magic kitchen

4 cawan beras basmathi - sy guna beras biasa
1 sudu teh kunyit serbuk
1/4 inci kunyit basah (tumbuk dan ambil airnya) - sy x letak
1/2 biji limau nipis - sy guna lemon
4 sudu makan minyak
2 helai daun pandan
5 cawan santan (aku pakai 1 cawan susu cair dan 4 cawan air) - sy guna santan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
2 ulas bawang putih
4 biji bawang kecil
1/2 ibu jari halia

Cara:
1. Cuci beras dan rendam dgn kedua2 kunyit(serbuk dan basah) dan perahan air limau selama setengah jam. Kemudian toskan dan masuk dalam rice cooker. (sy skip rendam beras tu)
2. Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sampai naik bau.
3. Tuang rempah dalam rice cooker dan kacai sebati dgn beras.
4. Masukkan santan (atau susu cair + air) daun pandan dan garam.
5. Tekan on/cook.


AYAM MASAK BALI
Sumber: Facebook Kongsi Resepi
Dikongsi: My magic kitchen

1 ekor ayam (potong 12) digoreng tak yah garing sgt
1 kotak santan
2 helai daun pandan
1 biji limau nipis diperah airnya - sy guna 1/2 lemon
2 or 3 sudu kicap manis
garam secukup rasa atau pakai cube ayam satu sudah cukup
Sedikit white pepper

Bumbu yg dihaluskan:
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai lada merah
3 biji buah keras

Panaskan minyak dan tumiskan bumbu2 yg dikisar.
Masukkan santan 1/4 kotak dulu, air sedikit, lemon juice, kicap manis, cube ayam (garam) dan pepper. Kemudian dimasukkan ayam, daun pandan. Setelah mendidih dimasukkan lagi lebihan santan. Diaduk2 sampai mengental kuahnya pekat. Rasa... biasanya orang Bali seperti orang Jawa masakannya agak manis.

Nota: sy tambah air jadikan sedikit berkuah

Sunday, February 20, 2011

TELUR KAY TAGAL



Teruja nk try resepi ni sb namanya yg unik... senang dimasak n rasa yg enak... menu penyelamat sewaktu terdesak + perut dh minta diisi.... x rugi mencubanya.... CnP resepi dari Cari.com

psttt... abaikan itam2 angus tu ye.... biasa la smbil2 tu tgn buat keja lain... alih2 amik ckit warna kulit dayang senandung.... hihihi

TELUR KAY TAGAL

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam udang kering
10 batang cili padi
1 sudu cili blend
1 sudu sos tomato
stengah cawan air

**hiasan daun sup dan bawang goreng
3 biji telur

Cara masak:
1. 3 biji telur digoreng dan disusun dlm pinggan
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, udang kering, cili padi.
3. Panaskan minyak (jgn terlalu bnyk..agak2) tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga naik bau atau udang kering bertukar warna perang
4. Masukkan cili blend... kacau sehingga garing
5. Masukkan sos tomato dan air... kacau rata
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa (lebihkan gula sedikit)
7. Apabila kuah mendidih, tuangkan ke atas telur dlm pinggan tadi
8. Taburkan bawang goreng dan daun sup untuk aroma menyegarkan!! (sy abaikan xde stok)

p/s: rasa resepi ni manis2 pedas.....

SERIMUKA PISANG



Kes nk perabihkan pisang berangan yg bw balik dr kg cuti CNY aritu.... dh itam kulitnya dok hibernate dlm esbox.... sian plak lama2 dok sejuk dlm tu.... jln2 ke rmh Yatie terliur plak tgk dia buat serimuka ni.... Yatie buat cantik sgt... sy punya serimuka ala-ala aje la.... emmmm teramat la sedapnya.... Boboy2 n Boboy3 mkn hmpir 1/3 loyang dia org berdua aje.... n ofkoz pos setipuware ke rmh neber sebelah.... yg lain2 jgn jeles ye neber tu asik dpt je... klu tingin gak mai la pindah jd my neber or kita bikin xtvt baking2, gossip2, mkn2 lg.... sori, pix posing dlm keadaan x bersedia.... almaalumlah nk tggu sejuk tuk potong dh sekian hal kena sabor, lps tu nk amik gmbo lg... mana la si kenit 2 org tu bole tahan tirguda ya amat...

SERIMUKA PISANG
CnP: yatiememories.blogspot.com

Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek (sy guna 7 biji pisang berangan)
1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
2 sudu tepung kastad
1 sudu kecil esen pisang - Yatie tambah, sypun sama
sedikit pewarna kuning/oren

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg dilecek.
Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas
60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan (sy guna 1 tin susu cair)
50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan (sy ikut cara Yatie)
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Cara-cara
Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
* Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi.... kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah dipotong

Saturday, February 19, 2011

SAYUR KOBIS + CARROT



Huargggggg sayur senang ya amat.... main2 lempar2 aje.... tumis bwg bsr + bwg putih, masukkan kobis + carrot, masukkan perasa, gaul2, angkat & hidang....

PUDING CIKU - tragedi lagi......



Kes nk perabihkan ciku yg dh lama dok dlm freezer... kupas, potong, buang biji, msuk dlm plastik n dok diam2 dlm freezer.... kemas punya kemas.... menung jap nk tuko jd apa ni... tuko jd batu, dah.... emmmmm biar sat.... terpk duluuuuuuu pnah buat puding ciku.... haaaa mula la kelentung kelentang kt dapo..... TETAPI..... haru huwaaaaaaa.... kes bz ngemas kalahkan bibik terlupa msh dlm piuk... cdg nk sejukkan skjp sblm tuang dlm acuan..... apa lagi keras kejung dlm piuk.... puas jga pujuk2 manja nk kasi kuar.... alih2 potong aje la gaya bebas..... layanzzzzzz resepi main campak2.....

PUDING CIKU

10 gm agar2 serbuk (agak2 2 sudu bsr)
1200 ml air
2 senduk kecil gula
300 gm ciku
1 tin susu cair

1 tin fruit cocktail (xde stok)

Masak agar-agar dan air hingga menggelegak. Kemudian masukkan gula (ikut citarasa klu suka manis lebihkan lagi). Kisar ciku bersama susu cair. Kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi. Setelah sebati, sejukkan sebentar sebelum tuang ke dalam acuan yang disukai. Bole dihidangkan bersama fruit cocktail dsbnya.

Friday, February 18, 2011

FANCY KETAYAP

Ekceli Boboy1 suka sgt kuih ni.... bru kali ni ada seru utk membuatnya... alhamdulillah 2 hari berturut2 layan fancy ketayap.... mula2 (warna ijau + pink) buat 1/2 adunan aje.... semua kata sedap.... keesokan harinya buat yg warna biru kuning tu plak.... emmmmm laris jga... inti tu sy abaikan coklat masakan n saja2 tukar kaler merah... klu dpt kelapa muda untuk intinya lagi la umppph fancy ketayap ni....



FANCY KETAYAP
CnP: Kak Roz (Rnet)
Dikongsi: My Magic Kitchen

Motif Dadar

225 gm tepung gandum
10 gm tepung ubi
1/4 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1 biji telur (A)
1/4 sudu kecil choc paste/secukupnya
1/2 sudu kecil pandan paste/secukupnya
1 1/2 sudu kecil minyak jagung

Bahan Inti:
250 gm kelapa parut
30 gm gula kastor
100 gm gula merah
30 gm gula perang
30 gm coklat masakan (sy letak pewarna merah)
60 gm air
1 sudu kecil tepung jagung
1 helai daun pandan

Cara Menyediakan Inti:
Masakkan gula kastor, gula merah, gula perang, daun pandan dan air hingga gula larut. Kemudian masukkan kelapa, coklat masakan dan taburkan tepung jagung. Masak inti hingga kering mengikut kesesuaian masing-masing. Sejukkan.

Cara Menyediakan Dadar:
Ayak tepung gandum bersama tepung ubi kemudian campurkan garam. Satukan santan, air dan telur, kacau rata dan sebati. Tuangkan campuran santan ke dalam tepung. Kacau rata sehingga adunan benar-benar rata dan halus. Keluarkan 1/4 adunan, campurkan choc paste dan masukkan dalam piping bag. Selebihnya campurkan dengan pandan paste.
Panaskan kuali non-stick. Sapukan sedikit butter/minyak sapi. Corakkan adunan coklat dahulu di atas kuali mengikut corak yang anda suka. Setelah kelihatan kering, ratakan pula adunan hijau di atas corak tadi. Masaklah dadar seperti biasa. Ulangi sehingga adunan habis.

Cara Menggulung: Bentangkan sekeping dadar, letak dan bentukkan inti memanjang. Gulungkan .




Thursday, February 17, 2011

DAGING KICAP HALIA LADA HITAM



Dh x ingt dpt resepi ni dr mana tp gini la cara sy msk.... kuah kna buat lebih sb ank2 mmg suka xtvt timba2 kuah ni.... klu buat kuah ckit alamat x selera mkn.... so, kuah extra kna dok diam2 dlm piuk, bila diperlukan bru bole msuk dlm pinggan.... resepi agak2 aje ye ikut yg biasa sy buat....

DAGING KICAP HALIA LADA HITAM

300 gm daging (potong nipis2 n rebus sebentar)

Bahan perap:
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 inci halia (tumbuk)
1 labu bawang besar (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 camca kecil garam
1 camca besar serbuk lada hitam
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cuka

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - hiris nipis

1 biji lada benggala - potong
Sedikit air

Perap daging dan bahan-bahan perap. Kalu semalaman lagi sedap. Tumis bawang putih dan halia. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau2 n masukkan air mengikut citarasa. Setelah menggelegak, masukkan lada benggala. Hati-hati mengisi bahan perasa kerana semasa memerap dh ada garam/sos tiram. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM


Salam kwn2 yg sudi jengah my magic kitchen... pertama sekali mohon maaf kerana dh lama x update dapur.... biasa la layan bz sama macam org lain gak.... ni tgh bersihkan sawang kt dapur ni.... so, dihidangkan menu2 tertunggak.... pelan2 ye.....

Jemput2 ni reka sendiri aje, ikut bahan yg ada dlm esbok.... request anak2, biasanya especially mlm2 cuti dh tgh mlm dia org lum nk tido lg tp mulut msh nk menggonyeh.... layannnnnnn

JEMPUT-JEMPUT JEJARI KETAM

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Air secukupnya
4 batang jejari ketam - potong
1/2 labu bawang besar - potong dadu
Sedikit daun sup - hiris halus

Campurkan semua bahan, gaul rata. Kepekatan agak2 bole dijemput dgn jari. Goreng dalam minyak panas (sama ada jemput dgn jari or sudu). Setelah masak, angkat & hidangkan dgn sos cili/tomato.

Tuesday, February 1, 2011

ROTI BOBOYZ + TRAGEDI......


Tragedi semasa membaking roti boboyz Ahad baru2 ni.... betul2 membantutkan harapan yg tgh kembang bermunger2.... dimulakan dgn smgt berkobar2 tetapi kuciwa akhirnya disebabkan tragedi blackout sejurus aje 5 minit roti boboyz tgh dok hangat dlm oven... tungu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.... punya la lama tunggu akhirnya roti boboyz merajuk nk kembang semangkuk.... utk membantutkan proses kembang mambang, sy bg dok diam dlm esbox xde supply yg msh ada hawa2 sejuk tu... ini lah hasilnya... walau bagaimanapun, tetap laris di pasaran... alhamdulillah at least tidak menjadi habuan cik tong sam pah.... x puashati n insyaAllah repeat baking satu ketika nnti.....

Resepi CnP dari Kongsi Resepi Facebook... walaupun rupa penyek tp ank2 ckp sedap... filling n topping tu bole buat awal... sy buat pada sebelah malamnya.... TQVM kpd yg empunya resepi....

ROTI BOY

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi - boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas
200 gm tepung gandum

Doh Roti -
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
20 gm susu tepung (sy guna susu Boboy3 aje)
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast (sy guna 1 paket Mauripan)
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar)
60 gm mentega

Cara-cara

Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan (sy guna perisa mocca, strawberi, durian n pandan).

Doh Roti - sy uli guna breadmaker
Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
Masukkan yeast, bread improver & bread softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min. 9.-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga masak.

Nota: Semasa mengadun topping sy tidak masukkan sekali perisanya, sy letak semasa nak guna dgn perisa yg berlainan iaitu mocca, strawberi, durian n pandan... tetapi sian mocca x sempat nk posing...

BUBUR KACANG MERAH


Ekceli dh lama sgt beli kacang merah ni.... sib baik dok dlm esbox klu x harus dh jdi habitat si bubuk itam kenit2 tu... nk xnk paksa jga buat utk santapan rakyat jelata kt rmh ni... alhmdulillah laris.... resepi seperti yg biasa2 sy buat ye...

BUBUR KACANG MERAH

400 gm kacang merah
2 cawan santan pekat
2 senduk kecil gula (ikut citarasa)
Secubit garam
1 helai daun pandan
1 tin susu cair

Bersihkan kacang merah buang segala alien kt dlmnya... Basuh n rendam sebentar dlm air. Kemudian rebus hingga kembang n empuk. Mungkin 2-3 kali tambah air, gunakan api kecil supaya x berkerak. Setelah kacang empuk, masukkan gula, garam, daun pandan dan santan. Setelah menggelegak masukkan pula susu cair. Kacau rata, angkat dan sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.