Wednesday, March 16, 2011
KEK KEJU ROSELLE
Lebihan kek span xtau nk buat apa.... selongkar esbox terjumpe krimcis & jem roselle... mula la mentol nyala atas kepala.... jeng jeng jengggggg..... resepi hantam aje la labu.... janji bole ngap.... alhamdulillah laris di kalangan rakyat jelata.....
KEK KEJU ROSELLE
Sumber: my-magic-kitchen
Bahan-bahan:
500 gm krim cheese
100 gm gula castor
2 biji telur
100 ml whip cream
1 camca besar jus lemon
Kek span (sbg dasar ciskek)
Jem roselle secukupnya
Whip cream - pukul hingga kental
Cara-cara:
1. Sediakan loyang yg bole dibuka dasarnya atau kalu loyang biasa alas dgn aluminium foil (yg dibiarkan terjuntai supaya senang ciskek dibawa keluar). Susun kek span di dasar loyang & ketepikan.
2. Sementara itu, putar krim cheese dan gula hingga kembang. Masukkan telur & putar lagi. Kemudian masukkan pula whip cream & jus lemon.
3. Tuang adunan cream cheese ke dalam loyang kek span tadi. Masukkan pula 2-3 sudu jem roselle. Kacau sedikit ala2 marble....
4. Bakar cara kukus (letak loyang ciskek ke dalam loyang yg lebih besar & diisi air) selama 1 jam suhu 150C.
5. Setelah ciskek masak renggangkan pintu oven, biarkan sejuk baru bole keluarkan ciskek dr oven & masukkan dlm peti ais. Sejukkan semalaman.
6. Setelah ciskek sejuk, hiaslah dgn baki jem roselle di atas dan sekelilingnya dgn whip cream yg telah dipukul kental.
Labels:
Kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment