Thursday, March 17, 2011
KEK KUKUS MADU SIMPLE
Kek ni dibuat mggu lps... sbg ole2 ke rmh MIL... resepi sy CnP dr aludra@myresipi.com .... TQ atas resepi yg senang n sedap ni... sy bakar kek ni dlm loyang 10x14 in, so kejadian ala2 brownies la plak.... bkn pe, senang nk potong... kek sy agak dry ckit, kalu dikukus spt resepi asal mgkn lbh moist agaknya... kuaci tu mmg sengaja ditabur utk menghabiskan stok...
KEK KUKUS MADU SIMPLE
Bahan-bahan
250g tepung naik sendiri/tepung gandum (sy guna tepung gandum)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonate
100g margerine
200g gula perang halus (boleh tambah kalau nak manis) (sy guna 100 gm)
120g minyak sayur/corn oil/minyak masak
4 biji telur saiz M
3/4 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar madu (sy guna 3/4 cawan)
1 sudu kecil sebuk kopi/nescafe - dicampur dgn sedikit air suam (x letak)
Sy pandai2 tambah: kuaci labu secukupnya
Cara-cara
1. Putarkan margarine, gula perang dan minyak sampai jadi lembut/creamy.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan air kopi, vanilla dan madu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonate dan baking powder. Putar hingga adunan sekata.
5. Alas loyang dgn kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tutup loyang dgn plastik supaya air tak menitik ke dalam kek.
6. Kukus dengan api sederhana sehingga masak (lebih kurang 60 minit). Cucuk dengan lidi atau cake tester, kalau tak melekat maknanya dah masak la tu (sy bakar 45 minit suhu 150C)
Labels:
Kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment