Thursday, November 24, 2011

MINI REUNION TEMAN-TEMAN SMKM

Alhamdulillah, berkat izinNya kami bertemu... terima kasih kpd teman2 yg sudi melapangkan diri... kebetulan salah seorang ada tugasan di Kuantan... koling2 n arrange pertemuan dlm sms shj... Walaupun ramai yg tggal sedaerah tp mmg tidak dinafikan terlalu sukar utk bersua oleh kerana kekangan tugas/tanggungjawab yg xpernah habis... Layan pix yg sempat sy snap sambil borak2 makan2 minum2... Terima kasih Raudah, Rahman, Nik, Fizah serta Yani + anak bongsu.... InsyaAllah ada umur panjang kita gader2 lg....








Friday, November 18, 2011

MAJLIS BERKHATAN BOBOY2

Boboy2 bakal melangkah ke alam baru... walaupun baru berumur 7 tahun tapi beliau budak yg cerdik, rajin dan berani... saje2 je bertanya utk dikhatan cuti sekolah ni... pd mulanya cakap xmo tp bila diterangkan dgn detail alhamdulillah bersetuju wpun Boboy1 asik dok nyakat mcm2... upacara sebenar insyaAllah akan berlangsung pada 26 November ni.... klinik telahpun ditempah hanya bawa tuan badan je.... moga dipermudahkan segala urusan.... Amin...






Boboy3 turut hadir di dalam majlis ni... klu ikutkan diapun nk turut serta berkhatan tp al maalum la msh cinonet lg.... hihihi

Monday, November 14, 2011

MUFFIN BESDAY ALONG...



Ini je yg umi sempat sediakan sempena besday along aritu.... dlm muffin pisang topping krimcis... tersgt bz nk update resepi... tungguuuuuu.....

Saturday, November 12, 2011

HEPI BESDAY TO U...... 12.11.11



Tanggal 12.11.1994 lebih kurang jam 10.30 malam, tarikh keramat bg umi... setelah bertarung 13 jam di dalam labour room, along telah slmt dilahirkan melalui kaedah forcep disebabkan umi dh kehilangan byk tenaga dan bimbang baby lemas... sebaik sahaja slmt melahirkan, tiada kedengaran suara tangisan... setelah doktor tepuk2 barulah terdengar sayup2 tangisan dari kerongkong baby... syukur alhamdulillah anak umi selamat lahir ke dunia....

Walau bagaimanapun, keceriaan direnggut oleh satu khabar kurang enak iaitu badan baby terdapat tanda seakan gelembung/parut chicken pox... belum sempat baby disusukan terus doktor tempatkan di wad kanak2.... keesokkan harinya baru umi dapat memegang baby dan beri susu.... alangkah risaunya umi/abi... setelah pelbagai soal selidik doktor ajukan... pelbagai ujikaji... test darah, test air dari "chicken pox" tersebut hinggakan doktor ambil air tulang belakang tanpa izin umi/abi utk mengenalpasti kenapa baby lahir dalam keadaan sedemikian....

Alhamdulillah keputusan ujian menyatakan tiada kuman dapat dikenalpasti... walaupun umi dibenarkan keluar pada hari ke-3 namun baby masih ditempatkan di wad... Umi di rumah asik menangis teringatkan baby... di hari ke-10, abi berjumpa doktor n mohon baby dibawa pulang... alhmdulillah diizinkan setelah keadaan baby tiada yang mencurigakan....

Setelah baby dibawa pulang, kami ikhtiar berubat cara kampung... orang tua2 mengklasifikasikan jika baby dilahirkan ada kelainan dianggap kenan... setelah berubat cara kenan, nampak ada perubahan... jika tidak badan baby seakan berjalur hitam.... kuasa Allah tiada setitikpun "chicken pox" di bahagian muka....

Rasa macam semalam je umi melahirkan along... Doa umi moga along sentiasa sihat, ceria serta berjaya di dunia akhirat.... jaga diri, jaga maruah keluarga, jaga maruah agama walau di mana along berada... di kesempatan ini umi ingin mengucapkan selamat menduduki exam SPM 2011... moga along tenang semasa menjwb exam, dipermudahkan segala urusan... doa umi sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak2 umi... walau apa yg mendatang yg pasti dari hati yg tulus ikhlas lagi murni umi nak along n adik2 tau - UMI SAYANG SEMUA ANAK2 UMI HINGGA KE SYURGA....

Friday, November 11, 2011

MY PEBERET SALAD


Ni la my peberet salad... nk buat pun senang... xde sukatan khas main campak2 je... sukatan di bawah adalah anggaran sahaja utk rujukan anak cucu akan datang... yg penting kalerful menarik minat boboyz makan sayur... layanzzzzzz

SALAD

2 helai daun salad
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum kuning
1/2 labu awang besar
3/4 biji limau sunkist
Jus limau sunkist dari 1/4 limau sunkist
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Basuh dan toskan sayur-sayuran. Boleh juga lap dgn tisu. Hiris/potong ikut citarasa. Akhir sekali masukkan dalam mangkuk, perah limau lalu gaulkan dgn mayonis, garam & lada hitam. Hidang segera bersama roti atau makan begitu sahaja.

11.11.11

Salam 11.11.11 semua...

Terlebih dahulu mohon maaf kerana terlalu lama menganaktirikan blog ni... walau pun blog ni ibarat idup segan mati xmo, tp rupanya ada yg sudi bertandang, follower bertambah (walaupun bukan ribu2 lemon) & sudi tinggalkan jejak... TQ n cayang uols... Xtvt BW pun jarang2... maaf ye sy dtg tnpa tinggalkan jejak di blog kwn2... almaalumkan masa amat cemburu...

Sempena tarikh cntik hari ni tingin gak abadikan N3... ekceli tiada sejarah penting yang berlaku cuma 17 th yg lepas di saat/tarikh ini sy sedang terboyot2 sebadan berdua - tengah menghitung hari utk melahirkan anak sulung...

Ekceli ada projek yg sdg berlangsung di rmh... itu yg jd bz x hengat dunia ni... Tu la sema nk buat, x sedar diri tangan tu ada 2 je... hihihi... InsyaAllah ada masa nnti sy N3 lain pula ye...

Salam sayang semua... emmmmuuaaahhh....