Tuesday, June 21, 2011

MAIN PONDOK-PONDOK - Crunchy Chocolate Chips Cookies

XTVT ujung minggu dgn ank2... kebetulan my besfren dtg rmh... kmi borak sakan smpi ke subuh... almaklum la lost contact dh 17 th... ank2 pun mesra ya amat dgnnya... mcm2 hal msa buat kukis ni... tgk la sndiri kejadian kukis, mcm2 patern... yg kelakarnya n mendpt byk komen dr rakan di FB sy adalah gmbo yg ke-8 tu... msing2 dok pakat gelak guling2.... terjemahkan sndiri patern apa tu ye... tp bila dh bakar ok je... resepi bole cari kt label biskut... sori, nk buat link x bljr lg... hihihi












Tuesday, June 14, 2011

KEK ZEBRA


Kek yang dibuat mggu lps utk kudapan ank2 sempena cuti sekolah... kek yg lembut n gebu... ni kira ulangtayang buat tp bru pertama kli enterprem dlm blog.... layanzzzz

KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (sy guna 4 biji gred B)
110 gram gula kaster (sy guna 100 gm je)
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko (sy guna 1 sudu bsr)
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/badam cincang (sy x letak)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas di bakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat ke dalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.

Monday, June 13, 2011

OLE-OLE DARI KAMPUNG....

Sy dgn bangganya mengaku berasal dari kampung... Tempat tumpah darahku - Kg. Pangsenam, Temerloh, Pahang. Walau bagaimanapun, sy dibesarkan di merata2 daerah dlm negeri Pahang, yg mengikut abah bertugas dengan jabatan Kerajaan pada waktu itu. Dan kini, abah telahpun pencen dan kembali bermastatutin di kampung.

Setiap kali mak/abah berkunjung ke rmh, berbagai2 hasil dari kebun sebagai ole2 akan dibawa. Di antaranya ini, peberet kami... kacang brandi opsss... kacang bendi.... yg warna merah tu mmg spesis camtu... biji benih sy beli kt sebuah pasaraya di Temerloh, alhamdulillah membuahkan hasil sampai boleh buat jualan pulak tu....



Dan hasilnya, bendi rebus n cicah dgn lada kicap.... anak2 siap meratah2.... sayur fresh ofkoz manisnya ori.... TQ mak/abah...

CORNFLAKES CRUNCH COOKIES



Sy gunakan resepi dr Kak Fida myresepi tuk projek main pondok2 dgn ank2 cuti sekolah baru2 ni... seronok n tekun beno dia org tlg buat... request lg nk buat kukis... nnti ye syg2 umi smua, tggu wiken lain tahun (?) plak ye....

CORNFLAKES CRUNCH COOKIES

Bahan-bahan (120 - 130 kpg) (sy dpt 96 ketoi je)

250 g mentega - lembut (kak fida guna golden churn, sy gna buttercup)
200 g gula perang (brown sugar)- sy krgkan kpd 100gm je
2 biji kuning telur (sy guna 1 bj telur)
150 g cornflakes - diramas sedikit (jgn hancur sangat)
150 g tepung jagung - ayak
150 g tepung naik sendiri - ayak
hirisan ceri merah/kismis/choc.chip - utk hiasan
secukup paper cup kecil

Cara-cara

Mentega,gula di kacau hingga rata dan masukkan kuning telur dan kacau rata lagi. Masukkan cornflakes dan gaul lagi.
Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit2 hingga habis dan sebati.Jika dapati adunan melekit,jangan ditambah tepung.
Sudukan sedikit adunan ke dlm papercup dan bubuh hiasan pilihan. Susun di atas dulang pembakar dan bakar hingga keperangan.
Sejukkan biskut dan simpan dlm bekas kedap udara.