Alhamdulillah 26 November yg lalu Boboy2 telah selamat dikhatankan...
bersama anak ofismet
lokasi
no. giliran
melayan angry bird
alhamdulillah dah selamat.... komen Boboy2 - Angah tipu je... x sakit pun....
port berehat (yg tinggi tu bkn lutut tau... scroll ke bwh utk cerita selanjutnya....)
ubat-ubatan
baby gymtastics yg amat berjasa, 7 th lalu Boboy1 yg guna, ianya toy kepunyaan Boboy2 semasa baby now dia yg guna utk dijadikan penghalang kain... maka x perlu la gantung kain pelikat dgn tali kt syiling... akan disimpan utk kegunaan Boboy3 nanti... insyaAllah lg 3 tahun kot...
Contoh baby gymtastics dr google... ekceli ada objek yg bole gayut2 so, tanggalkan... kan senang xyah paku syiling lg n bole dibawa ke mana2....
Setelah 2 kali berpengalaman mengendalikan anak2 berkhatan, dikongsi beberapa tips sebagai panduan dan rujukan:
1. Terangkan kpd anak tentang berkhatan... Cadangkan kpd mereka utk dikhatankan dlm tempoh terdekat (cth. cuti sekolah)... jika bersetuju teruskan or jika msh ragu2 / takut2 , biarkan tunda ke lain masa yg sesuai... sebaik-baiknya biarlah atas kerelaan anak itu sendiri... ini lebih memberikan keyakinan dan semangat kpd mrk... jika tanpa rela, dikhuatiri berlaku perkara yg tidak diingini... contoh lari dr klinik, menangis dsbnya yg pasti menimbulkan masalah kpd ibubapa...
2. Usia berkhatan terpulang kpd ibubapa... ada yg khatan masa baby... kebiasaan di Malaysia setelah agak besar cth umur 7 - 12 th... sebaik-baiknya biar anak dh pndai urus diri sendiri... Jika ibubapa bekerja mungkin bole mengambil cuti di awal2 tempoh berkhatan...
3. Jika anak bersetuju utk berkhatan, bole la ibubapa pilih klnk... bertanya rakan2 atau keluarga... pilih teknik khatan yg ditawarkan... teknik skrg xde balut n cpt sembuh... dlm tempoh 1 mggu dh bole sarung seluar... mna yg brutal hari ketiga dh berlari melompat... mcm Boboy2 ni dia fobia ckit... slps dipujuk baru la nk try pakai seluar, itupun pd hri yg ke-7...
4. Sebelum ke klnk pd hari berkhatan, pastikan anak bersarapan... bawa bekalan air masak / sdkt roti... kebiasaannya klnk mmg ramai peserta khatan sb ianya bermusim...
5. PERINGATAN PENTING: Sebaik sahaja ank selesai berkhatan segera bagi makan (xperlu tunggu sampai di rumah)... kemudian terus makan ubat yg dibekalkan... sebaik sahaja keluar dri bilik doktor mmg anak2 x rasa sakit sb msh ada ubat bius... sebaik sahaja ubat bius habis pasti anak2 anak menangis kesakitan... sb itu la kena terus bagi makan ubat sblm ubat bius itu habis...
6. Berpantang makan ikut budi bicara... tetapi mostly orang Melayu mengambil berat soal berpantang ni... ekceli tiada pantang khusus utk yg berkhatan... dari pengalaman & nasihat org tua2 elakkan makanan gatal cth seafood, ayam & makanan berangin. Boboy2 sy sediakan ikan tenggiri / haruan yg dibuat sup / dibakar. Ubat yg dibekalkan hendaklah dimakan mengikut jadual... Di samping tu, sy bagi juga makan vitamin C...
Ok la, serba sedikit pengalaman sy utk dikongsikan... moga bole dimanafaatkan bersama...
No comments:
Post a Comment