Monday, May 31, 2010

KREATIF... SEMUANYA BOLEH DIMAKAN....

Dh lma sgt gmbo ni bertapa dlm folder, so nk share la dgn kwn2.... kot2 leh jdikan idea utk gubahan hantaran dsbnya.... sumber dr email seorg rakan...









Sunday, May 30, 2010

MUFFIN COKLAT CHIPS



MUFFIN COKLAT CHIPS

200 gm tepung naik sendiri
Secubit garam
200 gm marjerin lembut
200 gm gula kastor
4 biji telur ayam
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh esen vanila
100 gm coklat chips
50 gm coklat chips (utk hiasan)

Ayak tepung dan garam. Satukan kesemua bahan kecuali coklat chips ke dalam bekas. Pukul adunan dengan pemutar selama 2 minit. Masukkan coklat chips dan gaulkan dengan senduk. Tuangkan adunan terus ke dalam paper cup. Taburkan lebihan coklat chips sbg hiasan. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 10 - 15 minit.

Nota: Adunan boleh ditmbah perisa strawberi, keladi, oren, lemon atau lain2 citarasa
Coklat chips boleh dignti dgn poppy seed, coklat urai dll

MUFFIN COKLAT



MUFFIN COKLAT

150 gm tepung naik sendiri
50 gm serbuk coklat
Secubit garam
200 gm marjerin lembut
200 gm gula kastor
4 biji telur ayam
1 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh esen vanila
60 g coklat urai (chocolate rice) - utk hiasan

Tepung, serbuk coklat dan garam diayak bersma. Kemudian satukan dengan bahan2 lain kecuali coklat urai ke dalam satu bekas. Pukul adunan dengan pemutar selama 2 minit. Tuangkan adunan terus ke dalam paper cup. Taburkan coklat urai. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 10-15 minit (bergantung kepada oven masing2).

BISKUT CRISPY COKLAT OAT DAN BADAM



BISKUT CRISPY COKLAT OAT DAN BADAM
Sumber: Maklang, Koleksi Resipi Pilihan Diana

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko - ayak
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (sy abaikan)
1/4 sudu kecil garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
1/2 sudu kecil esen vanilla

1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
2. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
3. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
4. Biarkan biskut betul-betul sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.

Nota: Oleh kerana virus M terlalu byk dlm bdn, so sy bulat2kn n tekan dgn garfu je....

SEMPERIT BADAM



SEMPERIT BADAM
Sumber: Majalah Rasa

Biskut yg sedap & rangup...

400 gm tepung rose (sy guna tepung gandum je)
300 gm mentega
150 gm gula aising
100 gm badam serbuk
2 biji telur
Colorful rice

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan badam. Pukul lagi. Masukkan tepung sedikit2. Uli menjadi doh. Masukkan dlm acuan semperit, tekan memanjang & potong 2 - 2 1/2 inci. Taburkan colorful rice & bakar 180C selama 25 minit.

KEK PISANG NGEK NGEEEEEK

Resipi kek ni sy dpt dr blog Nina Suria... Menurut kata Nina, kek ni mendpt nama drpd rengekan anaknya krn semua pisang yg dibeli telah dibuat kek olehnya.....



Berikut ialah resipinya:

KEK PISANG NGEK NGEEEEEK

1 cwn mentega
1 cwn telur
½ cwn gula kastor
½ cwn gula perang (sy guna 1/4 aje)
2 cwn tepung naik sendiri
2 cwn pisang dipotong serong (sy guna 4 bj pisang berangan)
2 cawan pisang dilecek (sy guna 2 bj pisang berangan)
1 camca teh ovelete

Hiasan (sy x letak pun)
1 cwn golden sirap
1 sudu besar serbuk kayu manis

Panaskan ketuhar 180 darjah Celsius.
Sediakan dulang kek 10 X 10 dan lapiskan dengan kertas foil. Sapukan mentega.
Susun pisang yang dipotong serong rapat-rapat ke dalam loyang tadi.
Taburkan gula perang, ketepikan.
Mentega, ovelete dan gula kastor dipukul hingga putih.
Masukkan telur dan tepung berselang seli hingga habis.
Masukkan pisang yang dilecek, kaup balikkan hingga rata dengan senduk kayu.
Tuang ke dalam loyang yang berisi pisang tadi.
Bakar 40 minit atau sehingga kek masak.
Sejukkan 20 minit kemudian terbalikkan kek dan siram dengan golden
sirap serta ayakkan serbuk kulit kayu manis jika suka.
Hidangkan terus bersama teh atau kopi panas.

Nota: sy kurangkan gula kerana pisang berangan yg sy guna agak manis
& hiasan tu sy x buat kerana nk kurangkan manis & anak2 x suka rasa
kulit kayu manis

BAKED HAZELNUT CHOCOLATE CHEESECAKE

Nak share resipi ciskek yg bessst.... gambo kek togel je no deco2.... msa tu edisi virus M melanda.... ekceli dh lma x buat.... skrg tgh musim korek peti besi so layannnnn gambo2 lama je ye..... resipi sumbangan Mamazieza dr Resepi.net... TQ mama ye....



BAKED HAZELNUT CHOCOLATE CHEESECAKE

*Base*
150 gm butter
30 gm gula perang
1 tbs instant coffee (campur dgn 1/2 sudu besar air panas)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm hazelnut – diblender halus (boleh jga digntikan dgn badam)
60 gm cooking chocolate (dicairkan)

Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi.
Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.
Bakar dalam 10 min dan sejukkan.
Ratakan chocolate yang telah dicairkan dan simpan dalam freezer sekejap

*Fillings*
500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 tbs instant cofee (campur dgn 2 sudu besar air panas)
20 gm tepung jagung
50 gm hazelnut halus
4 biji telur
300 ml whipping cream

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
Masukkan instant coffee, pukul hingga sebati.
Masukkan kacang dan tepung, pukul hingga sebati.
Masukkan whip cream dan kacau hingga sebati.
Tuang ke atas base tadi.
Bakar secara steambath....lebih kurang 45 minit ke 1 jam.
Tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven, sekurang-kurangnya 1 jam
Letak ganache sebagai topping

DADIH EONIS

Dadih ni dh lma x buat.... kalu ada yg ingin mencuba, silakan... mmg x mengecewakan....




DADIH EONIS
Sumber: Eonis Balqis (cari.com)
dapat 46 bekas kecik

3600 ml air
3/4 bungkus agar2 (yg berat 20gm tu) rendam dlm air dulu
530 gm susu tepung(bancuh dgn air, sy guna 500gm je)
200 gm gula
sedikit perisa (ikut citarasa)
garam ckit (sy x letak)

1. Masak agar2 dgn air hingga hancur
2. Tapis bancuhan susu td ke dlm periuk agar2.
3. Tambah gula dan garam.
4. Bahagikan ikut perasa yg disukai.
5. Tapis msuk dlm bks kecik2.
6. Biarkan sejuk.
7. Bila dh btul2 sejuk... tutup bks n masukkan dlm peti ais.

DADIH SEGERA

Dadih menggunakan resipi segera.... hanya tambahkan bahan2 spt tertera di bahagian belakang paket.... boleh dibeli di kedai pembekal bahan2 baking.... rega RM5 sepaket... nyaman sekali mkn waktu panas2 mcm ni.... sejuk je lalu kt tekak.... hasilnya dadih ala2 goyang inul gtu.... kuning perisa mangga n pink perisa strawberi...


TAUHU GORENG BERLADA

Kes nk perabihkan stok dlm peti ais.... masak la pe2 yg cincai je... layannnn....



TAUHU GORENG BERLADA

3 keping tauhu (potong n goreng)
1 biji cili besar
9 biji cili api
1 biji bawang besar (hiris)
1 camca besar cili sos
Garam

Tumbuk cili besar dan cili api hingga lumat. Kemudian tumis bersama bawang besar. Tambahkan cili sos dan garam. Akhir sekali masukkan tauhu yg telah digoreng tadi. Hidangkan.

MASAK LEMAK PUTIK JAGUNG

Putik jagung ni mak bawa dr kampung... hasil dr kebun mak di tebing Sg. Pahang.. nak siang putik jagung ni ada caranya bkn main siang je.... isi putih di tgh2 putik jagung hndaklah dibuang sb ianya keras.... perlu ambil yg lembut je iaitu isi n daun yg membalut jagung....



MASAK LEMAK PUTIK JAGUNG

20 tongkol putik jagung
1/2 biji kelapa parut (ambil santan)
1 biji bawang besar (hiris)
Garam & gula utk perasa

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak bergentel.

UDANG TUMIS KARI

Menu tengahari ni.... masak cincai2 je....



UDANG TUMIS KARI

500 gm udang (bersihkan, buang kepala n jalur hitam di belakangnya)
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 camca besar serbuk kari
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam (agak2 je)
10 helai daun kari
2 camca besar kicap

Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Campurkan serbuk kari dgn sedikit air (jadikan paste). Kemudian tumis paste kari, daun kari, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Setelah itu masukkan udang. Agak2 udang dah layu masukkan pula kicap. Kacau rata. Jika suka berkuah, tambahkan 1/2 cawan air.

Saturday, May 29, 2010

PAU


Resipi ni dpt dr buku "Delightful Snacks & Dim Sum" oleh Agnes Chang.

PAU

Bahan A
500 gm tepung pau (ayak)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh yeast (Mauripan)
100 gm gula kastor
240 ml air
3 camca besar shorterning

Bahan B
1 camca besar double-action baking powder

Inti Kacang merah (dibulat-bulatkan) atau inti kegemaran msg2

Campurkan semua bahan A dan uli hingga menjadi elastik doh. Rehatkan doh di dalam bekas yg ditutup dengan kain lembab. Biarkan ia naik sekali ganda. Setelah itu, ayak bahan B ke atas doh dan uli lagi sehingga rata dan doh lembut. Uli betul2 supaya tiada bintik2 kuning di atas pau. Rehatkan doh lagi 15 minit dan bentukkan. Setelah itu rehatkan pau yg telah dibentukkan selama 30 minit dan kukus selama 15 minit dgn api besar. Hidang panas-panas.

Nota: Untuk dptkan bentuk rabbit, pau hendaklah dibentuk membujur spt rabbit.... kukus dahulu n stlh masak barulah digunting sdkit bah hdpn sbg telinga n bah belakang sbg ekor. Hias dgn bunga cengkih sbg mata... maka terhasil la pau rabbit montok mcm dlm gambar....

BLUEBERRY CHEESECAKE

Masih lg sessi korek peti besi, sumber resipi belajar baking satu ketika dlu...




BLUEBERRY CHEESECAKE

Kek Span (Lapisan Bawah)
200 gm span mix
50 gm butter (cair n sejukkan)
100 gm air
200 gm telur (lebih kurang 4 biji gred B)
1 camca teh evellet

Campurkan semua bahan kecuali butter cair. Putar sampai kembang dan masukkan butter yang dicairkan. Bakar lebih kurang 30 minit. Segera keluarkan kek drpd loyang dan sejukkan. Setelah sejuk letak kek ke dalam loyang "spring foam" ukuran 7". Ketepikan. Sementara itu sediakan fillingnya.

Filling (Lapisan Atas)
250 gm cream cheese
250 gm fresh cream
2 biji kuning telur
150 gm gula halus
160 gm susu cair
2 1/2 sudu besar gelatin (cairkan dengan 6 sudu besar air suam)
1 camca teh jus limau nipis

Hiasan:
Fresh cream (diputar hingga kental)
Blueberry filling

Cara-cara:
Masukkan susu cair, gula dan kuning telur ke dalam periuk dan masak secara double boiler sehingga gula hancur. Biarkan sejuk.

Pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan adunan susu cair tadi, gelatin dan jus limau nipis. Akhir sekali masukkan fresh cream. Kemudian tuang adunan ke atas kek span yg telah disediakan terlebih dahulu.

Masukkan dalam peti beku sekurang-kurangnya 2 jam. Setelah beku hiaslah dengan fresh cream n blueberry filling.

BUTTERCREAM

Contoh kek yg dihias dgn buttercream














Ingin berkongsi resipi yg sy pelajari drpd Sifu Juha.... Moga boleh dimanafaatkan bersama.

Buttercream Putih Telur

350 gm marvelo/supertact/krim well
250 gm butter
175 gm gula pasir
110 gm putih telur

Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu.
Pukul butter + krimwell hingga putih.
Di dlm mangkuk lain, pukul putih telur yg dimasak td hingga menjadi meringue.
Masukkan meringue sedikit2 ke dlm adunan butter.
Pukul lg pd speed sederhana hingga putih.
Sesuaikan warna utk hiasan kek.


Buttercream

250 gm butter
125 gm marvello/supertact
125 gm gula aising

Pukul butter + marvello hingga putih.
Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih.
Suaikan warna utk hiasan kek.

Nota: Baki buttercream boleh disimpan dlm peti sejuk. Biarkan ia lembut pada suhu bilik apabila hendak menggunakannya.

SAMBAL PETAI PANGSENAM





SAMBAL PETAI PANGSENAM

Ini resipi peberet kami adik beradik... bole dikatakan menu wajib bila balik kg... air tangan mak x dpt dinafikan lg... superb.... penah buat sndiri tp x sesedap mak msk... gambo n resipi copy dr blog adik... tq nan...

Petai (4 keping/papan) - dah jadi boleh dpt dlm 2 cawan, berapa gm tak pasti lah pulok (Petai ni kait dari pokok kat sebelah rumah)
Ikan bilis sedang/putih (1 1/2 cawan) ditumbuk kasar
Lada boh (2 senduk/10 sudu besor ) - seelok2nya guna lada kering & buatlah paste nya
Bawang besar (1 biji) dihiris
Bawang merah (6 ulas) – ditumbuk/kisar (3 sudu besar)
Bawang putih (4 ulas) - ditumbuk/kisar (1 sudu besar)
Asam keping (2 keping)
Santan pekat dari ½ biji kelapa (800 ml) Bekalan kelapa dari kebun kat rumah arwah Tok di belakang Masjid Kg Pangsenam
Gula - 2 sudu besar biar lebih skt (boleh gak dicampur ngan gula kabung/ gula melaka)
Garam - 1 sudu besar Minyak masak

Cara:
1. Petai - kulitnya dikikis sampai hilang warna hijau kemudian dipotong2 (1cm), rendam dlm air agar warnanya tak lebam.
2. Panaskan minyak masak.
3. Ikan bilis digoreng lembab, ketepikan/tuskan.
4. Lada boh, bawang merah+putih + sedikit gula ditumis sehingga wangi.
5. Masuk petai, kaut balik dlm 5- 10 minit bg layu sikit kulitnya (boleh nampak setengah isinya dah terkeluar dari kulit).
6. Masukkan ikan bilis + asam keping + bawang besar (bahan2 tadi biar ampuh dgn santannya & timbuk takut pecah minyak) - dlm 10 minit, jangan lama sangat sebab kalau isi petai dah terlalu masak dan lembik, jadi tak sedaplah pulak.
7. Seimbangkan rasa pedas , manis, masin, masam dan lemak.
8. Pastikan asam keping ni dibuang bagi mengelakkan rasa masam akan 'mencacatkan' rasa sambal petai kita.

SAMBAL BELACAN MENCEPU

Pernah tgk buah mencepu? begini la rupanya....

Gambar diambil dr blog adik saya - pangsenam.blogspot.com & resipi sambal spt yg biasa sy buat.... ekceli boleh gunakan resipi mengikut citarasa peribadi.... n yg aslinya sambal belacan ditumbuk dengan lesung batu....







SAMBAL BELACAN MENCEPU

1 biji cili merah
9 biji cili api
1 inci belacan (bakar dahulu)
3 biji buah mencepu
1/2 camca teh garam
1 camca teh gula

Tumbuk cili merah, cili api dan garam. Setelah hancur masukkan belacan, tumbuk hingga belacan hancur. Perah getah buah mencepu, kupas kulit dan leraikan isinya. Gaul dengan bahan yg ditumbuk td. Tambah gula dan gaul rata. Hasilnya wallaaaa mkn dgn nasi panas2 enak tidak terkata...

Friday, May 28, 2010

TEMPAHAN PERTAMA



Tempahan kek yang pertama ialah dr ofismate sempena bday dirinya sndiri.... TQ nani ya krna memberi kepercayaan kpd sy... byk cacat sana sinun... malu rsa nk share tp xpe la.... msih belajar kan... permulaan hari ini dlm sejarah sy biz homemade kek secara kecil2an.... now merehatkan diri buat seketika dr baking.... kebzan uruskan ank2 yg sdg membesar n kja2 ofis..... insyaAllah 2012 akn operasi smula.... amin...

CUBAAN BERANI MATI.....




Pertama kali mendeco with zero knowledge berbekalkan study dlm blog n cubaan berani mati... birthday Danial 2 tahun 2006..... oleh kerana xpuas hati mendeco tnpa ilmu, maka sy join kelas spt N3 sblm ni...

KELAS BUTTERCREAM 2006

kek jai
kek mai
kek kak rehan
kek kami


Semangat berkobar2 ingin belajar deco stlh melihat bloggers menghasilkan kek yang cntik2... Kebtulan ank2 mmg suka mkn kek n roti.... asik membeli aje why not cuba membuatnya sendiri.... selain boleh berjimat ianya pasti halal dan bersih hasil air tangan umi mrk sendiri...

Sy telah menghadiri kelas ini bersama Kak Rehan dan Mai pada 11, 12 dan 18 Feb 2006 yang dikendalikan oleh Sifu Juha. Berikut adalah coretan kelas yang berlangsung pada hari ini dalam sejarah...

11 Feb (day 1)

Dlm hujan lebat & banjir kilat, kami redah, ntah berapa kali pusing2 cari rmh xjpe2 lg... at last, sampai jua & bersua buat pertama kali dgn Kak Rehan & Mai..... seronok ya amat....... kelaspun dimulakan & 1st assignment - kami diberi satu sorang nozel star & daun, ajar lipat kelongsong, byk kali cuba baru menjadi.... keras tgn betul..... then suruh praktis sampai pandai buat corak shell, S & C, scalop, renda dsb lagi.... Sifu gunakan shorterning yg dipukul hingga gebu sbg aising utk praktis......

Mai nampak steady je masa praktis, kak rehan ok gak, sy je yg terkial2 almaalum le 1st time belajar secara formal...... sy fail nak buat scalop.... frust dlm hati...... tp sifu bg smgt kena bnyk praktis.....

Klas kami dari jam 9.30 am till 5pm. T/hari kami break for lunch & solat... for lunch kami tapau dr rmh & mamam sama2 ala2 piknik gitu.....

12 Feb (Day 2)

Hari ni kami belajar buat bunga plak.... di antaranya bunga ros, bunga kantan, bunga apa tah yg gunakan kun terbalik tu - lily kot.... 1st time tgk kun utk bunga n cone holder..... rupa2nya mcm2 bunga boleh buat....... sekali lg sy fail...... agaknya cubaan yg ke20 baru la bunga yg sy buat ada skiiiiiiit rupa bunga ros..... alahai keras tgn betul...... Mai masih steady & kak rehan tetap maintain......

Lunch hari ni pun kami tapau dr rumah & mamam sama2..... Sebelum balik sifu pesan, next week kami kena hias 2 biji kek ..... sifu bagi 1 biji kek span & kami kena bawa 3 biji kek span sendiri utk diajar cara2 mengukir & melapis..... sy kena bw kek saiz 10 X 14 - ukir buat buku terbuka, kak rehan 14 X 14 - ukir buat piano & mai 10 X 14 - ukir buat double love.

18 Feb (Day 3)

Hari yg penuh cabaran........ bermula la acara melapis 3 kek tadi & cikgu ajar ukir camne nak jadikan buku, piano & double love.....

Sebelah pg tu, sifu ajar camne nak buang habuk dulu, then sapu & kemaskan aising. Pastu kami praktik la apa yang diajar last week..... hias la kek tu ikut citarasa..... Setelah siap, wow unsangkarable..... menjadi gak akhirnya kami mendeco kek.....

Selepas "piknik", sifu minta kami hias kek yg dia sponsor tu..... kek span coklat bentuk bulat & diajar lukis gambar mickey mouse (yg mai ckp dia lukis mcm b_r_k..... he....he....he..)... tapi xde la mcm tu, kami tgk ok aje..... then selepas lukis, kami hias plak dgn piping jelly ikut color yg ditetapkan.....

Dah habis kelas, termenung plak kami ni.... sapa plak nak habiskan kek byk2 ni..... at last, blik rmh sy potong2 & bagi jiran2.... selebihnya bw gi ofis jamu kwn2 a.k.a promo..... Sifu pun ada pesan kat kita org, yakinkan diri utk ambil tempahan.......

Lapang betul rasa di hati bila dah ada seciput ilmu mengaising kek ni..... & of course double triple happynya kenal dgn kak rehan & Mai... walaupun baru 3 hari beramah mesra tp kami mcm dah kenal lama rasanya..... sehingga kini kami msh contact bertukar2 cerita ttg baking....

Thursday, May 27, 2010

LAKSA PAHANG IBU MERTUAKU

N3 kali ini ialah resipi warisan dari Pekan iaitu Laksa Pahang.... menu yg sering menjadi hidangan jamuan/hari raya di rmh MIL.... membuat kuah laksa ni mmg agak renyah sdkt tetapi hasilnya... wallaaaaaa....



LAKSA PAHANG IBU MERTUAKU

Bahan A
1 kg ikan selayang

Ikan dibersihkan dan direbus. Air rebusan jgn dibuang, gunakan utk kisar tulang dan isinya. Asingkan isi ikan dan tulang. Kisar tulang dan tapis ambil air. Kemudian kisarkan pula isi ikan.

Bahan B
3 genggam kelapa parut
7 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih )
3 batang serai ) hiris nipis
3 inci lengkuas )
3 inci halia )
2 genggam lada kering dipotong serong-serong
2 sudu makan ketumbar biji
2 sudu makan jintan putih
2 sudu makan jintan manis
2 – 3 cawan air

Goreng kelapa parut hingga naik bau & warna bertukar kekuning-kuningan (bukan gelap mcm buat kerisik tu). Kemudian masukkan bahan yang dihiris, ketumbar dan jintan-jintan. Gaul rata sehingga bau harum semerbak. Setelah itu, tutup api dapur dan masukkan 2 – 3 cawan air. Biarkan ia direndam sebentar. Setelah agak sejuk, kisar bahan-bahan tersebut dan tapis ambil airnya. Kisar dan tapis berulang kali sehingga habis.

Bahan C
4 inci isi ikan masin (talang/kurau)

Bakar ikan masin atas kuali, balik-balikkan. Kemudian rendamkan ikan masin ke dalam air. Setelah sejuk, carik2kan ikan masin tersebut. Kisar bersekali dengan air rendaman dan tapis. Buat berulang kali hingga habis.

Bahan D
2 biji kelapa ambil santan pekat or agak2 kalu guna santan dh perah tu...
3 sudu makan kerisik
3 keping asam (ikut gak saiz asam keping tu)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Kuah

Campurkan bahan A, B dan C. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat. Setelah mendidih masukkan asam, garam dan gula… Masak hingga pecah minyak. Hendaklah selalu dikacau supaya tidak hangus.

