Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

MEWAFFLE BERSAMA ANAK-ANAK

Xtvt cuti sek... main pondok2 dgn anak2... kali ni mewaffle plak... sy gunakan premix waffle, amat cpt, mudah n sesuai sgt utk ibu2 yg bz mcm sy ni... resepi ikut je arahan pd kotak... senang kan... hihihi... layan gmbr je ye...


Boboy2 - makan dgn madu


Boboy3 - makan dgn susu pekat manis



Bole didapati di pasaraya berhampiran... tlg promo je xde dpt pe2 komisen... hihihi

Saturday, October 1, 2011

TAT BUAH-BUAHAN


Beberapa hari yg lepas, tekak tingin nk makan tat buah-buahan... buah2 pun ada ckit dlm esbok, bahan2 yg lain pun ada... so godek2, sambil2 tgk tv dh siap tart shell lalu dh bole bakar... klu rajin dpt la melayan tekak... klu malas xleh nk kata apa laaaa... resepi sy CnP dr simpanan n share ikut pe yg sy buat...

TAT BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan kulit tart:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman (sy simpan 15 minit je).

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan buah-buahan.

Bahan-bahan filling:
100 gm instant custard (bole beli kt kedai brgan bakery)
Air @ susu cair secukupnya

Campurkan instant custard dan air @ susu cair. Kacau hingga mendpt kepekatan yg dikehendaki.

Hiasan: Kiwi, oren & anggur.. klu ada strawberi lg cun

Cara menghias: Masukkan filling dlm piping bag, picitkan sedikit dalam tart shell dan susun buah2 atasnya. Sedia utk dihidang.

Friday, September 30, 2011

SAGU GULA MELAKA


SAGU GULA MELAKA
CnP: rossitamz-kitchen.blogspot.com
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

Pencuci mulut yang sgt sedap dimakan sejuk.

Bahan A :
2 cawan sagu biji
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan - sy guna susu cair
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara Adunan A :
1. Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara Adunan B :
1. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2. Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C :
1. Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang :
1. Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
2. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
3. Siap untuk dimakan!!!

PAVLOVA



Sebenarnya mmg dh lama sgt nk cuba buat pavlova ni... rasa bimbang pun ada... mklum la x pnh tengok n x pnh makan... sehingga tergoda untuk mencuba... rupa2nya, secantik nama selazat rasa... ank2 pun suka sgt... masam buah2an bercampur dengan manis pavlova mengadunkan rasa yg sukar untuk digambarkan dgn kata2... resepi sy CnP dr Puan Wan Norbaya Wan Chik, rakan mailing list sy.... TQVM ye Baya....

Pavlova ni adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan, bila disentuh kulit mukanya licin dan garing manakala di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow.

Pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar contoh strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Pada suatu masa dahulu Australia dan New Zealand pernah berbalah untuk berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Utk mkluman semua, nama Pavlova dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926 - sumber Joyofbaking.com

PAVLOVA
CnP: Puan Wan Norbaya Wan Chik
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

3 biji putih telur (suhu bilik)
1/4 teaspoon cream of tartar
1 cup sugar (Baya kurang gula dalam 2 sudu)
1 pinch salt

Pukul putih telur, masukkan cream tartar dan salt. Kemudian sugar 1 spoon by spoon, sampai habis pukul medium high speed anggaran 12-17 minit or more sehingga dia stiff peak. Bila ceduk dengan sudu dia menegak tak terlentuk :)

Masukkan dalam piping beg, pipekan.. bakar 300-35minit dan biarkan sejam di dalam oven..
nak makan letak whip cream / dan any buah yg disukai... nak makan dengan aiskrim pun boleh...
Meringue nie agak manis.. Baya selalu kurangkan gula dalam 2-3 sudu... dan putih tu sebenarnyaa boleh diambil dari 4 biji putih telur... ni dah diuji dari dapur Baya berkali-kali:)

Topping/hiasan yg sy buat:

1 cawan whipping cream - pukul hingga kental

Untuk menghidang, picit/lepa whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Seelok-eloknya hias apabila hendak mkn sb kalau hias awal nanti buah2an berair.

Peringatan:
semua bahan mestilah di suhu bilik
bole masukkan 1 camca teh esen vanila utk elakkan bau hanyir telur

KUIH KETAYAP


Kuih dolu2 namun x lekang dek panas n x lapuk dek ujan... peberet anak2 ni... nak buat je yg ssh ckit, selalu je ada vitamin M... resepi x ingat amik dr mana mmg dh lama ada dlm simpanan...

KUIH KETAYAP
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

Bahan-bahan untuk kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan (sy guna pandan paste)
1 1/2 cawan santan (boleh diganti fresh milk)
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan-bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula merah (boleh dikurangkan) kalau nak isi gula pasir sedikit pun boleh
1 helai daun pandan

Cara-cara inti:
Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Cara-cara kulit:
Blend daun pandan dan perah, ambil patinya. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan dan air daun pandan yang diblend tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

Cara-cara gulung:
lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis

Tuesday, September 27, 2011

KUIH KERIA


Sy CnP resepi dr blog SueJoshua... sori ye xreti nk link ke blog beliau... sy gunakan keledek jenama Diamond Royal yg warna pepel tu.... Sy buat 1/2 adunan shj...

KUIH KERIA

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg keledek
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam

BAHAN SIRA
1 1/2 cawan gula
1 cawan air

Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA-CARANYA:
Rebus keledek yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam hingga keledek masak, kemudian angkat keledek dan toskan airnya.
Lecek keledek sehingga lumat dan gaulkan bersama tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
Ambil sedikit adunan doh tadi dan bentukkan seperti bebola, leperkan dan tekankan di tengahnya sehingga berlubang, bentukkan seperti donat.
Buat sehingga habis dan ketepikan.
Goreng kuih keria yang telah dibentuk tadi sehingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
Di dalam kuali, masak air bersama gula sehingga berbuih pekat, kemudian masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi, kacau perlahan sehingga gula menyelaputi keseluruhan kuih.
Apabila gula sudah melekat pada kuih, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Friday, August 26, 2011

KUIH SI CANTIK MANIS


Kuih ni mmg sedap n senang sgt nk buat... rasa seindah rupa... sy gunakan sagu kasar lebihan Cendul Express aritu... kalu buat lg nk letak sagu byk2 biar nmpk terbeliak sebiji2 sagunya... terima kasih hazila n izinkan sy CnP dr dapur ye...

KUIH SI CANTIK MANIS
Sumber: Hazila mysmallkitchen
Resepi beliau ambil dari Indonesian-Eats

Bahan bahan
• 100 gms biji sagu (campuran 3 warna - merah, hijau & putih )- sy main agk2 je sukatan sagu ni
• 50 gms tepung hunkwe
• 500 ml santan
• 90 gms gula
• Daun pandan
• Sedikit garam

Cara cara
1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan sagu dan masak hingga biji sagu menjadu lutsinar, tapiskan (sy guna sagu kasar beli yg dh siap masak/warna)
2. Bancuh tepung hunkwe dengan sedikit santan, baki santan masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan gula, daun pandan dan garam. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung hunkwe tadi ke dalam santan yang sedang mendidih dan kacau sekata.
4. Masukkan juga biji sagu yang telah ditapis tadi dan kacau sehingga adunan menjadi kental.
5. Tuang ke dalam acuan yang sesuai dan sejukkan.


Tuesday, August 23, 2011

JEMPUT-JEMPUT KENTANG & JEJARI KETAM.... kunjungan Kak Faridah


Hari Sabtu sebelum puasa, sy menerima kunjungan dari rakan FB - Kak Faridah dari Johor... setelah sekian lama kami hanya bersms n berchatting akhirnya Allah izinkan kami bersua muka... terima kasih akak kerana sudi bermalam di teratak sy yang serba serbi kekurangan ini... mohon maaf andai ada kekurangan n kunjungan akak amat kami hargai... jangan serik ye n sila la datang lg... Jemput2 ni sy hidangkan sebagai juadah minum petang a.k.a gotong royong anak2 mengecat porch aritu... disertakan resepi main campak2 aje...

JEMPUT-JEMPUT KENTANG & JEJARI KETAM

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 biji kentang (potong dadu)
4 batang jejari ketam
1 sudu teh garam
Air secukupnya

Satukan semua bahan dan masukkan air. Air tu agak2 aje sedang elok bole dijemput dengan jari. Kemudian goreng sehingga kekuningan. Hidangkan bersama sos cili / sos keropok lekor.



Inilah tanda kenangan persahabatan kami... diabadikan dlm blog utk tatapan generasi akn datang...
Kak Faridah & me

Tuesday, August 16, 2011

PENKEK PISANG yg sgt sedappppp....



Tiba2 tingin nk mkn penkek la plak... menu yg sgt senang n ternyata sedap... bkn angkat bakul sendiri tp mmg itulah kenyataannya.... emmmm simpan sampai sahur pun msih lembut lg... Jom layan resepi yg biasa sy buat yek....

PENKEK PISANG

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam halus
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
240 ml air (bole juga ganti dgn susu segar atau susu cair)
2 sudu besar mentega/majerin (dicairkan)
8 biji pisang emas lemak manis

1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati (sy guna blender).
2. Panaskan kuali dan sapu dengan mentega/majerin.
3. Dadarkan adunan di atas kuali dan masak sehingga kekuningan.


Saturday, May 7, 2011

DONUT



Donut ni main campak2 aje.... ekceli resepi asal ikut Donut Suria tp sb dh biasa sgt buat sy olah sana sinun ikut citarasa aje nk buatnya.... xtvt menguli sy serahkan kepada cik BM... Oleh kerana sy buat besar gedabak maka 1 adunan dpt 18 biji aje... klu buat tomey tiut miut mgkn bole dpt 25 biji.... walau bagaimanapun, laris tau... 2 biji dh kenyang..... hihihi

DONUT

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar shorterning (sy guna 1 sudu besar)
200 ml air
1/2 paket yis mauripan

Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan air, jangan habiskan semuanya. Uli hingga tidak melekat di tangan. Jika perlu tambah air lagi. Biarkan doh rehat 15 minit (naik sekali ganda). Kemudian tumbuk/uli lagi. Setelah itu boleh la dibentukkan donut. Biarkan donut kembang. Masukkan donut ke dalam minyak yang betul2 panas. Kalu minyak x cukup panas donut akan serap minyak & x gebu. Walau bagaimanapun, semasa menggoreng donut api hendaklah perlahan bimbang nanti donut hangus tp dalam x masak.

Thursday, April 7, 2011

ROTI TELUR BERSUSU


Ni antara bekfas yg cepat disediakan n peberet ank2....

ROTI TELUR BERSUSU

4 - 5 keping roti
2 biji telur ayam
1 sudu besar susu pekat manis (bole tmbh jika suka manis)
1 titik esen vanila

Satukan telur, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau hingga sebati. Kemudian celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi. Goreng di dalam kuali non-stick menggunakan api kecil. Terbalikkan roti setelah bahagian bawahnya agak keperangan. Sedap dimakan panas-panas.

Friday, March 25, 2011

WAFFLE


Adunan waffle ni bole juga dibuat pancake a.k.a lempeng klu xde waffle maker tu.... resepi CnP dr himpunan dlm pendrive, x dinyatakan sumber dr mana....

WAFFLE

1 cawan tepung gandum
150 ml susu segar (sy guna susu tepung + air)
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula halus
secubit garam

Cara-cara

Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan semua bahan2 lain dan pukul sehingga rata & kembang.

Panaskan waffle maker, sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira 2 minit. Sedap dimakan dengan jem, kaya, aiskrim atau madu. Anak2 suka dgn coklat Nutella.

Kalu xde waffle maker boleh juga dimasak dalam kuali. Walaupun rupa tak serupa, rasanya tetap sama.



Ini dia waffle maker yg sy guna.... brand Empress beli kat Cosway tukar kupon.... x ingat dh bpe reganya.... ada 4 plate yg bole diganti so mmg berbaloi kalu ada ni... sori promo lbh sb mmg sgt2 berguna....

Thursday, March 17, 2011

APAM SUSU EVERYDAY


Apam yang lembut, gebu n sedap... tetapi xtau mana silapnya mcm oily sgt.... rujuk gambar n dasar apam tu...

APAM SUSU EVERYDAY

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
3 biji telur
1 gelas air
1 gelas minyak masak
1 gelas gula halus
1 gelas susu tepung everyday (sy guna susu Boboy3 - Fernleaf)
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 tin susu pekat manis
2 gelas tepung gandum

Cara-cara
1. Pukul telur & gula hingga kembang
2. Masukkan minyak masak & air. Pukul hingga kembang
3. Masukkan susu pekat & susu tepung everyday.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
5. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak
6. Kukus selama 1 jam.

Nota: oleh kerana sy menggunakan acuan kecil2 so kukus 25 minit je...

Monday, March 14, 2011

KEREPEK PISANG TANDUK



Ekceli dh lama buat kerepek ni... projek main pondok2 kt kg.... pisang tanduk hasil kebun abah.... rezeki bila balik kg & bole makan ramai2.... dok selongkar folder terjumpa la pix ni & rasanya blum N3 lg.... layanzzzzz....

KEREPEK PISANG TANDUK
Sumbangan: my-magic-kitchen

Beberapa biji pisang tanduk yg agak2 mengkal @ tua
minyak secukupnya untuk menggoreng
garam dan gula sebagai perasa (larutkan dalam air suam)

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Bole juga masukkan sedikit serbuk kunyit supaya nampak berseri pisang tu nanti... tp sy x letak sb pisang tanduk dh cantik kuningnya....
2. Bila minyak dah panas, sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain (ini mak yg ajar).... sy x berani nk buat cenggini, sy sagat dlm bekas lain & masukkan sekeping2 pisang yg disagat td... fobia @ ngeri... xrela takut tersagat jejari ku yg mulus ini.... auuuuw...
3. Masukkan 1 atau 2 sudu air garam + gula tadi ke dalam minyak panas.
4. Goreng sampai masak, angkat dan toskan.
5. Kalau agak2 bila kerepek dh masak tp masih tawar rasanya, boleh tambah lg sukatan gula & garamnya.

Nota: kalu mls nk buat air garam, bole juga masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam minyak panas.... sukatan garam mengikut citarasa n kuantiti pisangnya. Kalu tambah minyak so garam pun kena tambah juga.... bergantung kpd kuantiti byk mna kerepek yg digoreng...

Saturday, March 12, 2011

CEKODOK JAGUNG + JEJARI KETAM



Ofismet bg petua letak tepung beras dlm cekodok... kejadiannya cekodok lebih garing.... mmg sedap n x rugi mencubanya....

CEKODOK JAGUNG + JEJARI KETAM
Sumbangan: my-magic-kitchen

1 tongkol jagung manis
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 batang jejari ketam - dadu
1 labu bawang besar - dadu
1 sudu kecil garam

Cara-cara:

Hiris isi jangung (seperti nak buat bubur jagung)
Campur jagung, tepung gandum, tepung beras, udang, jejari ketam, bawang besar dan garam.
Bancuh dengan air seperti bancuhan cekodok pisang.
Guna sudu or cekup dgn tangan semasa menggoreng.
Sedap dimakan panas2 cicah dgn sos cili.

Tuesday, March 8, 2011

THE MAKING OF FANCY KETAYAP


Salam rakan2 yg sudi berkunjung ke my magic kitchen.... atas permintaan sy perturunkan serba ringkas step by step nk buat corak fancy ketayap... ekceli nmpk aje susah tp senang ya amat.... mcm2 corak bole buat.... moga2 xjd ajaran sesat mklm la bkn chef hanya main pondok2 aje.... Mula2 rujuk resepi yg sy CnP dr N3 asal... sori nk link xreti, lum bljr lg... bole tgk kt label Kuih... tulisan merah adalah cara sy buat.... Fuhh... ini la N3 yg pling byk gmbo nk kena uplod.... almdulillah berjaya akhirnya... slmt mencuba ye....

FANCY KETAYAP
CnP: Kak Roz (Rnet)
Dikongsi: My Magic Kitchen

Motif Dadar
225 gm tepung gandum
10 gm tepung ubi
1/4 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air
1 biji telur (A)
1/4 sudu kecil choc paste/secukupnya (warna hijau)
1/2 sudu kecil pandan paste/secukupnya (warna pink)
1 1/2 sudu kecil minyak jagung

Bahan Inti:
250 gm kelapa parut
30 gm gula kastor (sy tmbh agak2 sb x guna gula perang n gula merah)
100 gm gula merah (x letak)
30 gm gula perang (x letak)
30 gm coklat masakan (sy x letak ganti warna kuning)
60 gm air
1 sudu kecil tepung jagung
1 helai daun pandan

Cara Menyediakan Inti:
Masakkan gula kastor, gula merah, gula perang, daun pandan dan air hingga gula larut. Kemudian masukkan kelapa, coklat masakan dan taburkan tepung jagung. Masak inti hingga kering mengikut kesesuaian masing-masing. Sejukkan.

Nota: kali ni buat sy masih derhaka dr resepi asal, x letak coklat masakan... sy gunakan warna kuning pulak....

Cara Menyediakan Dadar:
Ayak tepung gandum bersama tepung ubi kemudian campurkan garam. Satukan santan, air dan telur, kacau rata dan sebati. Tuangkan campuran santan ke dalam tepung. Kacau rata sehingga adunan benar-benar rata dan halus. Kalau ada yg bergentel2 bole ditapis or adunkan dlm blender.

Keluarkan 1/4 adunan, campurkan choc paste (hijau) dan masukkan dalam piping bag, ikat dgn getah di bahagian bukaannya. Selebihnya campurkan dengan pandan paste (warna pink). Setiap kali "tunggu giliran" piping bag hendaklah diterbalikkan dlm cawan/gelas supaya adunan tidak meleleh keluar dari muncung yg dipotong halus.




Panaskan kuali non-stick. Sapukan sedikit butter/minyak sapi (sy guna myk msk). Corakkan adunan coklat (hijau yg di dalam piping bag td) di atas kuali mengikut corak yang anda suka (sy buat corak kotak2 kain pelekat, jalur, dot dot n ubat nyamuk).

Setelah kelihatan kering, ratakan pula adunan hijau (pink) di atas corak tadi. Masaklah dadar seperti biasa. Ulangi sehingga adunan habis.

Bentangkan sekeping dadar, letak dan bentukkan inti memanjang.

Lipat n gulungkan.

Taraaaaa, siap utk dihidangkan.



Fancy ketayap yg sy buat sebelum ni.

Saturday, March 5, 2011

PISANG TANDUK GORENG


Pisang bwa balik dr kg... peberet rakyat di rmh ni.... Sy CnP resepi tepung goreng pisang ni dr Resepi.net sumbangan Norazie...

PISANG TANDUK GORENG

1 biji pisang tanduk - buang kulit, belah 2 n hiris serong

Bahan A:
10 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi kayu
1/2-1 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu kapur makan dicampur dengan air - tapiskan (agak2 penggunaan air)
Garam secukup rasa

Cara:
• gaulkan semua Bahan A sehingga sebati
• pastikan adunan jangan terlalu cair atau pekat
• celupkan pisang yang telah dipotong serong ke dalam adunan
• panaskan minyak yang banyak
• kemudian gorengkan pisang sehingga garing dan keperangan
• angkat dan toskan minyaknya
• sedia untuk dihidangkan