Wednesday, June 16, 2010

PUDING KOKTEL

Puding ni ats permintaan khas ank2 sempena cuti sek... resipi ni sy dpt dr pelbagai sumber, ada yg letak esen vanila or oren sunquick, ada yg gunakan 100% tepung kastad n pelbagai versi lg... campur tolak bahagi darab maka inilah resipi yg ikut rasa ank tekak sy... lgpun sy mmg sukakan puding yg sdkt gegar ala2 goyang inul gitu....

Puding ni siap kul 10 mlm smlm, lum smpt betul2 sejuk lbh krg kul 12 midnite ank2 dh minta nk bedah siasat... sy buat 2 adunan drpd resipi ni, dpt 2 loyang.... 1 loyang dh abis dikorbankan mlm tu jga.... so, layanzzzzzzz



PUDING KOKTEL

1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
4 1/2 cawan air
1 cawan susu cair (lebih kurang 1/2 tin)
3/4 cawan gula @ secukup rasa

Cara-Cara:
Satukan semua bahan (tanpa pasang api dapur). Setelah semua adunan sebati, kacau atas api sederhana hingga likat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. Setelah masak, tuang dalam loyang @ bekas2 kecil. Sejukkan.

Kuah:
1 1/2 tin susu cair
1 tin air (gunakan tin susu cair)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung

Hiasan: 1 tin fruit koktel

Cara-Cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktail. Masak atas api hingga mendidih. Setelah masak sejukkan dalam peti ais. Hidangkan bersama puding, kuah n fruit koktel.

No comments:

Post a Comment