Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

CENDUL EXPRESS


Cuaca panas2 mmg nyaman tekak dpt berbuka dgn dessert camni... resepi campak2 aje... nama cendul express...

Antara bahan2 ialah:

Cendul
Sagu kasar (merah)
Sagu kasar (kuning)
Cincau dicincang
Santan
Air gula melaka

Kuantiti bahan2 ikut citarasa. Emmmmmm mmg x nmpk mak mertua kalu lalu dr belakang....



Thursday, March 3, 2011

PUDING KASTAD GOYANG INUL



Alkisah puding ni my only gegerl yg request... sib baik semua bhn2 ada xyah start keta vroooooooom g kedai.... ekceli mcm2 versi yg pnh buat... kali ni versi hantam aje la mak labuuuuuuuu....

PUDING KASTAD GOYANG INUL

1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu pekat manis
10 1/2 cawan air
1 sudu besar mentega/marjerin

Satukan semua bahan, kacau rata. Setelah sebati barulah kacau di atas dapur dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. Setelah elok pekat n likat, tuang ke dalam acuan pilihan sama acuan kecil2 atau besar.

Kuah:
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
1 cawan susu pekat (bergantung kpd citarasa)

Campurkan semua bahan n kacau di atas api sederhana. Setelah menggelegak, angkat n sejukkan dalam peti ais.

Hidangan sampingan: 2 tin fruit cocktail

Nota: puding ni mmg penuh dgn rasa susu tnpa menggunakan telur....

Saturday, February 19, 2011

PUDING CIKU - tragedi lagi......



Kes nk perabihkan ciku yg dh lama dok dlm freezer... kupas, potong, buang biji, msuk dlm plastik n dok diam2 dlm freezer.... kemas punya kemas.... menung jap nk tuko jd apa ni... tuko jd batu, dah.... emmmmm biar sat.... terpk duluuuuuuu pnah buat puding ciku.... haaaa mula la kelentung kelentang kt dapo..... TETAPI..... haru huwaaaaaaa.... kes bz ngemas kalahkan bibik terlupa msh dlm piuk... cdg nk sejukkan skjp sblm tuang dlm acuan..... apa lagi keras kejung dlm piuk.... puas jga pujuk2 manja nk kasi kuar.... alih2 potong aje la gaya bebas..... layanzzzzzz resepi main campak2.....

PUDING CIKU

10 gm agar2 serbuk (agak2 2 sudu bsr)
1200 ml air
2 senduk kecil gula
300 gm ciku
1 tin susu cair

1 tin fruit cocktail (xde stok)

Masak agar-agar dan air hingga menggelegak. Kemudian masukkan gula (ikut citarasa klu suka manis lebihkan lagi). Kisar ciku bersama susu cair. Kemudian masukkan ke dalam agar-agar tadi. Setelah sebati, sejukkan sebentar sebelum tuang ke dalam acuan yang disukai. Bole dihidangkan bersama fruit cocktail dsbnya.

Monday, January 24, 2011

BINGKA ROTI CENDUL PERISA NENAS



Sekali lagi membingkakan roti.... nak perabihkan kerak2 roti baki roti goreng berinti baru2 ni.... bawa ke rmh MIL sbg potluck wiken baru2 ni.... resepi x ingt sumber dr mana... elok je dh lama bertapa dlm pen drive.... baru ni tingin nk cuba... tambahan seperti tulisan merah....

BINGKA ROTI CENDUL PERISA NENAS

1 buku besar roti gardenia / High5
2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur

Sy tambah:
1 paket cendul
1 tin nenas

Carik-carikkan roti sampai habis dan asingkan dalam satu bekas (sy tambah cendul n nenas yg dipotong dadu). Pukul bersama gula tadi bersama santan pekat, susu cair dan telur (sy tmbah air nenas). Sukat adunan tadi. Sekiranya dapat 4 cawan maka tambahkan 7 cawan air ke dalam adunan tadi supaya semuanya menjadi 11 cawan. Sekiranya 5 cawan maka tambah 6 cawan air utk menjadi 11 cawan. Kacau lagi sehingga gula sebati. Kemudian tuang adunan tadi ke dalam roti. Biar sehingga roti kembang. Sapukan butter pada loyang dan taburkan sedikit butter ke atas adunan tadi. Tujuannya supaya nampak kuning dan lebih sedap. Bakar pada suhu 180 - 200 celcius selama 1 jam. Sedap dimakan sewaktu panas atau pun sejuk.

Nota: sy guna 1 cwn gula sb air nenas dh manis

Tuesday, January 18, 2011

TRIFFLE



Salah satu menu program lepaking dgn Dekdah n Nik bru2 ni.... resepi mix n match dr byk sumber, setelah byk kali buat n diolah mengikut citarasa.... resepi asal mmg agak manis n sy dh kurangkan kuantiti gula dlm kastadnya....

TRIFFLE

1 gulung swiss roll @ kek span (sy guna swiss roll pandan) - potong 9 keping
1 tin fruit cocktail - asingkan air dan buahnya
1 kotak serbuk agar2 Lady’s Choice (raspberry) - msk spt arahan pd paket, biarkan suam

Bahan kastad:
1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan susu cair (sy guna 1 tin susu cair, sukat & tambah air sehingga jadi 4 cawan)
(bancuh, kacau atas api sederhana hingga masak)

200 gm fresh cream - pukul hingga gebu

Susun swiss roll di dalam bekas. Siram air fruit cocktail di atas kek. Taburkan pula buahnya. Setelah agar2 suam, tuangkan pula di atas buah tadi. Jika dituang semasa masih panas, agar2 akan menyerap ke dalam kek dan lapisan trifle nampak tidak cantik. Sementara menunggu agar2 keras bolehlah masak kastad lalu tuang di atas lapisan agar-agar. Akhir hiaslah triffle td dgn fresh cream. Sejukkan dalam peti ais selama semalaman. Trifle ini enak dimakan sejuk

Wednesday, October 13, 2010

PUDING SUSU STRAWBERI

As-salam semua..... hai liat betul nk update blog.... sori ya ampun ye kpd yg sudi dtg ke my magic kitchen ni kalu asik2 dpt hidangan basi je.... hrp x kecik ati n jgn serik tau.... sudi2kan jgn segan buat mcm dapo sendiri....

Buat puding ni sbg potluck ke rmh Dek Dah aritu.... potluck utk Dek Dah gambo yg bwh tu, dpt 2 bekas... manakala yg kepala mickey mouse tu dh tentu utk Boboyz kt rmh tu... mula2 mkn telinga, lps tu mkn idung, lps tu mkn mulut... last2 abis semua kelapa mickey masuk dlm perut.... mmg sy suka sgt kalu yg ringkas2 cenggini... cepat dimasak n cepat masuk perut.... walllaaaaa.... resepi salin dr kedai jual brg2 kek.....



PUDING SUSU STRAWBERI

20 gm agar-agar serbuk (sy beli yg dh siap paket 20 gm)
200 gm gula (sy guna 150 gm je)
1.5 liter air (sy guna 1.1 liter air + 1 tin susu cair = 400ml)
Sedikit paste strawberi + pewarna pink (ikut citarasa)

Masak agar-agar dengan air hingga larut. Kemudian masukkan susu cair. Setelah menggelegak tutup api. Bahagi adunan kepada 2, 1 bahagian + paste/pewarna dan 1 bahagian lagi biar plain. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan - separuh sahaja. Sejukkan sebentar dalam peti ais. Setelah agak keras, lorekkan sedikit dgn garfu n tuangkan adunan 1 lagi. Sejukkan sebelum dihidang.

Wednesday, September 1, 2010

PUDING RAJA VERSI MY MAGIC KITCHEN

Haaaaa tuuu dia, 3 serentak berderet2 resepi puding dr my magic kitchen.... ni versi lg senang.... pisang emas mak kirim dr kg n jala mas tu kirim dgn kwn blik Kelantan.... prun n susu cair ofkoz beli je kt kedai.....



PUDING RAJA VERSI MY MAGIC KITCHEN

10 biji pisang emas lemak manis

Hiasan:
Beberapa ulas buah prun
Jala mas
Ceri merah & hijau

1 tin susu cair Ideal (utk dimakan bersama puding)

Goreng pisang dgn sedikit butter hingga perang. Kemudian sejukkan. Setelah itu susun dalam bekas dan hias dgn jala mas, hirisan prun & ceri merah/hijau. Tuang susu cair n sedia utk hidangan berbuka puasa..... walllaaaa....

PUDING ROTI VERSI MY MAGIC KITCHEN

Satu lg resepi puding yg main campak2 ikut sesuka hati je.... mcm N3 sblm ni, kes nk perabih stok yg ada.... klu x dijalankan marathon memuding skrg ni agknya tahun dpn blum tntu lg abis stok2 tu.... kali ni kurengkn ckit kuantiti kandungan dlm mgkuk... puding buih aritu penuh ya amat smpai melimpah nk curah kuah....



PUDING ROTI VERSI MY MAGIC KITCHEN

1 bungkus agar2 strip (15 gm)
5 cawan air
100 gm gula pasir (bole krgkn klu xsuka manis)
1 camca teh esen vanila
Perisa strawberi
Perisa pandan
Perisa mangga
(bole guna perisa kegemaran)

6 keping roti
1 biji telur
1 tin susu cair

1 tin susu cair Ideal (utk dimakan bersama puding)
Buah pic utk hiasan (potong dadu)

Agar2 direndam sebentar n tapiskan. Kemudian masak bersama air. Sementara itu, rendam roti dgn susu cair. Kemudian blend rendaman roti bersama telur. Setelah agar2 hancur masukkan gula, roti blend dan esen vanila. Setelah masak, tutup api n bahagikan kpd 3 bahagian.

Bekas 1 - pandan + warna hijau
Bekas 2 - mangga + warna kuning
Bekas 3 - strawberi + warna merah @ pink

Biarkan sejuk dalam 10 minit. Kemudian tuang ke dalam bekas n sejukkan sebentar dlm peti ais. Sebelum tuang lapisan ke2 n ke3 taburkan sesudu buah pic yg dihiris. Tuangkan pula lapisan kedua n begitu la seterusnya sehingga habis. Hias dgn buah pic yg dipotong dadu. Kali ni sy hiaskan juga dgn 1 camca jem strawberi, utk kontras dgn buah pic tu.... Utk menghidang, curahkan aje susu cair Ideal. Susu ni je yg sedap di tekak sy.... ikut la selera masing2 ye....

PUDING BUIH VERSI MY MAGIC KITCHEN

Minggu ni Minggu Puding Sedunia plak.... Kes nk perabih agar2 strip n buah pic yg dh berjaman tori dlm kabinet doremon serta lebihan putih telur dlm peti ais doremon.... resepi sbnrnya main agk2 je xde rujuk mna2 resepi.... hantam je la labu.... jnji bole slow motion msuk dlm tekak....



PUDING BUIH VERSI MY MAGIC KITCHEN

1 bungkus agar2 strip (15 gm)
5 cawan air
1 tin susu cair
100 gm gula pasir (bole krgkn klu xsuka manis)
1 camca teh esen vanila
Perisa strawberi
Perisa pandan
Perisa mangga
(bole guna perisa kegemaran)

4 biji putih telur
secubit cream of tartar

1 tin susu cair Ideal (utk dimakan bersama puding)
Buah pic utk hiasan

Agar2 direndam sebentar n tapiskan. Kemudian masak bersama air. Setelah agar2 hancur masukkan gula, susu cair dan esen vanila. Dalam masa yg sama, putar telur putih bersama cream of tartar sehingga kembang seperti buih. Setelah itu, ambil 3 - 4 senduk agar2 tadi n masukkan ke dalam bekas telur yg dipukul. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali curahkan adunan telur ke dalam periuk agar2 n kacau rata. Tutup api n bahagikan kpd 3 bahagian.

Bekas 1 - pandan + warna hijau
Bekas 2 - mangga + warna kuning
Bekas 3 - strawberi + warna merah @ pink

Biarkan sejuk dalam 10 minit. Kemudian tuang ke dalam bekas n sejukkan sebentar dlm peti ais. Tuangkan pula lapisan kedua n begitu la seterusnya sehingga habis. Hias dgn hirisan buah pic. Utk menghidang, curahkan aje susu cair Ideal. Susu ni je yg sedap di tekak sy.... ikut la selera masing2 ye....

Tuesday, August 17, 2010

PUDING KARAMEL CIK PUAN ROSE TIEY

Salam semua.... buat puding ini wiken bru2 ni... peberet ank2.... jom layan resepi yg simple ya amat... dpt dr kwn n ini resepi yg sy guna turun temurun.... TQVM ye Rose, jasamu ku kenang.... hihihi



PUDING KARAMEL CIK PUAN ROSE TIEY

1 tin susu pekat manis
7 biji telur (besar) atau 9 biji telur (kecil)
1 1/2 tin susu air
1 camca teh esen vanila
5 camca besar gula

Di dalam loyang bersaiz 9 inci, masukkan gula n jadikan gula hangus. Sementera itu panaskan kukusan. Kemudian campurkan susu cair, telur, air dan esen vanila di dalam mangkuk. Kacau sebati. Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 20-25 minit. Sy x tutup loyang dgn apa2 kerana mmg suka puding yg berair2 gitu....

Wednesday, June 16, 2010

PUDING KOKTEL

Puding ni ats permintaan khas ank2 sempena cuti sek... resipi ni sy dpt dr pelbagai sumber, ada yg letak esen vanila or oren sunquick, ada yg gunakan 100% tepung kastad n pelbagai versi lg... campur tolak bahagi darab maka inilah resipi yg ikut rasa ank tekak sy... lgpun sy mmg sukakan puding yg sdkt gegar ala2 goyang inul gitu....

Puding ni siap kul 10 mlm smlm, lum smpt betul2 sejuk lbh krg kul 12 midnite ank2 dh minta nk bedah siasat... sy buat 2 adunan drpd resipi ni, dpt 2 loyang.... 1 loyang dh abis dikorbankan mlm tu jga.... so, layanzzzzzzz



PUDING KOKTEL

1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
4 1/2 cawan air
1 cawan susu cair (lebih kurang 1/2 tin)
3/4 cawan gula @ secukup rasa

Cara-Cara:
Satukan semua bahan (tanpa pasang api dapur). Setelah semua adunan sebati, kacau atas api sederhana hingga likat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. Setelah masak, tuang dalam loyang @ bekas2 kecil. Sejukkan.

Kuah:
1 1/2 tin susu cair
1 tin air (gunakan tin susu cair)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung

Hiasan: 1 tin fruit koktel

Cara-Cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktail. Masak atas api hingga mendidih. Setelah masak sejukkan dalam peti ais. Hidangkan bersama puding, kuah n fruit koktel.