Wednesday, March 23, 2011
DONUT PISANG DIROTIKAN....
Alkisah terliur tgk donut yg bertukar jd roti pisang Mas buat aritu.... stok pisang ada bwa balik dr kg.... kebetulan ofis buat mkn2 sempena gotong royong kemas ofis.... kemas ofis xde le hebat sgt tp acara makan2 yg lebihnya..... feedback ofismet pun di luar jangkaan.... ramai ckp sedap n request roti lg utk next acara makan2 kt ofis.... yg bestnya sy jwb, mmg la sedap sb uli dgn kaki.... MUAHAHAHAHA.... sila gelak mcm jin Ahmad Albab ye.....
Sy buat 2 adunan.... dpt byk utk rezeki ramai.... sy ingatkan x laris dgn selera dia org... rupa2nya ada yg tapau nk bwa blik utk is3.... hai bertuahnya bdn is3 tu suami ingat bila mkn sesuatu yg dirasakan sedap..... sy bakar kesemuanya tp Mas buat 1/2 bakar n 1/2 lg buat donut... ofkoz sy derhaka byk.... tambah coklat chips n hias dgn baki coklat ganache atasnya.... so, sesiapa yg nak mencubanya, bole aje buat kedua2nya sama ada bakar or goreng.... ok la byk sgt membebel.... rujuk warna merah apa yg sy buat ye...
Anyway TQ Kak Fida sudi share resepi yg sedap ni n CnP dr dapur Mas....
ROTI DONUT PISANG
Resepi Asal : Kak Fida@myresepi.com
CnP: mas-dapurmas.blogspot.com
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com
Bahan :
100g tepung gandum - diayak
400g tepung roti - diayak
100g gula halus
11g yis segera @ sepeket
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver
100ml air
3 biji kuning telur (sy guna 1 biji telur utk 2 adunan)
100g butter - Mas guna marjerin (sama dgn Mas)
300g pisang lecek
Cara membuatnya :
Ayak tepung gandum dan tepung roti ke dalam mangkuk dan campurkan dengan yis, gaul rata dan masukkan gula halus, garam, kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata. Masukkan pula pisang yang telah dilecek dan mentega @ marjerin dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk. (Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh, canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.
Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut citarasa masing2
Donut ini boleh juga dibakar.
Note: Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan jadi lembik. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg di perlukan. Selamat Mencuba
Cara Mas (juga cara sy):
Mas masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh menjadi donut dan roti. Biarkan doh rehat selama 30 minit dan doh siap untuk digoreng dan dibakar. Sebelum bakar sy hias dgn baki cklt ganache.
Mas bakar selama 20 minit dengan suhu 170c bergantung pada oven masing2.
Sy bakar dlm loyang 15 x 10 inci, dapat 35 biji (gambar yg atas tu bakar dlm paper cup utk bekfas ank2)
Ni aje yg dpt diselamatkan utk posing msa kt ofis.... yg lain2 yilek
Labels:
Roti dan Bun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment