Sunday, November 28, 2010

KRIM PUFF


Dh laaaaaaaaaaaaaaama sgt x buat krim puff ni.... ni resepi sy belajar msa dolu2.... penah buat sekali semasa belum belajar tp x menjadi... silap teknik kt mana2 jadi penyek puff..... anak2 mmg menggemarinya terutama Boboy1.... sila la cuba insyaAllah x mengecewakan....

KRIM PUFF
Sumber: Cikgu Juha
(lebih kurang 70 biji)

300 gm air
120 gm butter
180 gm tepung gandum
1 camca teh baking bowder
6 biji telur (B)


Panaskan butter dan air hingga butter cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastikan api kecil supaya tidak berkerak. Kemudian sejukkan.


Setelah adunan sejuk, masukkan telur sebiji demi sebiji, putar hingga sebati.


Bentukkan seperti siput dgn menggunakan nozel.


Bakar dengan suhu 180 celcius selama 20 minit.


Setelah masak, belah puff jgn sampai putus dan masukkan intinya.


Inti Kastad:

200 gm tepung kastad
50 gm butter
200 gm gula
1 biji telur
1 cawan susu cair
1 liter air

Campurkan semua dalam kuali kacau hingga sebati. Kemudian masak di atas dapur hingga pekat dan berkilat. Sejukkan.

Nota: Sukatan air bergantung kepada tepung kastad, tambah or kurangkan ikut kesesuaian

AYAM LATAMYO

Resepi yg amat senang sekali n bahan2 pun senang nk dpt... alhamdulillah anak2 amat berselera sekali, apabila ditanya sedap? dgn spontan ckp sedap sambil angkat ibu jari... sib baik ibu jari kaki x terangkat sama.... resepinya sy CnP dr blog Ninoz Cangkir Biru.... TQ ye.....



AYAM LATAMYO
(Ayam Bakar Lada Hitam Mayo)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan dikeringkan [nak potong pun boleh]

dikisar/tumbuk halus : [kalau boleh jangan gunakan air]
2 tbsp Lada hitam - ditumbuk kasar
4 cm Halia
1 labu bawang putih
4-6 tbsp madu
1 tbsp kicap pekat
1/2 -1 cawan mayonis
perahan lemon secukupnya

dipotong kasar-kasar:
kentang
carrot
celery
bawang bombay

sedikit minyak zaitun/butter

Cara-cara:
Lumur bahan kisar pada ayam dan perapkan 1-3 jam [kalau terlalu lama nanti berair].
Griskan dulang bakar dengan butter/minyak dan susun sayuran yang dipotong kasar.
Letakkan ayam di atas sayuran dan bakar hingga masak. Anggaran tempoh masak adalah satu jam pada api yang sederhana panas.

Hidangkan bersama salad sayuran segar dan sambal cili pudina [atau apa apa aja cecahan yang disukai].

Cara sy buat: Ayam sy potong besar2. Kemudian gaul dgn bahan kisar. Lapik dulang pembakar dengan aluminium foil. Sapu butter lalu susun sayur2an yg dipotong kasar. Letak ayam yang diperap tadi. Kemudian tutup loyang pembakar dengan aluminium foil yang lain. Bakar dalam oven suhu 200 dgree selama 30 minit. Keluarkan ayam dari oven dan alihkan aluminium yg menutupi loyang tadi. Bakar lagi 30 minit. Sy hidangkan bersama salad kobis.

Resepi salad kobis:

4 biji telur rebus (potong 4)
Kobis putih
Kobis ungu
Lobak merah
Bawang besar
Mayonis
Secubit garam

Hiris/sagat kobis putih, kobis ungu, bawang besar dan lobak merah. Campurkan bersama telur rebus, mayonis dan garam. Gaul sebati dan hidangkan.

Tuesday, November 23, 2010

APAM DOT DOT


Salam kpd semua tetamu my magic kitchen.... banyak2 maaf sb dh laaaaaaama x update blog.... bz bz bz itu je alasan skema yg bole sy berikan..... ekceli xtvi main pondok2 mcm bskt chips more.... resepi apam ni dh berlegar di setiap dapur kwn2... sy je kot yg tertggl LRT.... xde kesmptan nk buat comel cenonit dlm paper cup jd sy lambak je dlm loyang..... malu nk tunjuk yg dah siap seloyang..... xtau la silap kt mana abih kerepot xcun lgsung.... sama ada kukusan yg perlu dibuang ke dlm Sg. Pahang or tuan dapur yg xreti nk buat apam.....?


APAM DOT DOT


Sumber & CnP : Hana Memories

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - sy guna 200 gm aje
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - sy x letak
Pewarna

Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 -8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya (sy abaikan).
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Note dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D). Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Note dr My Magic Kitchen:
Dah guna api sederhana tp xtau cmne msih kerepot lg apamnya.... or else mmg x seswai dibuat dlm loyang besar, mandatory kena buat dlm paper cup kot.... insyaAllah bila byk vit. R akan cuba lg....

Wednesday, November 10, 2010

KENTANG TELUR SEMPOI

Sekali sekali makan menu begini mmg tangkap cintan punye..... nasi panas2 curah kicap.... walllaaaaa.....


KENTANG TELUR SEMPOI

2 biji kentang - buang kulit, potong baji & goreng
2 biji telur
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 ulas bawang putih - ketuk
5 biji cili api - ketuk/tumbuk
Garam
Sedikit kicap

Tumis cili api, bawang besar & bawang putih hingga layu. Pecah telur dan kacau supaya hancur. Masukkan sekali garam dan sedikit kicap. Akhir sekali masukkan kentang. Gaul, angkat dan hidangkan.



Tuesday, November 9, 2010

MEE BANDUNG MAHARANI

Terjumpa rempah ni msa dok kemas2 peti ais doremon..... alhmdulillah lum expired lg.... membandung la wiken baru2 ni.... telo pecah sb over gode... x cantik jdinya... pecah seribu... walau bagaimanapun, kesedapan xdpt dinafikan lg & yg pentingnya express gituww... i loiiiiiike... xyah resepi la ye... siapa2 tingin bole contact alamat kt label spt pic no. 3 tu....



Monday, November 8, 2010

APAM MEKAR

Ni resepi Chef Hanieliza... mmg xdpt dinafikan lg resepi Kak Liza semuanya boleh angkat 4 ibu jari (termasuk 2 ibu jari kaki).... Anak2 semua kata sedap, mmg xrugi mencubanya.... rsa x puas hati sb apam kureng mekar... mgkn sb guna paper cup saiz bsr kot.....



APAM MEKAR
(20 biji papercup besar)

250 gm gula (sy guna 200 gm sahaja)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna ke dalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

IKAN XTAU MASAM MANIS

Ikan ni MIL bg masa g rmh dia 2 mggu lps... dh keras kejung sekeping dok dlm freezer tu... oleh kerana kesian kesejukan buat la masam manis.... resepi main campak2 je.... so, dh xde baki lg, abis campak2 dlm peyut ank2....



IKAN XTAU MASAM MANIS

1 keping ikan xtau (bole guna tenggiri/bawal) - dilumurkan sedikit garam dan kunyit
2 camca besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar cuka
2 camca besar bawang besar kisar
1 camca besar bawang putih kisar
1 camca besar halia kisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak

Panaskan minyak dan goreng ikan yg telah dilumur garam/kunyit. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan. Di dalam kuali yg sama, tuang minyak gorengan tadi & tinggalkan baki untuk menumis sahaja lalu tumis bahan2 kisar hingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit air serta sos tomato, sos cili dan cuka. Akhir sekali masukkan bawang hiris bulat serta garam/gula. Masak hingga agak pekat. Tuang ke atas ikan yg telah digoreng tadi.

Sunday, November 7, 2010

APAM PELANGI



Apam ni sy buat sempena cuti Deepavali bru2 ni.... sgt senang dibuat, cun & yg pastinya sedap... resepi dh berlegar2 di ruang dapur bloggers.... tp sy kureng puas hati la sb apam xcun... kerepot... sy guna api kuat sgt kot... layan resepi kt bwh ni ye.....

APAM PELANGI
Sumber: Hana, Kak Ilah, Cikpuanmieza
CnP: Mas Duniaku

2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus - Hana & Mas cume buh 90g je (sy pun sama)
125 ml santan kara (sy guna susu cair)
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna

Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yangg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

Wednesday, November 3, 2010

PATIN MASAK TEMPOYAK

Patin ni diimport dari Temerloh... setiap kali balik kampung, akan beli sekor yg besar punyeeeee, simpan dalam freezer, bila tingin nak makan bole masak aje.... ni style mak sy yg buat... so, resepi tradisi turun temurun la yek....



PATIN MASAK TEMPOYAK

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak. Kemudian lumurkan ikan dengan paste tempoyak. Susun ikan di dalam periuk, kalau boleh jangan ditindih antara satu sama lain. Masak di atas api tanpa isi air lebih kurang 5-8 minit. Akhir sekali masukkan air separas dengan ikan. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit. Hidangkan.



Nota: resepi ni bole juga dibuat Pais Patin... paste tempoyak tadi spt biasa dilumur pada ikan, perap, bungkus dengan daun pisang, kemudian bakar/kukus.... emmm yum yum yum...

DONUT CHEF LI

Donut ni sy CnP dri RNet feedback yg dicuba oleh LindaZA... sy buat 1/2 adunan aje... pendapat sy donut yg gebus gilos.... TQ ye...



DONAT
Resipi Asal Chef Li

1500 gm tepung gandum
32.5 gm yis segera
70 - 80 gm majerin
120 gm gula
1 1/2 biji telur (75 gm berat)
45 gm susu tepung
15 gm garam
15 gm voltex (bread softener)
140 gm shortening
7.5 gm baking powder
750 gm air
1 sudu makan ovalette

Cara membuat
Masukkan semua bahan kering dan ovalette dan gaul rata.
Masukkan telur dan air dan kacau sebati
Masukkan shortening dan majerin
Gaul (uli) hingga sebati
Keluarkan doh dan rehatkan 5 minit
Canaikan setebal 1- 1.5 cm dan potong ngan pemotong donat
Letak doh atas taburan tepung
Biarkan doh naik dua kali ganda
Gorengkan dan sejukkan kan
salutkan ngan gula kastor

Donat ni lebih lembut dan lebih gebu daripada donat biasa kerana telah ditambah dengan pelbagai bahan
Kelembutan tahan hingga keesokkannya.
Tempoh pemeraman mesti mengikut masa yang diberi untuk menjamin mutu
Goreng dengan api sederhana supaya masak sempurna

Mendingin bekukan donat
Goreng sehingga masak putih kekuningan.
sebelum bungkus.. bekukan donat supaya bentuk asalnya kekal.

BURGER MALAYSIA

Kuih ni peberet Boboy2... maka pada suatu hr yg rajin, umi buat kuih ni... emmmmm apa lg bole la Boboy2 mkn puas2.... Inti sy gunakan baki sambal nasi lemak & x letak timun sb xde dlm stok... Sumber resepi dr Yani@myresepi & CnP dr Lynn Sham RN... TQ semua....



BURGER MALAYSIA
Sumber: Yani @ myresipi
CnP: Lynn Sham RN

Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun

Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Dan ini pula resipi sambal Lynn Sham untuk Burger Malaysia yg dia buat....

Bahan:
4 sudu besar cili giling (beli kat NSK)
2 labu bawang besar (saiz sedang)
1 genggam ikan bilis
1 cubit serbuk perasa, jika suka

Cara menyediakannya:
1. Kisar halus bawang dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan tumis cili giling hingga garing.
3. Masukkan bahan kisar dan sedikit air, kacau sebati.
4. Masukkan serbuk perasa.
5. Masak hingga pekat.

Wednesday, October 13, 2010

PUDING SUSU STRAWBERI

As-salam semua..... hai liat betul nk update blog.... sori ya ampun ye kpd yg sudi dtg ke my magic kitchen ni kalu asik2 dpt hidangan basi je.... hrp x kecik ati n jgn serik tau.... sudi2kan jgn segan buat mcm dapo sendiri....

Buat puding ni sbg potluck ke rmh Dek Dah aritu.... potluck utk Dek Dah gambo yg bwh tu, dpt 2 bekas... manakala yg kepala mickey mouse tu dh tentu utk Boboyz kt rmh tu... mula2 mkn telinga, lps tu mkn idung, lps tu mkn mulut... last2 abis semua kelapa mickey masuk dlm perut.... mmg sy suka sgt kalu yg ringkas2 cenggini... cepat dimasak n cepat masuk perut.... walllaaaaa.... resepi salin dr kedai jual brg2 kek.....



PUDING SUSU STRAWBERI

20 gm agar-agar serbuk (sy beli yg dh siap paket 20 gm)
200 gm gula (sy guna 150 gm je)
1.5 liter air (sy guna 1.1 liter air + 1 tin susu cair = 400ml)
Sedikit paste strawberi + pewarna pink (ikut citarasa)

Masak agar-agar dengan air hingga larut. Kemudian masukkan susu cair. Setelah menggelegak tutup api. Bahagi adunan kepada 2, 1 bahagian + paste/pewarna dan 1 bahagian lagi biar plain. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan - separuh sahaja. Sejukkan sebentar dalam peti ais. Setelah agak keras, lorekkan sedikit dgn garfu n tuangkan adunan 1 lagi. Sejukkan sebelum dihidang.

Thursday, October 7, 2010

MEE KARI CINA

Waaaaaa.... dapo dh bersawang.... kebizian dgn keja2 ofis n blik rmh layan tempahan kek.... ini menu dah lama buat.... asik tertunda je nk N3.... dpt resepi dr majalah Anis Oktober 2008.... menepati citarasa serta x rugi mencubanya.... ni buat utk kali ke-2....



MEE KARI CINA

Bahan-bahan:

200gm mee kuning - basuh, celur & toskan airnya

Bahan-bahan kuah:
(A) 3 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun kari

Bahan kisar:
3 biji cili kering
2 biji cili merah
3 biji cili api (jika suka)
3 ulas bawang putih
2 bij bawang merah
1 biji bawang besar
50 gm belacan bakar
1 biji buah keras
sedikit udang kering
1/2 batang serai - ketuk
1 ekor ketam - dibelah dua (sy guna sepit ketam)
Sedikit batang pudina
Sedikit serbuk kari

(B) 800 ml santan
200 ml stok ayam

(C) 1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam

(D) 200 gm isi kerang

Hidangan bersama:
100 gm hirisan tauhu goreng
60 gm hirisan bebola ikan
60 gm taugeh
Sedikit daun pudina - sy guna daun sup

Panaskan minyakd alam periuk dan tumiskan daun kari seketika.
Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kari, kacau berterusan kemudian masukkan ketam dan batang pudina.
Kacau lagi supaya bahan tumisan mesra.
Masukkan bahan B dan C. Kacau supaya tidak pecah minyak.
Akhir sekali baru masukkan isi kerang.
Tutup api dan siram kuah di atas mee.
Hias dengan tauhu goreng, taugeh, bebola ikan dan daun pudina.

Thursday, September 30, 2010

KEK ZEBRA PINK

Buat kek ni utk potluck agenda makan2 kt ofis pada hari smlm.... gunakan sponge mix n jadikan zebra pink (warna pink + strawberi paste).... xyah resepi la yek... dptkan sponge mix di kedai pembekal brg2 keperluan kek n ikut cara2 seperti di label bungkusan.



IKAN PEDAS SEMPOI LAIRA

Resepi ni mmg dh lama sy simpan.... nama penyumbangnya ialah Laira dari salah satu yahoogroups yg sy join.... jika Laira terbaca blog sy ni, TQVM ye kongsi resepi yg sempoi mcm ni.... bkn sahaja senang malah sedap sgt... terus derhaka diet yg diamalkan selama ni.... ekceli boleh gunakan apa sahaja spesis ikan.... percubaan pertama kali ni sy guna ikan talapia.... bahan agak2 je ye... sy CnP resepi asal dr Laira....



IKAN PEDAS SEMPOI LAIRA

Ikan dah cuci bersih, lumur garam ngan kunyit serbuk kemudian goreng (cam ikan goreng biasa). Angkat, ketepikan.

Tumbuk semua bahan ini - tumbuk kasar. (Kalau nak blend jgn blend halus, blend kasar-kasar aje sekadar hancur gitu-gitu aje dan blend jgn bubuh air): (sy blend halus, mmg stok tersedia camtu, lain kali nk try versi kasar2 plak)

Garam, bawang merah, bawang putih, cili merah (kuantiti banyak), sedikit cili padi (kalau nak pedas lagi). Tips nak memudahkan ramuan jadi hancur kasar, potongkan kecil-kecil dahulu kesemua bahan baru senang nak tumbuk.

Panaskan minyak dlm kuali, kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk. Goreng sehingga nampak ia mengering atau sedikit garing. Siramkan dengan sedikit air hirisan limau sambal/limau nipis serta sedikit shj gula (pemangkin utk merasa lemak dlm makanan ganti aji). (Kalau takder boleh gantikan dgn asam keping, masukkan ajer sekali bersama bahan tumbuk pada memula tumisan) . Rasakan masam, masin nyer. Kalau suka nak bubuh perasa pun boleh.. ikut suka. takpayah pun takpe

Pastue masukkan ikan, gaul-gaulkan . Dah jadik daaa.... Nyam, nyam. Kalau tak habis, simpan diluar takpe .. tak basi punyer kecuali kalau suka cekut-cekut pakai tangan pastue tinggalkan he he he... kalau rasa-rasa nak perhangat boleh tak jadik hal...microwave atau kuali sama shj... Selamat mencuba!!

Nota: sy tambah bawang besar hiris bulat2 & abaikan gaul terus ikan dengan sambal, ambil kira anak2 kenit yg fobia pedas ni... so, siram kt bahagian atas je.... yg bahagian sebelahnya boleh le dia org makan plak....

Wednesday, September 29, 2010

KUEY TIAW REBUS EXPRESS

Lagi request kul 11.30 mlm td... emmmm layan je la.... Boboy1 n Boboy2.... sib baik Boboy3 dh tido... kalu tidak lg kecoh dapo..... gunakan apa yg ada dlm peti ais je... resepi lebih kureng je la yek.... lain2 bahan bole tambah ikut citarasa sendiri... sambal kicap tu Boboy1 yg tlg tumbukkan....



KUEY TIAW REBUS EXPRESS
(utk 2 org makan)

1/2 paket kuey tiaw
1 liter sup Yong Taufu (sila rujuk N3 YTF ye) - atau bole guna stok ayam
Sedikit kobis - hiris halus
Sedikit karot - potong mancis
Sedikit isi ayam - hiris
10 biji fishball - belah 2
2 biji telur
Cili api ditumbuk + kicap

Didihkan sup YTF (atau stok ayam). Masukkan hirisan isi ayam, kobis, karot dan fishball. Oleh kerana sy menggunakan sup YTF x perlu isi garam lg.... setelah menggelegak pecahkan telur dan biarkan, jangan dikacau supaya telur tidak pecah. Setelah telur masak, tutup api. Ambil sedikit kuey tiaw letak dlm mangkuk, cedok kuah + telur. Hidangkan dgn sambal kicap. Siap sbg hidangan tengah2 mlm bila perut anak2 berkeriut.....

IKAN TALAPIA BAKAR ALA NYONYA

Resipi CnP dr blog Jun... emm xyah komen panjang2... mmg teramat la sedapnya.... bole buat paste byk2 n frozenkan.... bila nk bakar atau kukus ikan dh senang... sy buat ikut Jun iaitu versi bakar.... Jun guna ikan siakap, sy guna ikan talapia... emmm x cukup sekor ratah sorang2.... hihihi.... maaf visual krg memuaskan sb kelam kelibut nk berbuka....



IKAN TALAPIA BAKAR ALA NYONYA

1 ekor ikan siakap (bersihkan ikan) - sy guna ikan talapia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan - xde stok
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
sos thai secukupnya
jus limau nipis secukupnya (Jun guna 1/2 biji lemon)
garam,gula, perasa secukupnya.

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga lumat.
2. Tumis hingga wangi dan pecah minyak kemudian sesuaikan rasa garam dan manisnya.
3. Lumurkan ke atas ikan siakap dan kukuslah hingga masak.
4. Hidangkan dengan nasi panas. Layan!

ROTI BURGER POKET

Ni buat mlm kelmarin, Boboy2 asik dok ckp lapar padahal dh mkn mlm... sian plak klu tido dgn perut berkeriuk, so mlm2 buta umi bikin roti burger poket cenggini.... dpt idea hasil jln2 ke Blogresepi... minta izin CnP n TQ kpd Mama Gerau atas ideanya.... sy sertakan resepi asal utk rujukan... sy buat ringkas sgt2 - buat scramble egg + mayonis, celup dlm telur yg dipukul n goreng... xde sukatan khas... hangus tu abaikan ye, biasa la klu sambil masak buat kerja lain....



ROTI BURGER POKET
Sumber: Mama Gerau
CnP: Blogresepi

Roti beger (yang giant punya sedap…lembut, lepas tu ada taburan bijan lagi)
Sardin satu tin kecil (sardin dibuang sosnya…sardin jangan dibuang, tin dia boleh buang…)
Bawang merah satu labu (simayang)
Cili hidup merah sebiji (hiris nipis)
lada hitam serbuk (yang kasar-kasar tu…)
mayonis sikit
3 biji telur dikocok-kocok ahhh
sedikit minyak untuk menumis

Cara buat inti
Tumis sardin yang telah dilenyek, bawang dan cili dengan lada hitam serbuk… sekejap jer… dan bila dah sejuk lumur dengan mayonis la…
Roti beger tu dibelah dua… bior jadi tiga segi gitew. Buat  kocek tengah-tengah, masukkan intinya…
Last sekali, celup hujung poket yang terbukak tu dengan telur kocok dan tekapkan dekat kuali yang telah diletak sedikit minyak… celup ujung je dengan telur dan goreng pun tekan-tekan sikit jer kat kuali supaya tak serap minyak…(kak gerau guna penyepit makanan untuk sepit roti tu dan terus goreng satu-satu guna penyepit tu…bila dah tertutup poket boleh angkat..

KAILAN GORENG

Ni resepi sayur biasa2 aje.... yg pentingnya kailan yg mak tanam.... so, mmg la segar dari kebun... goreng bersama cendawan hitam & fishcake....



KEK BATIK MARIE

Ekceli buat kek ni hari Ahad lepas.... buat 2 adunan, 1 utk makan2 n 1 lg utk potluck jamuan raya Boboy2.... resepi yg amat la senangnye.... dlm 10 minit dh siap segalanya.... x ingat dpt resepi dari mana yg pentingnya dh lama sy menggunakan resepi ni... boleh ubah ikut citarasa nak tambah kekacang dsbnya.... sy abaikannya sb tidak mendpt sambutan... cenggini jga yg larisnya kt rmh ni....



KEK BATIK MARIE

1 bungkus biskut marie (lebih kurang berat 350 - 400 gm) - patahkan 4
1/2 buku butter
1 cawan air
1 cawan milo
2-3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
50 gm coklat masakan

Di dalam periuk/kuali, campurkan butter, air, milo, serbuk koko, susu pekat dan coklat masakan. Masak dengan api kecil hingga cair dan sebati. Kemudian masukkan biskut marie. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang 8X8 inci yang telah dialas dengan plastik atau aluminium foil. Tujuan alas dgn plastik utk senang dikeluarkan dari loyang. Tekan2 supaya rata. Akhir sekali sejukkan dalam peti ais.

Nota: gunakan periuk yg besar supaya senang utk menggaul biskut nanti

BUNCIS GORENG BERSAMA HATI AYAM

Ni sayur tradisi kami di kampung... biasa masak bila kenduri dan juga utk menu harian... menjadi kegemaran kami sekeluarga.... gambo yg atas adalah hasil air tangan sy manakala gambo yg bwh pula air tangan mak... ada beza bukan? nmpknya sy kena berguru lg dgn mak utk jadikan sekurang2 rupa mcm mak masak apatah lagi dari segi rasanya.... gambo kedua tu abaikan kecomotan mangkuknya ye... maklum la itu je yg sempat snap seblm kehabisan.... FYI ini adalah buncis yg mak tanam.... emmmmm apa lagi mmg tidak dinafikan kesegarannya....



BUNCIS GORENG BERSAMA HATI AYAM

1 cekak buncis
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 biji bawang putih - ketuk

2 - 3 ketul hati ayam
Sedikit garam
Sedikit kunyit serbuk

Sedikit air

Hati ayam dipotong kiub, gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hati ayam sehingga masak. Setelah itu, di dalam kuali yg sama buang lebihan minyak dan tumis bawang besar & bawang putih. Kemudian masukkan pula kacang buncis serta sedikit air. Hati2 semasa masukkan garam sebab masa proses perapan hati tadi telah diisi garam. Setelah masak angkat & hidangkan.

AYAM LADA HITAM

Biasa2 kalu sy masak aym lada hitam sy gunakan rempah segera brand Maggi tu... tapi kali ni main belasah je apa yg ada dlm stok kt dapo.... emmmm x mengecewakan.... masih laris.... resepi main agak2 je ikut apa yg ada di dapo....



AYAM LADA HITAM

4 ketul ayam (potong kecil - sy lebih suka kalu ada tulang2 sekali)
2 camca besar bawang kisar
1 camca besar bawang putih kisar
1 camca besar lada hitam kisar
1 camca besar halia kisar
1 camca besar kicap lemak manis kipas udang
1 camca teh sos tiram
Sedikit garam
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit air

Bahan2 lain:
Karot
Daun sup (jika suka)
Bawang besar - potong bulat

Ayam dibasuh dan toskan airnya untuk seketika. Gaulkan ayam bersama semua bahan kecuali minyak dan bhn2 sayur. Perapkan selama lebih kurang 10-15 minit. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Masukkan ayam. Balikkan ayam untuk pastikan ia masak serata. Masukkan sedikit air dan sayur2an. Masukkan perasa dan didihkan hingga masak. Angkat dan hidangkan.

Nota: Kuantiti lada hitam bergantung kepada individu. Sekiranya suka lebih pedas, boleh tambahkan dan jika tidak, boleh dikurangkan mengikut cita rasa sendiri.