Saturday, July 31, 2010

PUFF AGAIN....

Semasa siaran langsung pembakaran Sweet Tart n Suji Brunei, dpt plak hukuman mandatory dr Si Boboy1 untuk bikin Puff .... pndai je dia selongkar frezeer doremon and..... maka jdi la puff spt rupa ini..... resepi mudah ya amat.... boleh rujuk kt label Puff ya.... idea buat horn tu tgk dlm blog TTM bru2 ni....







Friday, July 30, 2010

SUJI BRUNEI

Biskut yg menjadi sebutan dlm Resipidotnet..... TQVM kpd Harlina Mahdar sbb x lokek berkongsi resepi niaganya... mudah2an rezeki makin melimpah2 atas sumbangan ini.... rasa biskut yg lemak n cair di mulut.... boleh disenaraikan utk resepi biskut raya tahun ni.... sy buat bersama2 dgn Sweet Tart utk bekalan Cuti2 Malaysia wiken ni....



SUJI BRUNEI
Sumbangan: Harlina Mahdar RN

200gm minyak sapi (gheeblend)
100gm Shortening
180gm gula kaster
100gm cornflakes - kisar halus
1 biji kuning telur
80gm tepung jagung
80gm tepung suji
tepung gandum secukupnya - tak de sukatan - sampai jadi doh je

Bahan sadur:
susu tepung + Nestum Kisar + (gula aising)

Cara:
- satukan minyak sapi, shortening dan gula. gaul hingga lembut
- masuk kuning telur. pukul lagi. masuk bahan2 lain.
- akhir sekali masuk tepung jagung sedikit demi sedikit. uli hingga menjadi doh.
- terap dan bakar.
- dah sejuk salut dengan susu tepung + nestum kisar + (**gula aising) agak2 kalau dah manis tak yah letak gula

SWEET TART a.k.a. TART NENAS SEDAP

Skodeng blog Kak Ina KL terliur tgk Kak Ina buat tart ini.... kebetulan nk cuti2 Malaysia xtau nk buat apa utk kudap2.... mmg rasa seindah nama se"sweet" rupa.... TQVM Kak Ina mencetuskan idea buat tart ni n di bawah sy CnP resepi dr blog beliau....


Selepas canai, terap dgn acuan bunga kelopak 6. Sy gunakan tudung tupperware utk ukur sama tebal dohnya....


Ratakan papercup & letak doh yg dah diterap di atasnya


Inilah acuan yg digunakan


Susun di dalam acuan peanut butter


Isikan inti


Dah siap bakar


Posing vogue berderet....


Posing dlm balang utk dibawa cuti2 M'sia

TART NENAS SEDAP

250gm butter - akak gunakan butter jenama tatura (sy guna buttercup)
60 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila

Bahan ayak
300-330gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30gm tepung kastad
20gm susu tepung
2gm garam halus (x letak)

Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

Untuk Jem:
Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.
Nota: sy gunakan jem nenas lebihan tahun lepas, masih elok hibernate dlm peti ais doremon

Thursday, July 29, 2010

SOSEJ MASAK KUAH LADA HITAM

Resepi ni dh lama ada dlm waiting list to try.... amik dr blog Izan Sweet Recipes Gallery. Menurut Izan, menu ni dia selalu makan kat kantin ofisnya... resepi dia try olah sendiri, agak2 ikut pengamatannya... Izan kata lagi, boleh adjust ikut suka dan selera masing2.... ada sedikit derhaka kpd resepi, ikut bahan2 yg ada dlm peti ais doremon.... TQVM to Izan for the recepi n CnP.....


SOSEJ MASAK KUAH LADA HITAM

8 batang sosej (ayam/daging) - (sy guna 5 ketui cikenball n 3 btg sosej dipotong2)
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar lada kering kisar
1 sudu lada hitam
2 biji bawang putih - diketuk (sy guna bwg putih kisar)
1 biji bawang besar - belah 4 (sy hiris nipis2)
10 biji cili padi/sederhana (masuk 5 biji je)
5 sudu sos lada hitam (xde stok)
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram/sos ikan
Kicap manis (sy guna lebih kurang 1/2 cawan)
Sedikit kiub perasa (jika suka) - xletak
Garam secukup rasa

1. Rebus sosej dan toskan. Ketepikan. (sy x rebus, terus masukkan aje dlm kuah mendidih)
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang dan lada kisar serta lada hitam. Tumis hingga layu dan naik minyak.
3. Tuangkan sedikit air. Masukkan sos tiram/ikan, sos lada hitam, sos cili dan kicap. Gaul sebati dan rasakan garam.
4. Masukkan bawang besar yang dibelah 4, cili api dan sosej yang telah direbus tadi.
5. Biarkan sebentar sehingga bawang layu dan matikan api. Siap untuk dihidang.

