Friday, June 4, 2010

BUN TUNA

Bun ni terhasil oleh kerana miss oven dok pura2 rosak n sessi kerahan tenaga BM @ breadmaker @ bibik moden yg dh lama sgt jd tukun.... Resepi dr kelas masak2 satu ketika dulu.... Sy membentuk bun main jemput2 je, no timbang2 n dpt dlm 30 buns.... 5 buns x ckup inti kes tamak haloba, isi inti byk2.... hati2 membentuk bun supaya inti tidak bocor di bwh.... sy gunakan paper cup sbg alasnya... hasilnya... ada yg lonjong, leper n itam dayang senandung.... hihihi



BUN TUNA

260 ml air
1 biji telur
110 gm gula (sy guna 100 gm je)
100 gm majerin/butter/shortening
1/2 camca kecil garam
600 gm tepung high protien @ tepung roti (tepung gandum pun ok klu darurat)
1 paket yis mauripan

Bahan Inti:
2 tin tuna spread mayonis
1 biji bawang besar (cincang)
1 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Kalu suka pedas tmbhkan serbuk kari or potongan cili api

Nota: Inti boleh dipelbagaikan cth kelapa, kacang merah, kaya dsbnya

Cara-cara Bread Maker:

Masukkan bahan mengikut turutan resipi. Set mengikut manual BM msg2 sehingga doh elastik dan licin. Sy menggunakan fungsi "rapid dough" selama 1.35 jam. Sementara menunggu BM bekerja, siapkan intinya. Satukan kesemua bahan n gaul rata. Simpan di dalam peti ais. Setelah cukup masa proofing doh, bentukkan mengikut citarasa. Sapukan kuning telur dan bakar 180C selama 25 minit.

Cara-cara Hand Maker:

Gaul semua bahan kering hingga rata. Kemudian buat lubang di tengah2 n masukkan telur dan air. Gaul hingga sebati lebih kurang 15 minit. Akhir sekali masukkan majerin dan garam. Uli lagi hingga doh elastik dan licin. Rehatkan doh hingga naik 1 kali ganda.

Uli semula, buangkan angin, potong, timbang 50gm setiap 1 dan bentukkan. Rehatkan lg selama 25 minit. Isikan inti, perap dlm loyang selama 30 - 40 minit.

Sementara itu, panaskan oven, gliskan permukaan bun dengan kuning telur + 1 camca teh air. Bakar pada suhu 180C sehingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment