Monday, October 3, 2011

PMR - semoga berjaya....


Hari ini merupakan hari pertama calon2 seluruh Malaysia menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, termasuklah Boboy1... Umi doakan Boboy1 sihat sepanjang minggu exam, tenang semasa menjawab soalan, berjaya menjawab dengan tepat mengikut kehendak soalan dan akhirnya mendapat keputusan yang setiap orang impikan.
Aminnnn

Umi percaya Boboy1 dah buat yang terbaik, moga segala usaha diberkati dan mendapat keredhaan Ilahi. Akhir sekali, jgn lupa tawakkal dan sentiasa mohon doa yang terbaik kepadaNya.

Umi, Mama, Wan, Aki, Tokwan, Ayah Tam, Ayah Andak, Ayah Cu, Mak Cu Aini, Auntie Nita, Auntie Dah, Auntie Faridah (JB), Auntie Milee, Auntie Haizan, Along/adik2 dan semua yang mengenali sentiasa mendoakan kejayaan Boboy1 cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.... (maaf kpd yg nama tidak disebut di sini)

No comments:

Post a Comment