Wednesday, June 30, 2010

UDANG MASAK LEMAK CILI API

Juadah utk dinner mlm ni... masak simple2 je... Boboy2 n Boboy3 bertambah2 mkn nsi.... ekceli sdkt pedas,so udang yg mrk nk mkn kena basuh terlebih dlu... kureng la ckit pedasnya.... resipi kali ni main campak2 je apa yg ada dlm peti ais n laci doremon....



UDANG MASAK LEMAK CILI API

300 gm udang
1 batang serai
200 ml santan kotak
1/2 cawan air
1 inci asam keping

Bahan tumbuk:
7 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit garam

Renihkan santan, air, serai, asam keping dan bahan2 tumbuk. Kemudian masukkan udang. Kacau hingga menggelegak. Masak sekejap je nnti udang jd liat, setelah itu angkat n hidangkan.

Monday, June 28, 2010

EXPRESS PIZZA AGAIN....!!!

Dinner for my Boboyz... Done in 30 minutes.... resepi mcm N3 sblm ni, topping guna Miss Chicky n Mr Crabstick plak..... layanzzzz...





HOMEMADE CILI BOH

Ini salah satu aktiviti wiken iaitu menyediakan bahan2 utk main pondok2 jika dh kehabisan stok. Klu terjumpe dlm freezer doremon tu, ni bkn aiskrim tau... tuan rumah x bertanggungjawab klu ada yg berasap nnti.... hihihi



HOMEMADE CILIBOH

200 gm cili kering
Sedikit minyak masak
Sedikit air

Cili kering dibuang tangkai n segala kekotoran, basuh bersih2 n rebus hingga menggelegak. Ada yg potong terlebih dahulu tapi sy main masuk cenggitu je, no potong2. Sy cuma potong2 cili dgn gunting secara rawak semasa tgh menggelegak tu.... Setelah cili masak, padamkan api dan biarkan cili terendam di dalam air panas sehingga sejuk sedikit barulah boleh dikisar. Semasa mengisar, masukkan air 1/2 drpd paras cili di dalam pengisar serta sedikit minyak msk. Kisar hingga halus. Jika rajin boleh dimasak sekejap hingga pekat utk tahan lebih lama. Tapi awas, ianya akan meletup2 n mengotorkan dapur. Api plak mesti kecil nnti hangus. Sy just masukkan dlm bekas n simpan dlm freezer. Vitamin M byk sgt... hihihi... Dpt 3 bks taufufa spt dlm gambar.

Sunday, June 27, 2010

SAMBAL KERANG

Cik kerang yg mnjdi pojaan ank2.... kali ni buat sambal plak... dh jemu asik2 rebus je...


SAMBAL KERANG

1 kg kerang

Bahan tumis:
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar bawang merah (kisar)
1 sudu besar bawang putih (kisar)
Sedikit cili sos, tomato sos n sos tiram
Garam
1 biji bawang besar (potong bulat)
Sedikit air

Bersihkan kerang n rendam dalam air + soda bikarbonat selama 30 minit. Selepas itu, bilas n rebus tanpa air. Setelah kulit kerang terbuka, angkat n biarkan sejuk sebentar. Ambil isi kerang n buang kulitnya. Setelah itu, tumis bahan2 hingga naik bau. Masukkan kerang, bahan2 sos, garam n bawang besar. Tambahkan sedikit air. Setelah masak, angkat n hidangkan.

SUP AYAM DAUN BAY

Menu yg sering dimasak n peberet anak2... biasanya msk sup slps 2-3 kali membeli ayam kerana menggunakan bahagian leher, tulang, hati, mempedal, kaki dsbnya... so, setelah dikumpul n dapat lebih kurang semangkuk barulah boleh buat sup.... menu ulang tayang n resepi diubahsuai ckit spt yg dimsk msa dulu2... kali ni sy x tumis, main campak semua bahan, rebus n tinggal je.... sy tambah 1 helai dau bay n xletak halia.... eeeemmmm not bad.... cuba la n rasakan sendiri perbezaannya.... pd tekak sy lebih sedap dr sup2 yg dimsk sebelum ini... Boboy3 asik dok kutip meratah kentang n karot je...


SUP AYAM DAUN BAY

1 mangkuk ayam dipotong kecil2 (leher, tulang, hati, mempedal, kaki dll)
1 camca besar bwg merah kisar
1 camca besar bwg putih kisar
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 helai daun bay

Bahan tambahan:
2 biji kentang - belah baji
1/2 batang lobak merah - potong
Garam
Daun sup @ daun bawang (jarang letak ank2 xsuka)

Rebus ayam bersama bahan2. Agak2 ayam dh separuh empuk, nasukkan kentang n lobak. Tambah garam, angkat n hidangkan.

MASAK LEMAK PUCUK PAKU

Salah satu menu peberet anak2.... heran jga dia org bole suka mkn sayur exotic ni... walau bagaimanapun, layan je la ye...... resepi tradisi dpt dr mak...



MASAK LEMAK PUCUK PAKU

1 ikat pucuk paku

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
Sedikit lada kecil (kalu nk pedas boleh tambah)
1/2 inci kunyit hidup

1/2 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 btg serai (diketuk)
Sedikit garam/gula

Siang pucuk paku, ambil yg lembut sahaja. Selepas itu rendam dgn air garam lebih krg 1/2 jam, tujuan utk mengeluarkan penghuni di dlm daun2 yg bergulung itu. Kalu ada, penghuninya akn lari menyelamatkan diri ke tepian bekas rendaman pucuk paku td. Kemudian, bilas n toskan. Seboleh2nya penyediaan dibuat awal supaya pucuk paku benar2 kering utk mendapatkan masakan yg benar2 menepati citarasa.

Setelah itu, campurkan semua bahan tumbuk, santan, pucuk paku, serai, garam n gula ke dalam periuk. Santan hanya separuh drpd pucuk paku kerana ianya akan kecut slps dimasak nnti serta semasa proses memasakpun, pucuk paku akan mengeluarkan air (sb itulah perlu ditoskan terlebih dahulu).

Masak dgn api sederhana, perlu dikacau selalu supaya tidak bergentel. Setelah pucuk paku layu n kuah dh menggelegak, bolehlah diangkat n hidang.

MY NAME IS MUFFIN


Sebelum ni aku adalah penghuni tetap lorong2 kotor di pasar.... yatim piatu xde tmpt untuk mengadu... sehingga la pada suatu hari petang Isnin 21/6/2010 datang seorang ppuan yg vogue gtu.... masa tu aku sdg menangis - lapar, sakit, takut n bermacam2 lagi perasaan... dgn mesra beliau menegur ku, "alahai comelnya, mari ikut umi balik ye..." lalu aku didukungnya dan dibawa ke kereta... anknya yg ada bersama beliau pada masa itu tersangatlah gembiranya....

Aku ditgglkan bersama anknya di dalam kereta manakala umi pergi ke pasaraya berhampiran, katanya nak beli makanan utk aku.... alhamdulillah kebetulan mmg aku kebulur ya amat.... belum lg menjamah makanan pd hari itu... Aku dibawa balik ke rumah, dibersihkan badanku yg comot.... aku diberi makan... alangkan lazatnya makanan itu, pertama kali dlm hidupku merasa makanan sebegitu lazat... terketar2 aku berjalan mengheret kaki umi terperasan kaki sebelah kanan ku tidak mampu berpijak ke lantai.... aku dengar umi berkata kpd anaknya, kaki dia cedera mgkin kena buli.....

Angah sangat syg kepada ku... mencuci muka dan mataku, menjaga makan minumku, mencuci hasil buanganku, memanjakan aku dsbnya.... Tadi aku terdgr umi dah beli shampoo utk aku... esok kalu hari panas boleh la aku mandi plak... yehaaaaaa selama ni aku x pnah mandipun, beberapa hari yg lepas Angah hanya lap2 aje dgn kain lembab.... umi kata takut aku demam... hihihi

Kini aku dh serasi tinggal di sini.... aku dh x takut lg... semua penghuni rmh ini sayangkan aku.... cuma aku cuak sikit kpd anak bongsu umi, selalu dia buli aku klu org x sedar... dia baling, dia tarik ekor n dia pukul aku.... walau bagaimanapun, aku seronok tggl di sini... semuanya cukup n aku amat2 bersyukur ke hadrat Ilahi dikurniakan keluarga baru yg benar2 menyayangiku.... hasil perbincangan keluarga baru ku, aku dinamakan MUFFIN....

Saturday, June 26, 2010

EXPRESS PIZZA

Selagi x tido, selagi tu la lapar n mulut nk mamam.... pulak tu bila semua ada ni, sonok main pondok2 n ilang penat tgk dia org mamam.... berbaloi2 umi bertungkus lumus di magic kitchen smbil 'berperang' dgn boboy3.... Pandainyeeee umi buat magic.... menggunakan roti pita, belah 2 melintang, isi topping pe yg ada dlm magic frezer maka jadilah pizza.... ank2 dok puji sebiji sebijun mcm kt pondok pizza.... not bad... next time bolehlah kerah mek Bibik Malaya plak uli doh pizza....

Bila dh msk nmpk mcm terkurang plak cheesenya.... walau bgaimanapun, ianya x menjejaskan rasanya.... topping atas pizza adalah hasil susun atur anak dara yg sorang ni....




EXPRESS PIZZA

Base pizza:

2 keping roti arab (belah 2 melintang) - beli di pasaraya gergasi

Bahan sos pizza:
50 gm pizza sauce mix (boleh beli di kedai bakery supplier)
1 tin tomato puree/paste
50 gm gula (lbh krg 5-6 sudu besar)
Sedikit air

Bahan topping pizza:
3 keping daging burger (defrost n hancurkan)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar cili boh (boleh krgkan, sian td Boboy3 mkn sambil ulam dgn air)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air

Bahan lain:
1 biji tomato (potong dadu)
4 batang sosej (potong bulat)
Keju mozarella (parut)

Cara bahan sos pizza:
Campurkan semua bahan n masak hingga pekat. Dapat banyak ni so bole simpan utk kegunaan akan datang. Sy simpan dlm tpt beku.

Cara bahan topping pizza:
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh. Kemudian masukkan daging n air. Setelah itu masukkan pula bahan perasa. Masak sehingga kering. Setelah masak buangkan minyak2 yg ada.

Cara membuat pizza:
Sapukan roti arab dgn sedikit bahan sos pizza sehingga rata. Lapisan yg nipis sahaja mcm sapu butter pd roti. Kemudian letak pula topping yg telah dimasak td. Tabur buah tomato, susun sosej n akhir sekali tabur cheese. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit.

TELUR SOS KACANG PANGGANG

Resipi ni buat utk dinner Jumaat bru2 ni.... x igt dr blog siapa... almaalum la sejak pandai berblog ni dh rmai kwn... g skodeng rmh kwn2 terpikat la dgn resepi tp terkonpius plak dr rmh siapa... dh try cari tp xjupe2 jga.... pls, tuan pnye rmh or siapa2 yg ingt jerit kat shoutmix info ye... msa buat main usung miss lappy ke dapo je, tiru time tu gak... x smpat2 dh nk CnP dlu resepinya... alahai memory dh makin kaput, gitu la gayanya....

Kebetulan semua bahan2 ada dlm laci doremon tu... Resipi yg amat mudah n cepat je nk siapkan.... anak2 peberet dgn masakan berasaskan telur ni.... emmmm umi ckup senang hati nk wat magic kat dapur... hihihi

Edit: Alhamdulillah, slps kering air liur memberi salam bertandang ke rumah kwn2 akhirnya bertemu dgn yg empunya N3 resepi ni... rupa2nya ada di rmh Nurindah.... Indah dpt resepi ni dr majalan Saji... so, sy CnP dr rmh Indah je... anyway TQ Indah ye...



TELUR SOS KACANG PANGGANG
Sumber majalah Saji
CnP dr blog http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com

6 biji telur (sy guna 4 biji je)
5 ulas bawang merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris nipis
5 sdb sos cili
2 tangkai cili merah - dihiris
1 tin kecil kacang panggang - saya masukkan bersama kuahnya
200ml air
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Goreng telur sebiji-sebiji ala mata kerbau. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk sos: Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili, cili merah, air dan gula secukup rasa. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan kacang panggang.
4. Selepas itu, barulah masukkan telur goreng tadi. Gaul sebati. (saya biarkan kuahnya hingga agak pekat)

Friday, June 25, 2010

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU

Teruja tgk kak ummi msk aym ni dgn jayanya, sy pun tingin la nk menerai... mlm td tgh2 mlm buta dok godek2 sorg diri kt my magic kitcen menyediakan bahan utk memerap ayam.... ayam yg siap digoreng sy x campur sekali dgn kuahnya sb ank2 yg kecik ni fobia klu npk merah2 ni... walhal x pedas pun... kak ummi dpt resepi dr majalah Saji, sy CnP dr rmh kak ummi, tq manyak2 ye....





AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI

CnP : http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Bahan:-
1 ekor ayam - potong 10 bahagian (sy guna 1/2 ekor aym je)
2 sb. rempah kari ayam
1 sb. serbuk kunyit
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
2 labu bawang besar (dikisar)
2 sb. cili kering kisar
5 sb. madu
1 sudu besar gula merah (sy x letak)
2 sb. puri tomato
garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (sy perap 1 malam). Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah).

Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.

Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam (sy asingkan kuah dgn ayam goreng sbb ank2 kecik ni fobia, ingatkan pedas lgsung takmo mkn nnti). Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

SALAD MY MAGIC KITCHEN

Lagi menu main pondok2 tghari ni, makan dgn nasi myk... Gunakan apa yg ada dlm peti ais doremon je.... layanzzzzz.....



SALAD MY MAGIC KITCHEN

Kobis bulat
Kobis ungu
Timun jepun
Lobak merah
Tomato
Bawang besar

Mayonis
Sedikit garam n gula

Basuh sayur, toskan n lap dgn kitchen towel. Potong n hiris. Masukkan dalam mangkuk n gaul hingga sebati. Hidangkan.

NASI MINYAK KAROT MY MAGIC KITCHEN

Nasi minyak yg dimakan bersama salad n ayam perap masak merah madu... resepi nasi dr idea sndiri, bahan cmpak2 mklum la main pondok2... resipi yg simple n peberet ank2....




NASI MINYAK KAROT MY MAGIC KITCHEN

3 cawan beras basmathi (sy guna beras biasa je)

Bahan tumis:
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bwg bsar - potong dadu
2 ulas bwh putih - cincang
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

1 camca besar oren sunquick
1 camca besar madu
1/2 batang lobak merah - potong dadu
Secubit garam

Cara sy masak:
Di dalam periuk rice cooker, masak nasi di atas dapur gas. Sementara nasi menggelegak, tumis bahan2 hingga naik bau lalu masukkan ke dalam nasi td. Kemudian masukkan pula oren sunquick, madu, lobak merah n garam. Kacau. Setelah nasi kering, alihkan ke rice cooker n biarkan nasi masak seperti biasa.

Wednesday, June 23, 2010

SPAGETTI GORENG LADA HITAM ALA-ALA KYROS

1st time makan spagetti style cenggini kt Sogo tahun 2006 yg lalu terus tirguda…. so, blik rmh try la reka2 resepinya.... maka terhasil la resipi ni... Sy dah share resepi ni dlm salah satu yahoogroups yang sy join, telah dicuba oleh Lynn Sham…. TQ Lynn kerana sudi mencubanya… Feedback dr Lynn ada di bwh ye... ekceli dh byk kali buat tp lum penah posing2 lg… so, insyaAllah sy akan posing klu buat dlm msa terdkt ni….

SPAGETTI GORENG LADA HITAM ALA-ALA KYROS

1 paket spageti (rebus spt arahan pd paket) + 2 camb minyak zaitun + 1 camt garam

Bahan tumis:
1 biji bawang besar (dadu)
3 ulas bawang putih (ketuk/tumbuk halus)
1 camt serbuk lada hitam
minyak zaitun

Bahan digaul sebati & jadikan chicken ball
300 gm daging ayam kisar
(boleh gunakan ayam segar, just gaul je dgn lada hitam & garam - perap sebentar)
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh garam

Bahan sayuran:
Lobak merah dihiris halus
kalu suka tambahkan cendawan butang

Bahan perasa:
Sos lada hitam (or serbuk lada hitam)
Garam/gula secukup rasa
1 camt kicap pekat
(Lynn dh tmbah sos tiram n kiub/pati ayam)

Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun & tumis bahan tumisan hingga naik baunya. Kemudian masukkan daging ayam kisar yg telah dibentuk ball. Boleh masukkan sedikit air agar tidak melekat di kuali. Setelah itu masukkan pula bahan sayuran dan spageti. Akhir sekali masukkan bahan perasa. Hidangkan ketika panas2.

Saya sertakan sekali feedback dr Lynn sbg rujukan.

---------- Forwarded message ----------
From: Lynn Sham
Date: Thu, 30 Mar 2006 08:14:38 +0800
Subject: [ResipiNet] FEEDBACK RESIPI - Spaghetti Goreng Lada Hitam ala-ala Kyros
To: resipinet@yahoogroups.com

Jai,

Saya cuba resipi ni semalam cuma tak campurkan sayur. Saya guna serbuk lada hitam + lada hitam yang ditumbuk kasar dan sedikit sos tiram. Kicap pulak saya guna Kicap Lemak Manis Kipas Udang (so saya tak guna gula). Ayam pulak saya gunakan dada ayam yang dihiris nipis. Boleh campurkan sedikit kiub/pati ayam untuk dapatkan lebih rasa ayam.

Senang sangat resipi ni, mudah dan cepat menyediakannya. Rasanya.. memang sedap! Sham pun kata sedap, siap beri cadangan untuk hidangkan spaghetti ala Kyros ni jika ada tetamu yang datang mengejut.

Jai, terima kasih kerana berjaya mereka resipi ala Kyros ni.. Kepada yang lain, resipi seperti di bawah (sy dh CnP ke atas). Cubalah.. mudah & sedap!!

~Lynn Sham~

Tuesday, June 22, 2010

AISKRIM GORENG - LANGKAH DEMI LANGKAH

Masih lagi melayan karenah Danny.... pagi tdi request nk bekpes dgn aiskrim goreng... bkn seketoi tp 2 ketoi..... mlm tdi terrajin la plak nk snap step by step.... layanzzzzz


Letak 1 skop aiskrim di atas sekeping roti.


Kemudian tutup dengan sekeping lg roti dan potong dengan acuan egg benjo.


Beginilah bentuknya. Tepi2 roti jgn dibuang, boleh dibuat puding roti plak...


Masukkan dalam plastik atau bungkus dengan plastik cling.


Susun dlm bekas dan simpan dalam peti sejuk beku.


Bekpas Danny pg tdi.... sos milo 3-in-1 n sos stroberi.... Walla....

Words from him: Timakasih umi buat bekpas utk acik.... soooo touching...!

Monday, June 21, 2010

KETAM MASAK LEMAK CILI API

Ketam segar.... menu peberet ank2.... ada org ckp ketam betina lg byk isi n lebih padat bndig dgn ketam jantan yg warna biru tu... satu lg petua, ketam banyak isi time bulan penuh.... mgkin betul kot... tp setau sy bln penuh ujung bln je time gaji... hihihi

Peristiwa yg xbole dilupakan, penah satu ketika ketam nipah yg sy letak dlm bonet Kenari dh merayap smpi ke pedal brek/myk.... sib baik tersedar msa nk isi petrol... klu tgh drive jwbnya xtau la mgkin keta terlompat atas divider.... Pnjg umur ekkk ketam nipah ni....





KETAM MASAK LEMAK CILI API

1 kg ketam
Santan pekat dari 1/2 biji kelapa parut (nk guna 1 biji kelapa pun boleh)

Bahan tumbuk:
11 biji cili api (nk pedas bole tambah)
1 inci kunyit hidup (kunyit serbuk krg best)
Garam

1 batang serai (dititik)
1 asam keping

Bersihkan ketam, potong sdkt hujung sepit kecil, ketuk sepit yg bsr n tarah duri2 yg ada pd sepit bsr tu. Kemudian lipat sepit ketam ke arah badannya dan susun di dlm periuk. Nnti xde la sepit tu terjongket sana terjongket sini... hihihi.... susah plak nk kacau kuahnya tau.... Masukkan bahan tumbuk, santan, serai dan asam keping. Masak dgn api kecil n hndklah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak atau bergentel.

Nota: Baki kuah sedap dimakan dgn roti canai atau lempeng..... perghhhh

Sunday, June 20, 2010

AISKRIM GORENG

Ni request boboy no 2, Danny.... siap bg resepi lg n describe cnme nk buat.... uminya pura2 xtau n tnya mcm2..... sonok layan imaginasi bdk umur 6 tahun ni.... dah ada logiknya pemikiran dia.... lps ni dia request "dorayaki" mknan peberet doraemon plak... mna tidaknya.... kt rmh ni byk sgt hrta benda doraemon nye.... laci doraemon, peti ais doraemon, freezer doraemon, almari doraemon.... tu blum lg jenguk kt loteng doraemon.... hihihi....



AISKRIM GORENG

Roti
Aiskrim

Sos:
Sos stroberi (jem stroberi + air panas, kacau sebati)
Sos coklat (milo 3in1 dibancuh pekat)

Basahkan kepingan roti dgn air. Kemudian letak 1 skop aiskrim ke atas sekeping roti. Tangkupkan dgn sekeping lg roti. Tekan dgn pemotong bentuk bulat (sy guna acuan egg benjo). Kemaskan tepi2nya. Balut dgn plastik cling, simpan dlm freezer 1 hari. Goreng dgn minyak yg pnas hingga keemasan. Sewaktu menghidang, curahkan sos stroberi n sos cklat.

KARI AYAM

Dah lama x mengkari.... ayam plak jd mangsa hari ni.... sengaja buat krg pedas sbb boboyz kenit2 ni alergik to hot2 ni.... Manja sgt still mkn nk disuap wpun dh umur 6 th.... klu x suap, mkn main2 n xpnah habis.... terpksa la umi melayaninya.... hai terdera la jiwa raga is3 korang klu smpi tua mcm ni.... hihihi

Sukatan bawang dlm resipi2 sy kebanyakan yg telah dikisar. Amalan sy mmg sntiasa buat stok bwg2 kisar ni.... jgn heran la klu terjumpe sy tolak troli ada bwg merah 1 guni.... dan lg klu sy terjumpe bwg putih/bwg merah yg dh siap berkupas.... mcm org zzzzz disorong bntal.... emmmmm berpaket2 sy bli..... blik rmh bsuh, tus n zreeeet.... smpn dlm bekas kecik2, biar hibernate dlm freezer doraemon.... lma mna? sehingga stok habis digunakan..... serbuk lada hitam n cili kering pun diblend awl2.... snang n cpt...



KARI AYAM

1/2 ekor ayam (potong kecil2)

Jadikan paste:
1 camca besar cili boh
3 camca besar serbuk kari
2 camca besar bawang merah kisar
1 camca besar bawang putih kisar
1 camca teh serbuk lada hitam
Daun kari

2 biji ubi kentang (potong baji)
1 biji buah tomato (belah 4)
1/2 kotak kecil santan cap ayam

Tumis bahan paste hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Biarkan rempah n ayam sekata. Masukkan air separas dengan ayam. Kemudian masukkan pula kentang. Setelah kentang n ayam empuk, masukkan santan, garam n buah tomato. Setelah masak, angkat n hidangkan.

SAYUR KANGKUNG GORENG

Hasil geledah peti ais doraemon, elok je lepak dlm tupperware, lgpun dh bersiang.... bwa dr kg mggu lps.... hasil dr kebun mak kt tebing Sg. Pahang.... senang keja, goreng je la.... emmm x sangka boboy no 3 suka bebenor.... asik dok meratah je.... lps ni klu blik kg bole la wan bekalkan byk2 lg ye.... penuh bonet keta umi pun xpe.... hehehe

Masak campak2 je.... xyah resipi la ye....

Saturday, June 19, 2010

DONUT

Percubaan buat donut mcm kt Big Apple.... deco x lengkap... itu je yg ada dlm laci doraemon.... next time umi kna soping pelbagai aksesori lg utk deco cenggini... ok la ni utk first trial kan... Biasa la saiz besar gedabak, bkn pe nk cpt siap lgpun 2 boboyz ni asik dok ngacau je.... letih otak dok pk cmne nk wt keja dlm aman.....

Saya guna 2 versi yg berlainan... resipi Suria dr reseipidot.net n satu lg donut mix. Kedua2nya mabeles.... Sebahagian donut ni sy goreng 1/2 msk n frozenkan.




Hias dgn cooking cklt topping gajus n topping bluberi filling


Ada request nk yg original....

DONUT SURIA

200 ml air suam
2 sudu besar shortening (sy guna majerin)
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1/2 paket yis mauripan

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Uli hingga sebati dan doh licin agak2 dlm 20 minit. Kemudian rehatkan adunan 10 minit. Kemudian bentukkan adunan, susun atas dulang yg dilapik plastik dan ditabur sdkt tepung. Rehat lagi 30 minit dan bolehlah digoreng.


SOFT DONUT MIX

212 ml air
500 gm soft donut mix
6 gm yis (sy guna 1/2 paket yis mauripan)

Bancuh semua ramuan selama 17 minit sehingga doh menjadi licin. Rehatkan doh selama 10 minit. Kemudian bentukkan adunan, susun atas dulang yg dilapik plastik dan ditabur sdkt tepung. Biarkan doh kembang selama 30 minit. Goreng hingga kuning keemasan.

Nota: Jika menggunakan bread maker, sila masukkan bahan2 mengikut turutan resepi. Utk uli tangan, campurkan semua bahan2 kering dan akhir sekali air. Sukatan air boleh dikurangkan atau dilebihkan bergantung kpd doh iaitu licin dan tidak melekat di tangan.

PETOLA MASAK AIR

Lagi menu simple n nk cepat..... ramai yg dh biasa dgn menu ni... tp nk N3 gak utk rakaman sejarah je..... mana la tau kot2 ada yg bru nk bljr msk, so resipi simple2 cenggini bole lah dicuba..... petola ni mak bg msa blik kg mggu lps.... bru arini terjmpe dlm peti ais doraemon....



PETOLA MASAK AIR

1 biji petola
1/2 potong dada ayam
1/2 batang lobak
sedikit fucuk & su'un - rendam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Tumis bawang dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan air. Setelah air menggelegak masukkan ayam n lobak. Agak2 lobak n ayam dh empuk, masukkan petola n fucuk. Akhir sekali masukkan su'un n garam. Angkat n hidangkan.

TUMIS BERLADA IKAN SARDIN

Oleh kerana dh penat wat donut dlm keadaan huru hara dikacau oleh 2 boboyz, maka msk yg simple2 je tghari ni.... resipi simple, cepat n sedap.... so, layanzzzzzzz



TUMIS BERLADA IKAN SADIN

1 tin ikan sardin

Bahan tumbuk:
1 biji lada besar
10 biji cili api
3 ulas bwg puteh
5 ulas bwg merah
Sedikit garam

1 keping asam keping

Goreng ikan sardin, tutup kuali nnti meletup2. Kemudian angkat dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan sdikit air, sos ikan sardin n asam keping. Kemudian masukkan ikan sardin kacau. Angkat dan hidang.

Thursday, June 17, 2010

AYAM BAWANG PUTIH

Seasoning mix ni ntah bila terbeli msh lum terguna lg, dh lama rasanya dok terperuk je dlm laci doremon tu... hari selongkar sedunia telah menemukannya..... eeeeeemmmm, kebetulan plak ada ayam 1/2 ekor dlm peti ais doremon dh xtau nk watpe.... gna 1/2 paket je sb instruction pd paket utk sekor ayam.... belen simpan xtau bila plak nk gna....

Instruction suh grill tp sy nk cpt goreng aje... ank2 kta sedap.... so kes derhaka x terbongkar... dlm kurungan adalah cara yg sy buat.... hihihi.... next time mgkn leh cuba cara spt paket.... style sy hidang.... owh so simple, dh msk, angkat terus ltk dlm pggan, no deco2 sb membazir je, bkn dimakan dek ank2 ni.... umi nye? no dinner tau....





AYAM BAWANG PUTIH
(sy buat 1/2 adunan je)

1 ekor ayam
1 paket zesty garlic chicken marinade (30 gm)
1/2 cawan air
(tambah 2 sudu tepung beras)

Bersihkan ayam n toskan.
Larutkan mix ke dalam air (gaul je).
Rendam ayam 1 jam (perap 1 malam).
Bakar ikut instruction pd paket (goreng).

Wednesday, June 16, 2010

PUDING KOKTEL

Puding ni ats permintaan khas ank2 sempena cuti sek... resipi ni sy dpt dr pelbagai sumber, ada yg letak esen vanila or oren sunquick, ada yg gunakan 100% tepung kastad n pelbagai versi lg... campur tolak bahagi darab maka inilah resipi yg ikut rasa ank tekak sy... lgpun sy mmg sukakan puding yg sdkt gegar ala2 goyang inul gitu....

Puding ni siap kul 10 mlm smlm, lum smpt betul2 sejuk lbh krg kul 12 midnite ank2 dh minta nk bedah siasat... sy buat 2 adunan drpd resipi ni, dpt 2 loyang.... 1 loyang dh abis dikorbankan mlm tu jga.... so, layanzzzzzzz



PUDING KOKTEL

1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
4 1/2 cawan air
1 cawan susu cair (lebih kurang 1/2 tin)
3/4 cawan gula @ secukup rasa

Cara-Cara:
Satukan semua bahan (tanpa pasang api dapur). Setelah semua adunan sebati, kacau atas api sederhana hingga likat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. Setelah masak, tuang dalam loyang @ bekas2 kecil. Sejukkan.

Kuah:
1 1/2 tin susu cair
1 tin air (gunakan tin susu cair)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung

Hiasan: 1 tin fruit koktel

Cara-Cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktail. Masak atas api hingga mendidih. Setelah masak sejukkan dalam peti ais. Hidangkan bersama puding, kuah n fruit koktel.

Tuesday, June 15, 2010

CHEESE CAKE KOLEJ KOMUNITI

Salah satu resipi ciskek yg diperolehi dr kelas baking.... Sori gambar x senonoh, lum sempat posing vouge, awal2 lg dh dioperet oleh ank2.... InsyaAllah klu buat di lain waktu, sy akn tempek gambo baru...




CHEESE CAKE

Bhn A

8 bj putih telur
185 gm gula kastor (sy kurangkan kpd 150 gm)

Bhn B
135 gm mentega
225 gm gula kastor (sy kurangkan kpd 200 gm)
1 kg krimcis

Bhn C
8 bj kuning telur
300 ml susu cair

Bhn D
90 gm tpg gndum
45 gm tpg kastad

Bhn E
Sdkt kek span (nipis je) utk jdikan dasar kek
atau
Bskt oreo dihancur2kan + sdkt mentega cair n tekan2kan kt dasar loyang

Hiasan:
Blueberry filling
Whip cream - putar hingga kental

1. Putar A hingga kembang kemudian ketepikan.
2. Gunakan bkas yg berlainan, putar bhn B hingga sebati, kemudian masukkan bhn C, putar hingga sebati.
3. Stlh adunan sebati, masukkan bhn A sdkt demi sdkt dgn kelajuan sederhana.
4. Kemudian masukkan bhn D sdkt demi sdkt hingga sebati.
5. Setelah sebati, ltk dlm acuan yg telah disediakan. Bakar pd suhu 140 c slma 2 jam menggunakan kaedah double boiler.
6. Stlh kek sejuk, hias dgn bluberi n whip krim.

Nota: Dpt 2 bj kek jika menggunakan acuan bulat 10"
Harga pasaran RM70++ utk 1 bj kek
Boleh bahagi 2 bahan2 utk saiz kek yg lebih kecil

PASTA DENGAN SOS KRIM

Resipi ni sy dpt dr internet n dh diubahsuai serba sdkit.... Pasta bole guna ikut pilihan sndiri.... Ekceli buat bbrapa hari lps tp bru la ni bole uplod, bz yg sengaja dibuat2... hihihi.... kali ni sy guna spageti, itu je yg ada dlm laci doremon sy.... Mudah, cepat n sedap.... sori gmbo cinonit sb guna kamera henfon cap ayam je....





PASTA DENGAN KRIM SOS

4 sudu besar butter
2 ulas bawang putih – cincang
1 biji bwg merah - potong dadu
1 cawan krim (saya guna heavy cream – cth Emborg) - bole jga gna susu cair
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
1 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa (lebih krg 2 sudu kecil)

Optional:

2 helai daun bay (sy letak ni je, yg 3 lg tu xde stok)
Sedikit daun parsley
Sedikit oregano
Sedikit Italian herbs

Udang secukupnya (xde stok, letak sotong je)
Sotong secukupnya
3 btg sosej (potong)

1. Panaskan butter/marjerin. Masukkan garlic. Tumis hingga naik bau. Masukkan krim. Biarkan hingga berbuih (mendidih).
2. Masukkan campuran tepung jagung dan air. Kacau kuah. Masukkan jus lemon, salt pepper dan rempah2 OPTIONAL.
3. Kacau sebati hingga hampir mendidih. Masukkan sotong dan bahan2 lain.
4. Matikan api apabila sotong kelihatan bertukar warna. Tuangkan ke atas pasta.

Pasta:
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan 2 sudu minyak masak (untuk menghalang pasta dari melekat satu sama lain).
2. Masukkan pasta. Tunggu hingga pasta masak. Apabila pasta sudah masak, tutupkan api, toskan pasta di bawah aliran air sejuk. Ini untuk menghalang pasta dari melekat.
3. Sebelum dihidangkan, gaulkan pasta dengan sedikit minyak zaitun (jika ada) atau apa2 minyak dan taburkan ingredient Italy untuk Italian effect.

KEPAH

Hari ni menu simple lagi.... kepah hasil tangkapan oleh biras sy pada petang Ahad baru2 ni.... pergi 3 buah kereta ke muara laut area Pantai Balok.... dapat bawa balik ckit sorang sbb kepah tu rupa2nya ada kt dlm air, kena guna alat sauk utk mengutipnya.... sy ingtkan kepah ni ada dlm pasir kt tepi2 pantai tu je.... dh terbayang korek2 pasir, kutip kepah mcm kutip batu... hihihi.... kami yg tidak bercadang dgn uniform tambahan hanya dok kt tepi air je tunggu biras membawa naik kepah... nsib baik ada 2 bibik yg tolong biras kutip kepah.... biarin bibik itu basahin....!!!!!



Menu pertama ni utk ank2 yg dh besar ckit....

KEPAH BERCILI

500 gm kepah
2 sudu besar cili boh
1 susu besar bawang merah kisar
1 susu besar bawang putih
1 sudu besar cili sos
1 susu besar tomato sos
Garam

Tumis cili boh, bawang besar n bawang putih. Setelah agak garing, masukkan pula cili sos dan tomato sos. Kemudian masukkan garam. Akhir sekali masukkan kepah. Biarkan sebentar agak2 kulit kepah telah berbuka, angkat dan hidangkan.




Ni menu utk anak2 kecil yg msih belum tau nikmat makanan pedas2... hihihi

KEPAH REBUS

500 gm kepah
1 batang serai (boleh jga guna daun kunyit)
2 ulas bawang putih - ketuk
Garam
Sedikit air

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Air x perlu banyak kerana kepah sendiri akan mengeluarkan air semasa proses menggelegak nanti. Masak sekejap shj agak2 kulit kepah dah terbuka bolehlah angkat dan hidangkan.

Monday, June 14, 2010

SAYANG NAK MAKAN.......

Gambar2 ni dh lama bertapa dlm email.... so, sy kongsikan utk tatapan mata...