Sunday, June 27, 2010

SUP AYAM DAUN BAY

Menu yg sering dimasak n peberet anak2... biasanya msk sup slps 2-3 kali membeli ayam kerana menggunakan bahagian leher, tulang, hati, mempedal, kaki dsbnya... so, setelah dikumpul n dapat lebih kurang semangkuk barulah boleh buat sup.... menu ulang tayang n resepi diubahsuai ckit spt yg dimsk msa dulu2... kali ni sy x tumis, main campak semua bahan, rebus n tinggal je.... sy tambah 1 helai dau bay n xletak halia.... eeeemmmm not bad.... cuba la n rasakan sendiri perbezaannya.... pd tekak sy lebih sedap dr sup2 yg dimsk sebelum ini... Boboy3 asik dok kutip meratah kentang n karot je...


SUP AYAM DAUN BAY

1 mangkuk ayam dipotong kecil2 (leher, tulang, hati, mempedal, kaki dll)
1 camca besar bwg merah kisar
1 camca besar bwg putih kisar
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 helai daun bay

Bahan tambahan:
2 biji kentang - belah baji
1/2 batang lobak merah - potong
Garam
Daun sup @ daun bawang (jarang letak ank2 xsuka)

Rebus ayam bersama bahan2. Agak2 ayam dh separuh empuk, nasukkan kentang n lobak. Tambah garam, angkat n hidangkan.

No comments:

Post a Comment