Thursday, August 27, 2015

HAPPY BIRTHDAY NAQEEB - 27 OGOS 2007 - 27 OGOS 2015

Hari ini 27 Ogos 2015 genap 8 tahun usia anak umi Naqeeb Fawazuddin ....  Dah besar baby umi ni ye... Umi doakan Naqeeb dianugerahkan keberkatan hidup, panjang umur, berakhlak mulia, menjaga agama, sejahtera jiwa dan raga, dimurahkan rezeki, cerdas akal fikiran, sihat tubuh badan, terdidik rohani dan jasmani,  bertaqwa, taat dan mencintai Allah SWT, setia kepada Rasullah SAW, anak soleh, adik yang budiman serta tulus ikhlas sesama manusia & segala makhluk di bumi ini... Umi, Along, Angah & Acik sayanggggg Naqeeb...

Thursday, August 13, 2015

USIA BERTAMBAH...

Bertambah lagi setahun tetapi yang pasti ianya semakin berkurangan... Terima kasih kepada semua yang telah merakamkan ucapan dan doa melalui pelbagai media... Syukur Ya Allah masih diberi kesempatan sehingga ke usia ini untuk melayari kehidupan sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini... Alhamdulillah saya masih ada ibu bapa adik2 yang sentiasa menyokong, anak-anak yang begitu memahami, sahabat-sahabat yang setia serta insan-insan sekeliling yang tulus ikhlas.... Tiada apa yang istimewa dan juga tiada majlis keraian...  melangkah seperti hari-hari biasa dengan harapan semoga hari-hari mendatang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya... "Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)" -  Surah Ar-Rahman

Monday, August 10, 2015

RENDANG AYAM MAMAN

Rendang ayam yang pedas berhantu kalau ikut betul-betul sukatan cili apinya... tetapi sememangnya saya alah kepada menu-menu pedas ni so sukatan cili api dikurangkan mengikut kesesuaian tekak... sebenarnya bahan-bahan tu agak-agak je sb buatnya sikit sgt... resepi tanya Miss Google & diolah mengikut cara saya... Rendang ni memang SEDAP... daun maman tu rasa lemak-lemak dan xde la pahit sangat...
6 ketul ayam
2 sudu besar pes cili api
1 sudu kecil pes kunyit hidup
3 keping asam
300 ml santan pekat (saya guna santan 1 1/2 kotak)
1 ikat maman segar
garam
gula (optional)
Sedikit air

Siang, basuh dan tuskan daun maman.
Kemudian jemur sekejap daun maman tetapi jangan terlebih layu supaya daun maman tidak basah sangat (sy lapkan sahaja dengan tuala dapur).
Ayam yg telah dibersihkan dimasukkan ke dalam kuali bersama pes kunyit dan pes cili api (kunyit hidup dan cili api mmg sy simpan yg telah dikisar).
Kecutkan ayam bersama sedikit air, cili api dan kunyit tadi sehingga kering, baru masukkan santan, tunggu sehingga daging ayam lembut.
Kemudian masukkan asam keping, garam dan kacau sehingga kuah mendidih pekat. Setelah terbit minyak baru dimasukkan daun maman tadi.
Jangan kacau terlalu kuat takut daun hancur, buat perlahan-lahan supaya daunnya layu dan sebati bersama kuahnya.
Apabila semuanya layu dan rasa garamnya bolehlah diangkat.
Mengikut petua orang lama, masukkan maman selepas santan menggelegak dan mula mengering. Rendang kemudiannya dimasak sehingga santan kering.
Selepas memasukkan maman, syarat penting yang perlu dipatuhi agar rendang jangan dikacau selalu...
Jika tidak sekawah rendang akan pahit...

Nota: daun maman dijemur terlebih dahulu juga adalah utk mengurangkan rasa pahit daun tu...

Sunday, August 9, 2015

PERSIAPAN JAMUAN AIDIL FITRI JABATAN....

Walaupun dah berlalu hampir 2 minggu, namun sengaja saya abadikan coret coret persiapan sambutan jamuan aidil fitri jabatan baru-baru ini.... Perancangan awal telahpun dibuat semasa minggu terakhir puasa lagi... walau bagaimanapun oleh kerana masing-masing bercuti panjang dan berpuasa sunat Syawal, maka seminggu sebelum tarikh sebenar barulah persediaan dapat direalisasikan.... bermula menentukan person in charge untuk penyediaan menu-menu utama, list potluck, pinggan/mangkuk/sudu/garfu dan sebagainya.... Alhamdulillah majlis telah berlangsung dalam suasana sederhana dan meriah... terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbang bagi menjayakan majlis pada tahun ini...
Pertama sekali gotong royong anyam ketupat daun kelapa
Gotong royong mengisi beras
Hasilnya.... taraaaaa rebus dalam Noxxa...

MUHASABAH DIRI

Jika hidup terasa sukar, rezeki terasa sempit dan hidup seperti dihimpit sesusahan, maka amalan-amalan ini boleh membantu:-

Spiritual:
1.  Banyakkan taubat dan istighfar
2.  Sentiasa sedekah setiap hari
3.  Amalkan solat Dhuha
4.  Gembirakan hati ibu bapa

Personal:
1.  Rendahkan sifat ego
2.  Dengar nasihat orang yang lebih berpengetahuan
3.  Berusaha menambah ilmu
4.  Murahkan senyuman
5.  Ringan membantu sesama manusia / hidupan
6.  Banyak bergaul terutama bersama golongan kurang berkemampuan

In sya Allah moga kita sentiasa dalam redhaNya... aamiinn....

Wednesday, August 5, 2015

SOTONG TUMIS SAMBAL BELACAN

Resepi ringkas sebagai juadah berbuka... bahan-bahan simple aje...

SOTONG TUMIS SAMBAL BELACAN
2 ekor sotong saiz sedang
3 sudu besar sambal belacan
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
 1 biji bawang besar (potong bulat)
1 sudu besar cili sos
1 pokok daun sup (hiasan)
 Garam

Bersihkan sotong & hiris. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sambal belacan dan bahan kisar. Setelah agak garing masukkan sotong. Gaul rata dan masukkan pula sos cili, bawang besar dan garam. Kalau nk berkuah masukkan air 3-4 sudu besar. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, angkat dan hidangkan.

 Nota: Kuantiti sambal belacan terpulang pada citarasa...

Tuesday, August 4, 2015

JAMUAN HARI RAYA JAB. KORPORAT DAN PENGURUSAN KUALITI 2015

Sepanjang bulan Syawal ini kebanyakan jabatan mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri... Tidak ketinggalan juga jabatan saya turut mengadakan jamuan pada 30 Julai 2015 yang lalu bertempat di Bahagian Senireka dan Dokumentasi... Sebagai tuan rumah, kami amat sibuk melayan para tetamu sehingga tidak berkesempatan untuk mengambil gambar juadah-juadah yang disediakan... kami hanya sempat berposing setelah tetamu agak reda... saksikan aksi-aksi kami... taraaaaaaaaaaaaaaa

SEPETANG BERSAMA BFF

Jarang sangat dapat berjumpa dgn BFF yg sorang ni... Alhamdulillah dgn izinNya beliau datang ke Kuantan dan kami habiskan masa mkn2 n ronda2 kt ECM... terima kasih kerana sudi datang ke Kuantan... InsyaAllah ada rezeki nti jumpa lagi....

Monday, August 3, 2015

SALAM SYAWAL 1436H

Assalam.... Blog yang dh lama x update... bersawang & berhabuk sana sini... Maaf tuan blog bizi banyak dalam 3-4 tahun ni... x tau apa mimpinya hari ni bole jenguk n terus update blog hihihi kelakar pulak rasanya.... Di kesempatan bulan Syawal yg masih lg bersisa ni, kami sekeluarga merakamkan Salam Syawal dan Maaf Zahir Batin kepada pengunjung yg tersesat ke blog ini...
Ikhlas dari kami sekeluarga Jai, Balqiss, Aideel, Danial & Naqeeb... muahhh muahhh muahhh