Monday, April 11, 2011

BEREHAT SEKETIKA......

Salam kpd semua pengunjung My Magic Kitchen....

Mohon maaf kerana operasi dapur @ blog terpaksa direhatkan sementara waktu bagi memberi laluan kepada pelbagai perkara mustahak yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini.... Tidak dapat dipastikan bila blog akan bersiaran kembali....

Oleh itu, tuan dapur mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg sudi singgah... klu sudi sila la tinggalkan jejak.... sila la buat mcm dapur sendiri.... jaga diri korang ekk.... doa saya moga kita semua dirahmati Ilahi dan ceria selalu....

Thursday, April 7, 2011

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM



Ekceli dpt beli cendawan tiram fresh, masak simple2 aje pun sedap.... x sangka rakyat kt rmh ni suka rupanya.... sampai meratah2 n hirup kuahnya... selalu tu pandang sebelah mata pun x... agaknya penangan yg fresh kot...

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM

Cendawan (ikut suka nk letak banyak mna... aritu sy guna 1 mangkuk saiz sederhana)

Bahan tumis:
3 biji bawang putih (ketuk)
1/2 biji bawang merah (hiris)
10 ekor udang

Sos tiram
Sedikit garam
Sedikit air

Basuh cendawan di bawah air paip mengalir. Kemudian cendawan yang lebar tu disiat 2 or 3, yg kecik x perlu siat lg. Kemudian tumiskan bawang putih n bawang merah. Masukkan udang, cendawan, sos tiram, garam & sedikit air. Tutup kuali. Biarkan 5 minit. Kemudian kacau, agak2 cendawan dh masak angkat & hidangkan.

ROTI TELUR BERSUSU


Ni antara bekfas yg cepat disediakan n peberet ank2....

ROTI TELUR BERSUSU

4 - 5 keping roti
2 biji telur ayam
1 sudu besar susu pekat manis (bole tmbh jika suka manis)
1 titik esen vanila

Satukan telur, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau hingga sebati. Kemudian celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi. Goreng di dalam kuali non-stick menggunakan api kecil. Terbalikkan roti setelah bahagian bawahnya agak keperangan. Sedap dimakan panas-panas.

Monday, April 4, 2011

BUN KENTANG


Maaf ye kepada tetamu yg sudi menyinggah.... tuan dapur x sempat nk update blog.... ni dok berlumba dgn masa.... bun yg sgt lembut n leka mamam x sedar 4 ketui sekali pulun.... layan resepi buat 2 minggu yg lps... sbg potluck mjls mkn2 kt ofis..... resepi CnP dlm pendrive x hengat amik dr mana.... TQVM kpd yg empunya resepi ye....

BUN KENTANG

400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
100 gm ubi kentang
250 ml air
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
120 gm marjerin
sedikit garam
120 gm gula
2 sudu teh yeast (sy guna 1 paket mauripan - 11 gm)
1 kuning telur (utk sapuan atas bun)

Cara-cara:

1. Rebus kentang sampai empuk, kemudian lecek
2. Pukul telur dalam mangkuk adunan
3. Masukkan gula, air, yeast, susu tepung, margerin, kentang dalam mangkuk adunan,gaulkan
4. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli sehingga jd doh lembut dan x melekat pd tangan, kalu lembik, tambah tepung
5. Biarkan doh naik dalam 30 minit
6. Bila dah naik, tumbuk2 doh utk buang udara di dalamnya, kemudian bolehlah mula dibentuk jadikan doh kecil2
7. Susun dalam loyang yg sudah disapu margerin
8. Biarkan adunan naik dan boleh disapu dgn kuning telur dan kastard
9. Paipkan kastard ikut kraetiviti masing2 dan bakar suhu 200'c selama 20 minit
10. Sudah masak, sapukan margerin atas permukaan roti

Cara membuat kastard:
1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan cawan air susu (apa2 pun bleh)
1/2 cawan gula

Satukan bahan di atas, larutkan, kemudian masak hinga pekat. Sejukkan, isi dalam piping plastic dan pipekan atas pemukaan roti sebelum bakar

Nota: sy buat guna breadmaker, ikut spt tatacara BM masing2

Utk kastard, sy menggunakan instant custard sebagaimana berikut:

200 gm instant custard + 300 ml susu segar = kacau hingga menepati kepekatan mengikut citarasa... sukatan susu segar bole dikurang or ditambah mengikut kesesuaian