Wednesday, March 16, 2011

AYAM TUMIS REMPAH KARI


Dh x tau nk msk pe dgn ayam ni... rakyat kt rmh ni x jemu2 mkn ayam.... dh naik berbulu bj mata umi msk ayam hampir hari2... apakan daya, umi yg menurut perintah.... ikut je la tekak rakyat kt rmh ni.... resepi biasa2 aje.... cuma tmbh serbuk kari bg kelainan dr segi rasa.... layanzzzz.....

AYAM TUMIS REMPAH KARI
Sumbangan: my-magic-kitchen

5 ketul ayam (potong kecil2, gaul garam + kunyit - perap sebentar)
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 camca besar ciliboh
2 camca besar serbuk kari ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sedikit air
Garam/gula utk perasa

Goreng ayam separuh masak, ketepikan. Campurkan bawang2 kisar, ciliboh & serbuk kari, gaul jadikan paste lalu ditumis hingga naik bau. Masukkan pula kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. Kemudian masukkan sedikit air supaya tidak hangit. Masukkan pula bahan2 perasa spt sos, garam & gula. Akhir sekali masukkan ayam. Biarkan mendidih sebentar. Setelah itu, angkat & hidangkan.

No comments:

Post a Comment