Monday, April 4, 2011

BUN KENTANG


Maaf ye kepada tetamu yg sudi menyinggah.... tuan dapur x sempat nk update blog.... ni dok berlumba dgn masa.... bun yg sgt lembut n leka mamam x sedar 4 ketui sekali pulun.... layan resepi buat 2 minggu yg lps... sbg potluck mjls mkn2 kt ofis..... resepi CnP dlm pendrive x hengat amik dr mana.... TQVM kpd yg empunya resepi ye....

BUN KENTANG

400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
100 gm ubi kentang
250 ml air
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
120 gm marjerin
sedikit garam
120 gm gula
2 sudu teh yeast (sy guna 1 paket mauripan - 11 gm)
1 kuning telur (utk sapuan atas bun)

Cara-cara:

1. Rebus kentang sampai empuk, kemudian lecek
2. Pukul telur dalam mangkuk adunan
3. Masukkan gula, air, yeast, susu tepung, margerin, kentang dalam mangkuk adunan,gaulkan
4. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli sehingga jd doh lembut dan x melekat pd tangan, kalu lembik, tambah tepung
5. Biarkan doh naik dalam 30 minit
6. Bila dah naik, tumbuk2 doh utk buang udara di dalamnya, kemudian bolehlah mula dibentuk jadikan doh kecil2
7. Susun dalam loyang yg sudah disapu margerin
8. Biarkan adunan naik dan boleh disapu dgn kuning telur dan kastard
9. Paipkan kastard ikut kraetiviti masing2 dan bakar suhu 200'c selama 20 minit
10. Sudah masak, sapukan margerin atas permukaan roti

Cara membuat kastard:
1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan cawan air susu (apa2 pun bleh)
1/2 cawan gula

Satukan bahan di atas, larutkan, kemudian masak hinga pekat. Sejukkan, isi dalam piping plastic dan pipekan atas pemukaan roti sebelum bakar

Nota: sy buat guna breadmaker, ikut spt tatacara BM masing2

Utk kastard, sy menggunakan instant custard sebagaimana berikut:

200 gm instant custard + 300 ml susu segar = kacau hingga menepati kepekatan mengikut citarasa... sukatan susu segar bole dikurang or ditambah mengikut kesesuaian

3 comments:

  1. Dah lama teringin nak try buat bun kentang tp hajat tak tercapai je....

    ReplyDelete
  2. tringinnya nak wat tp tepung roti xda lak, btw lembut & sedap sgt nampak potato bun ni:D

    ReplyDelete
  3. Wanieyra: insyaAllah 1 hri nnti sampai la seru nk wat bun kentang ni....

    Mamma Olyn ♥: tepung roti xde no hal... bole guna tepung gandum sepenuhnya.... ekceli mmg sedap n lembut sgt... bkn puji diri sndiri tau tp kenyataan kejadian bun ni... cuba la....

    ReplyDelete