Thursday, August 13, 2015
USIA BERTAMBAH...
Bertambah lagi setahun tetapi yang pasti ianya semakin berkurangan... Terima kasih kepada semua yang telah merakamkan ucapan dan doa melalui pelbagai media...
Syukur Ya Allah masih diberi kesempatan sehingga ke usia ini untuk melayari kehidupan sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini... Alhamdulillah saya masih ada ibu bapa adik2 yang sentiasa menyokong, anak-anak yang begitu memahami, sahabat-sahabat yang setia serta insan-insan sekeliling yang tulus ikhlas....
Tiada apa yang istimewa dan juga tiada majlis keraian... melangkah seperti hari-hari biasa dengan harapan semoga hari-hari mendatang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya...
"Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)" - Surah Ar-Rahman
Labels:
Apa-apa Aje
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment