Friday, September 30, 2011

SAGU GULA MELAKA


SAGU GULA MELAKA
CnP: rossitamz-kitchen.blogspot.com
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

Pencuci mulut yang sgt sedap dimakan sejuk.

Bahan A :
2 cawan sagu biji
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan - sy guna susu cair
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara Adunan A :
1. Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara Adunan B :
1. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2. Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C :
1. Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang :
1. Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
2. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
3. Siap untuk dimakan!!!

PAVLOVA



Sebenarnya mmg dh lama sgt nk cuba buat pavlova ni... rasa bimbang pun ada... mklum la x pnh tengok n x pnh makan... sehingga tergoda untuk mencuba... rupa2nya, secantik nama selazat rasa... ank2 pun suka sgt... masam buah2an bercampur dengan manis pavlova mengadunkan rasa yg sukar untuk digambarkan dgn kata2... resepi sy CnP dr Puan Wan Norbaya Wan Chik, rakan mailing list sy.... TQVM ye Baya....

Pavlova ni adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan, bila disentuh kulit mukanya licin dan garing manakala di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow.

Pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar contoh strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Pada suatu masa dahulu Australia dan New Zealand pernah berbalah untuk berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Utk mkluman semua, nama Pavlova dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926 - sumber Joyofbaking.com

PAVLOVA
CnP: Puan Wan Norbaya Wan Chik
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

3 biji putih telur (suhu bilik)
1/4 teaspoon cream of tartar
1 cup sugar (Baya kurang gula dalam 2 sudu)
1 pinch salt

Pukul putih telur, masukkan cream tartar dan salt. Kemudian sugar 1 spoon by spoon, sampai habis pukul medium high speed anggaran 12-17 minit or more sehingga dia stiff peak. Bila ceduk dengan sudu dia menegak tak terlentuk :)

Masukkan dalam piping beg, pipekan.. bakar 300-35minit dan biarkan sejam di dalam oven..
nak makan letak whip cream / dan any buah yg disukai... nak makan dengan aiskrim pun boleh...
Meringue nie agak manis.. Baya selalu kurangkan gula dalam 2-3 sudu... dan putih tu sebenarnyaa boleh diambil dari 4 biji putih telur... ni dah diuji dari dapur Baya berkali-kali:)

Topping/hiasan yg sy buat:

1 cawan whipping cream - pukul hingga kental

Untuk menghidang, picit/lepa whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Seelok-eloknya hias apabila hendak mkn sb kalau hias awal nanti buah2an berair.

Peringatan:
semua bahan mestilah di suhu bilik
bole masukkan 1 camca teh esen vanila utk elakkan bau hanyir telur

AYAM GAJUS



Sy CnP resepi dr blog Syasya Rahmat yg juga rakan FB sy... TQVM ye...

AYAM GAJUS
CnP: Syasya Rahmat
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

400 gram isi ayam (sy guna 2 ketul dada ayam - dihiris nipis)
6 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
1 cm halia (ditumbuk/dikisar)
2-3 sudu makan cili boh (boleh ditambah/kurang)
2 sudu makan sos tiram
1 labu bawang besar (dimayang)
biji cili merah (dipotong serong)
1 biji cili hijau (dipotong serong)
1/2 cawan gajus (sy beli yg siap digoreng)
1 sudu makan tepung jagung
Garam + Kunyit
Minyak

Cara-cara

1.Perasakan ayam dengan garam kunyit, gaulkan dgn tepung jagung. Goreng 3/4 masak dan ketepikan.
2.Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, kemudian masukkan cili boh. Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan sos tiram dan ayam. Kacau sebati.
4.Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan gajus. Kacau sebati.

KUIH KETAYAP


Kuih dolu2 namun x lekang dek panas n x lapuk dek ujan... peberet anak2 ni... nak buat je yg ssh ckit, selalu je ada vitamin M... resepi x ingat amik dr mana mmg dh lama ada dlm simpanan...

KUIH KETAYAP
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

Bahan-bahan untuk kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan (sy guna pandan paste)
1 1/2 cawan santan (boleh diganti fresh milk)
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan-bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula merah (boleh dikurangkan) kalau nak isi gula pasir sedikit pun boleh
1 helai daun pandan

Cara-cara inti:
Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Cara-cara kulit:
Blend daun pandan dan perah, ambil patinya. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan dan air daun pandan yang diblend tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

Cara-cara gulung:
lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis

Wednesday, September 28, 2011

AYAM SOS TIRAM VERSI FUSION



Gabungan resepi Melayu n Cina... sekali sekala ubah selera...

AYAM SOS TIRAM VERSI FUSION
CnP: Vermont@myresipi.com
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

Bahan-bahan (6 orang)
1-2 batang serai (diketuk @ digunting pendek)
1/2 labu bawang besar dihiris
1/2 inci halia dihiris
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji cili padi (ikut citarasa pedas masing-masing) - x letak
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap cair masin (chinese soy sauce) - x letak
1 sudu teh cuka
Ayam setengah ekor (tanpa kulit) dipotong 8 - sy potong kecil2
1/2 batang carrot
1 batang saderi (sy tambah)

Cara-cara
Goreng ayam sebentar (dalam 5-7 minit) @ sehingga daging bertukar warna.
Dalam kuali lain masukkan satu senduk atau lebih minyak goreng ayam tadi untuk menumis serai, bawang, halia, cili padi, bunga lawang dan carrot.
Setelah bahan tumis naik bau masukkan ayam yg telah digoreng sebentar tadi.
Gaul dan biar masak sebentar sebelum memasukkan kicap manis, masin, kicap cair masin, kicap seasoning maggi dan sos tiram.
Masak sebentar dan masukkan setengah cawan air serta cuka.
Masak sehingga daging ayam empuk.
Untuk mendapat hidangan yang lebih lazat, masak terlebih dahulu dan biarkan dalam kuali (seperti perap). Sebelum makan, panaskan sekali lagi. Cubalah... pasti tak mengecewakan dan lain sikit daripada masak kicap biasa.
Menurut kata tuan punya resepi, semasa hidang taburkan sedikit daun bawang atau saderi dan hirisan tomato lagi sedap dan menawan... namun begitu sy abaikan...

DAGING HITAM BERKERISIK





DAGING HITAM BERKERISIK
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sumber: my-magic-kitchen.blogspot.com



Bahan2:
600g daging lembu - hiris lebar dan sedikit tebal, cuci dan toskan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai - hiris
1 inch halia
1 sudu besar gula melaka/gula apong
150g kerisik
Kicap pekat (sy letak 1/2 cawan)
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan air dan buang bijinya
Garam/perasa (jika perlu)
Tomato - jika suka (sy x letak)
Rempah tumis 4 sekawan - optional je.. tak letak pun xpe (sy letak)
1/3 cawan minyak - lebih kurang

Cara2:
Tumbuk/kisar setengah biji bawang besar (selebihnya dihiris), bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Ambil sedikit bahan kisar dan gaul bersama daging, tambahkan kicap pekat.
Sementara itu, panaskan minyak, tumis rempah tumis 4 sekawan dan bahan kisar selebihnya tadi. Kacau dan tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan daging tadi, kacau sekata. Tambahkan lagi kicap pekat sehingga warna daging kehitaman (bergantung jenis kicap digunakan).
Perlahankan api dan biar jus daging keluar dan hampir kering. Masukkan jus asam jawa dan kacau lagi.
Tambahkan air dan tutup periuk, tunggu sehingga daging benar2 empuk. Jika perlu tambahkan lagi air.
Apabila daging sudah empuk, dan air sudah hampir kering (jangan terlampau kering) masukkan gula melaka/gula apong dan juga kerisik. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga lebihan bawang besar yang sudah dihiris tadi. Perasakan dengan garam dan perasa. Boleh tambah kicap jika perlu (sila ejas sendiri rasa kicap dengan garam ye.. hasue guna kicap ayam brand jadi tak masin sangat) - sy guna kicap cap kipas udang.
Kacau sedikit dan biarkan kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan bersama aneka jenis nasi atau pun dicicah roti.. Selamat mencuba!

