Saturday, November 12, 2011

HEPI BESDAY TO U...... 12.11.11



Tanggal 12.11.1994 lebih kurang jam 10.30 malam, tarikh keramat bg umi... setelah bertarung 13 jam di dalam labour room, along telah slmt dilahirkan melalui kaedah forcep disebabkan umi dh kehilangan byk tenaga dan bimbang baby lemas... sebaik sahaja slmt melahirkan, tiada kedengaran suara tangisan... setelah doktor tepuk2 barulah terdengar sayup2 tangisan dari kerongkong baby... syukur alhamdulillah anak umi selamat lahir ke dunia....

Walau bagaimanapun, keceriaan direnggut oleh satu khabar kurang enak iaitu badan baby terdapat tanda seakan gelembung/parut chicken pox... belum sempat baby disusukan terus doktor tempatkan di wad kanak2.... keesokkan harinya baru umi dapat memegang baby dan beri susu.... alangkah risaunya umi/abi... setelah pelbagai soal selidik doktor ajukan... pelbagai ujikaji... test darah, test air dari "chicken pox" tersebut hinggakan doktor ambil air tulang belakang tanpa izin umi/abi utk mengenalpasti kenapa baby lahir dalam keadaan sedemikian....

Alhamdulillah keputusan ujian menyatakan tiada kuman dapat dikenalpasti... walaupun umi dibenarkan keluar pada hari ke-3 namun baby masih ditempatkan di wad... Umi di rumah asik menangis teringatkan baby... di hari ke-10, abi berjumpa doktor n mohon baby dibawa pulang... alhmdulillah diizinkan setelah keadaan baby tiada yang mencurigakan....

Setelah baby dibawa pulang, kami ikhtiar berubat cara kampung... orang tua2 mengklasifikasikan jika baby dilahirkan ada kelainan dianggap kenan... setelah berubat cara kenan, nampak ada perubahan... jika tidak badan baby seakan berjalur hitam.... kuasa Allah tiada setitikpun "chicken pox" di bahagian muka....

Rasa macam semalam je umi melahirkan along... Doa umi moga along sentiasa sihat, ceria serta berjaya di dunia akhirat.... jaga diri, jaga maruah keluarga, jaga maruah agama walau di mana along berada... di kesempatan ini umi ingin mengucapkan selamat menduduki exam SPM 2011... moga along tenang semasa menjwb exam, dipermudahkan segala urusan... doa umi sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak2 umi... walau apa yg mendatang yg pasti dari hati yg tulus ikhlas lagi murni umi nak along n adik2 tau - UMI SAYANG SEMUA ANAK2 UMI HINGGA KE SYURGA....

1 comment: