Siapa penah mkn sayur maman or jeruk maman.... nk buat sayur ni maman kena dijeruk dahulu dalam 2-3 mlm... lepas tu buang airnya n masak lemak cili api mcm biasa....
MAMAN JERUK MASAK LEMAK CILI API
1 ikat maman
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
Sedikit lada kecil (kalu nk pedas boleh tambah, xnak letak pun xpe)
1/2 inci kunyit hidup
1/2 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 btg serai (diketuk)
Sedikit garam/gula
Siang pucuk maman, ambil yg lembut sahaja. Selepas itu gaulkan dgn 1 genggam nasi + sedikit garam. Gaul n ramas rata2. Simpan dlm bekas n jerukkan utk 2-3 mlm. Apabila nak buat sayur, barulah dikirai nasi yg ada n buangkan airnya.
Campurkan semua bahan tumbuk, santan, maman jeruk, serai, garam n gula ke dalam periuk. Masak dgn api sederhana, perlu dikacau selalu supaya tidak bergentel. Setelah maman layu n kuah dh menggelegak, bolehlah diangkat n hidang.
Hadoi la..nampak sgt sue ni tak reti masak..Daun maman pun sue tak kenal..Siyes kena serch google la ni..heeee
ReplyDelete