KEK PISANG BERCOKLAT






KEK PISANG BERCOKLAT
resipi : http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2011/03/kek-pisang-bercoklat.html
sumber: my-magic-kitchen.blogspot.com

Kek pisang kegemaran anak2 Kak Nor yang ternyata sedap... X rugi sy mencubanya... terdapat perubahan yg sy buat ikut stok pe yg ada je... Walau bagaimanapun ianya tidak mencacat rasa mahupun rupa kek pisang resipi Kak Nor ni... TQVM Kak Nor ye...

Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang (sy letak coklat rice)

Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.

Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup

PIZZA HAWAIIAN CHICKEN




Ala-ala pizza di pizza hut... sedap di anak tekak kami sekeluarga... anyaway TQVM ye...

PIZZA HAWAIIAN CHICKEN
CnP: Nurul77@myresipi.com
Sumber: my-magic-kitchen.blogspot.com


Bahan-bahan ( 4 personal pan pizza )

BAHAN DOH
1 sudu besar garam (sukatan rata)
1 sudu besar gula (sukatan rata)
500g tepung (bread flour)
1 sudu besar minyak
11g mauripan yeast (1 peket kecil)
300ml air suam (agak- agak dalam 40 darjah celsius)

BAHAN SOS
1 tin tomato puri
1 sudu besar oregano
1 sudu kecil paprika
garam secukup rasa
1/4 botol sos cili maggie
gula dan garam secukup rasa
3 ulas bawang putih dihancurkan

TOPPING
300g isi ayam yang dipotong dadu
sedikit lada sulah dan lada hitam
garam secukup rasa
Nanas di dalam tin
mozarella cheese
Saya tambah:
Sosej
Jejari ketam
(topping- ikut suka banyak mana)

Cara-cara
DOH: Mauripan yeast dimasukkan ke dalam air suam, dikacau dan dibiarkan lebih kurang 5 minit. Tepung dicampurkan dengan garam, gula dan minyak. Sedikit demi sedikit air yang bercampur dengan mauripan yeast tadi dituang ke dalam adunan tepung sambil diuli. (uli hingga benar- benar sebati dan licin). Simpan doh dalam bekas yang ditutup dengan tuala yang lembab selama 1 jam.

SOS: Masukkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.

TOPPING: Tumiskan isi ayam dengan sedikit minyak (janji tak melekat). Tambahkan garam, lada sula dan lada hitam sedikit. Masak sehingga airnya kering. (Jangan sampai garing- tak sedap)
Sediakan pan - kalau tak ada, tutup periuk pun boleh. Letakkan sedikit minyak di atas pan sebelum letak doh supaya tepung tidak melekat. Tekan-tekan pakai jari dan tarik-tarik agar lebar.
Sapukan sos rata-rata. Letakkan topping ayam tadi dan nanas yang telah dipotong-potong (ikut suka banyak mana). Taburkan keju mozarella di atas topping tadi.
Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pizza dalam suhu 180 darjah celsius dalam 15 minit atau ikut citarasa masing- masing.


Tuesday, September 27, 2011

KARI AYAM LENGKUAS


Kari yg sgt sedap... sy buat 1/2 resepi je...

KARI AYAM LENGKUAS
CnP : blog Mat Gebu
Sumber: my-magic-kitchen.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
• 1 ekor ayam, potong pada saiz sederhana besar
• 4 biji kentang, belah 4 setiap satu, rendam
• 2 keping asam gelugor
• 1/2 camca besar gula melaka (sy guna gula biasa je)
• 1/3 cawan cili kisar
• 3 camca besar rempah kari daging (mat guna Baba's) - x igt gna jenama pe, mcm2 ada kt rmh
• 2 inci lengkuas, hiris dan titik
• 300 ml pati santan (sy guna santan kotak - agk2 je kepekatannya)
• 1200 ml santan cair
• Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
• 10 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci kunyit
• 1 inci halia
• 3 biji buah keras (x letak)
• 15 biji lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
• 5 biji bawang merah, dihiris
• 2 ulas bawang putih, dihiris
• 3 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
• 1 batang kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Rempah kari dibancuh dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masuk cili kisar dan lengkuas, tumis hingga cili graring. Masuk bahan kisar halus + rempah kari dan masak hingga terbit minyak...
2. Masukkan kentang dan gaul rata. Tambah ayam tadi gaul dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, kacau dgn buar mendidih hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor, gula melaka dan perasankan dengan garam. Tuang pati santan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
3. Bila ayam masak dan kentang empuk, boleh matikan api, rasa dan jika perlu tambah garam. Hidangkan bersama nasi, roti atau pun lempeng pekak...

KUIH KERIA


Sy CnP resepi dr blog SueJoshua... sori ye xreti nk link ke blog beliau... sy gunakan keledek jenama Diamond Royal yg warna pepel tu.... Sy buat 1/2 adunan shj...

KUIH KERIA

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg keledek
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam

BAHAN SIRA
1 1/2 cawan gula
1 cawan air

Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA-CARANYA:
Rebus keledek yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam hingga keledek masak, kemudian angkat keledek dan toskan airnya.
Lecek keledek sehingga lumat dan gaulkan bersama tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
Ambil sedikit adunan doh tadi dan bentukkan seperti bebola, leperkan dan tekankan di tengahnya sehingga berlubang, bentukkan seperti donat.
Buat sehingga habis dan ketepikan.
Goreng kuih keria yang telah dibentuk tadi sehingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
Di dalam kuali, masak air bersama gula sehingga berbuih pekat, kemudian masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi, kacau perlahan sehingga gula menyelaputi keseluruhan kuih.
Apabila gula sudah melekat pada kuih, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Monday, September 26, 2011

MUFFIN PISANG KURMA COKLAT



Lamanya tenggelam x update blog... jenuh nk buang sawang n habuk... sori la... tuan rumah x sempat mcm2 nk buat... di sini nk share resepi yg sy CnP dr blog Madiha... ekceli resepi asal guna coklat chips tp sy nk abiskan stok kurma... klu x nnti bertemu plak dgn bulan posa tahun dpn... pisang + kurma adalah satu kombinasi yg mantap... tulisan merah apa yg sy buat... TQVM kpd penyumbang resepi...

Muffin Pisang Coklat Chips (Muffin Pisang Kurma Coklat)
CnP dr blog : MaDiHaA a.k.a Ratna
Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book
Sumber : Ana Elianas, Penang
Diolah oleh: my magic kitchen

Bahan2 A
400 gm butter (dicairkan) - sy guna myk jagung
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar (sy guna 100 ml susu cair + 100 ml air)

Bahan B
600 gm pisang yang dilecek
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana) - sukatan 300gm dh ok sb kurma pun dh manis
2 gm garam

Bahan C
530 gm tepung gandum
10gm (2 tsp) baking powder
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate
20 gm serbuk coklat

Bahan D
1 cawan coklat chips (sy ganti kurma dipotong dadu)
Cheroly merah secukupnya (optional ~ sekadar nak naikkan warna) - sy tabur badam

Cara2 menyediakan
1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu. Kacau sehingga rata.
2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.
3. Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam. Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat chips & bahan yang diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati saja.
5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh. Taburkan sedikit coklat chips & cheroly merah di atas permukaan muffin. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2).