Sunday, March 13, 2011

AYAM BLACKOUT


Tiba2 timbul mentol lampu kt ats kepala nk msk Ayam Negro tp xjumpe cri resepi.... alahai hentam mak labu aje la..... pe2 pun kita buat dia, jadi cmne belakang kira... resepi ikut pe yg sy buat aritu....

AYAM BLACKOUT
Sumbangan: my-magic-kitchen

4 potong ayam (gaul garam & kunyit - perap)

Bahan tumis:
3 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 inci halia - hiris mancis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

Bahan perasa:
1/2 cawan kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka

Bahan sampingan:
1 biji buah tomato - belah 8
1/2 biji capsicum hijau (kalu merah nmpk terserlah, itu je yg ada)
Sdkt air

Goreng ayam yang telah diperap hingga separuh masak. Tumis bahan2 hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan perasa & sedikit air. Masukkan pula ayam yg telah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan tomato & capsicum. Biarkan sebentar, angkat n hidangkan.

Nota: Kuah n tambahan garam bergantung kpd citarasa....

No comments:

Post a Comment