Bahan hiasan

Taugeh
Kacang panjang
Daun kunyit
Daun selasih
Daun kesum
Daun kaduk
Kobis bulat

Semua bahan dihiris halus kecuali taugeh.

Hidangan Sampingan: Belacan, garam

Sambal: Lada kering + garam yang dikisar halus.

Hidangkan bersama laksa gandum, MIL selalu tempah aje laksanya…. Di Kuantan ni RM4 for 1 kg.

Wednesday, May 26, 2010

TEMOSA MAK TEH


Temosa ni sy wat dah berkurun.... masa tu xde blog lg... so, nk share resipi utk rujukan kwn2 semua... biasanya sy goreng separuh msk & frozen... bila nk mkn goreng je... kulitnya tetap rangup bila dh sejuk....

Resipi ni sy dpt dr mak sedara.. dia wat niaga frozen temosa ni.... x menang tgn nk melayani permintaan customer...

Gambar kt ats tu kulit temosa sy x jelita lgsug, menggerutu sana sinun.... ada petua rupanya nk goreng temosa/karipap ni.... utk elakkan temosa/karipap jd x cun masukkan sebelum minyak panas... utk gorengan kedua pulak, sebelum angkat gorengan pertama tutup dulu api, biarkan minyak sejuk kejap baru masukkan gorengan kedua dan pasang balik api...

TEMOSA MAKTEH

INTI
3 - 4 ekor ikan (makteh gunakan ikan cencaru, sy buat guna ikan kembung)
1/2 biji kelapa parut (bahagian putih shj)
3 biji bawang besar didadu
3 sudu mkn gula
1 camca teh garam
1 camca teh halba

Bakar ikan dan ambil isinya. Isi ikan xperlu blend just hancur2kan dgn jari
shj. Masak isi ikan, kelapa parut, halba, gula dan garam secukup rasa.
Masak hingga agak kering airnya.

Nota: Tulang2 ikan sy blend dgn sedikit air & tapis ambil airnya

KULIT TEMOSA
1 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 camca teh garam
Air secukupnya

Campurkan tepung dan garam. Panaskan minyak & curahkan ke dalam tepung.
Gaul2kan dengan sudu, nnti melecur tangan. Dah agak rata masukkan air dan
uli jadi doh. Biarkan sebentar.

Sy tengok makteh gunakan mesin mee yg putar2 tu utk nipiskan kulit temosa ni. Pastu dia gunakan acuan karipap plastik utk membentuk jd temosa....

Sy plak nipiskan doh dgn mencanai di antara lapisan plastik.... dh nipis sy kepit gunakan acuan karipap...

KUIH LAPIS COKLAT


Sebagai upacara potong reben, maka ini la juadah pertama dr my magic kitchen... sudi2 la menjamah seketui sorang je tau... jgn berebut, baris elok2 amik giliran ye.... sori la, no welcoming drinks.... x smpat nk kacau td...

Terliur tgk dlm blog kak ummi home sweet home, maka inilah hasilnya.... x secantik mcm kak ummi bikin... almaalum ni 1st time melapis.... lapisan pun x sama tebal... CnP resipi dr blog kak ummi yg mabeles gitu.... klu jln2 ke blog kak ummi ni perut kenyang terus jdi lapar.... anyway TQ ye kak ummi....

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis


Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)

2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam

Bahan B:

1 sudu teh pes coklat/emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe (kak ummi letak 1/2 sudu mkn je)
1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas.

Bahan C:

1/4 cawan air suam

Cara-Cara:-

1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (kak ummi blend jek semua then tapis).
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
6. Masukkan satu senduk (kak ummi sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (kak ummi panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga kak ummi balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

Tuesday, May 25, 2010

Sy Blogger Baru

Salam.....

Alhamdulillah, hari ini tanggal 26 Mei 2010 terpacak la tiang seri blog main pondok2.... atas galakan seorang sahabat yg sering memberikan perangsang n semangat..... terima kasih kpd yg sudi berkunjung n jgn segan2 ye... buat la mcm rmh sndiri....