SAMBAL TEMPE

Recycle tempe yg dimakan bersama Nasi Ayam Penyet wiken bru2 ni... sian dok bertapa dlm peti ais, keluarkan n goreng buat Sambal Tempe plak... emmmmm abis licin Boboy1 suka sgt.... resepi hantam saje la.... xde sukat2 sbb tempenya pun secoit je....



SAMBAL TEMPE

Tempe
1 camca besar cili kisar
1 camca besar bawang besar kisar
1 camca teh bawang putih kisar
Garam dan gula utk perasa

Tempe dipotong nipis2 n goreng garing. Angkat n toskan.
Tumis semua bahan2 hingga garing. Kemudian masukkan tempe, gaul rata dan angkat.

SUP AYAM

Resepi ulangan.... mmg peberet ank2, saje je N3 dlm blog sb nk rekod kekerapan msk sup ayam dlm setahun.... hihihi.... Layan gambar je ye... nak resepi bole rujuk label ayam....


Tuesday, July 27, 2010

PENGAT PISANG TANDUK

Pisang tanduk yg mak kirim msh ada lg.... nk goreng dh jemu asik ulang2 menu gitu2 gak.... try je la pengat plak.... emmmmm not bad cuma isi pisang ni agk keras ckit.... kena kunyah lebih, kalu pisang2 yg lain tu slurp slurp je.... resepi ikut yg sy buat smlm n guna apa yg ada dlm my magic kitchen je....


PENGAT PISANG TANDUK

1 biji pisang tanduk
200 ml santan kotak + 2 cawan air
Gula apung (gula itam dr sarawak)
Sdkt gula pasir (klu kurang manis)
1 helai daun pandan
1/2 cawan sagu halus
Secubit garam

Buang kulit pisang, belah 4 n potong dadu. Masukkan dlm periuk, tambah santan n air. Masukkan juga gula, garam n daun pandan. Masak hingga menggelegak. Kacau. Akhir sekali masukkan sagu. Biarkan sagu jernih n angkat. Sedap dimakan selepas dibiarkan sejuk dalam peti ais.

UDANG GORENG KUNYIT

Mcm msk ayam goreng kunyit gak cuma tukarkan udang je..... sukaaaa sgt menu camni, all in a pan.... nak resepi sila rujuk label ayam ya....



Sunday, July 25, 2010

AYAM MASAK MERAH

Lagi-lagi ayam..... resepi x ingt dr mana, dh lma sgt simpan dlm folder... nmpk senang n mudah je bahan2nya.... sy guna 1/4 drpd resepi.... pandai2 la bahagi ye klu nk buat tu... layanzzzzz



AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam kecil dipotong 8 (gaul dgn garam + kunyit)
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cuka
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
garam dan gula secukup rasa

10 sudu makan lada kisar
2 biji bawang besar (kisar)
4 ulas bawang kecil (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
sedikit halia (kisar)
6 biji gajus (x letak)
4 tomato biji (kisar asing dengan gajus)
Sedikit air (jika perlu)

Goreng ayam yg telah digaul dgn garam n kunyit. Ketepikan. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato puree, sos tiram, cuka, sos cili, sos tomato, garam n gula. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Kemudian masukkan ayam. Biarkan kuah agak pekat, angkat dan hidangkan.

PUFF TUNA

Menu ringkas n mudah.... sukaaaaa sgt wat magic in the kitchen.... smpi Boboy1 tnya, umi dpt kt mana kuih ni..... haipppppp plzzzzzz ckit ye..... emmmmm bru dia tau air tgn umi n betapa ciliknya umi wt magic.... hihihi


Sy gunakan puff pastry beli kt pasaraya gergasi.... tgk kt blog CMG n kak ummi dh selalu main pondok2 dgn puff pastry ni.... dlm N3 TTM plak bru sat ada creamhorn guna puff pastry ni.... kli ni dipersembahkan pula hasil dr my magic kitchen... all in can @ packet.... waallllaaaaa

PUFF TUNA


1 bungkus Kawan puff pastry
Nyahbeku puff pastry pada suhu bilik selama 8-10 minit atau sehingga lembut


1 tin tuna mayonis + sedikit bawang besar potong dadu. Xnk letak bwg pun xpe. Bole juga msukkan cili api potong klu nk pedas

Panaskan oven suhu 200C.


Masukkan inti ke dalamnya n lipat. Ikut suka la nk lipat cmne 3-segi ke or memanjang. Inti pun bole dipelbagaikan.... ikut citarasa.


Tekan dgn garfu supaya isi perut x terkeluar. Kelar sedikit dgn pisau tajam.
Sapu dengan merah telur. Bakar selama 20-25 minit.


Taraaaaaa dh siap bole ngap..... Puff tuna yg bikin Boboy1 x percaya.....

SAYUR CAMPUR2 HANTAM SAJA LAAAAAA

Kes nak perabih stok dlm peti ais doremon.... sedap gak rupanya.... aikkk sendiri msk sendiri puji.... sb tu nma resepi hantam saja laaaaaa.... layanzzzzz


SAYUR CAMPUR2 HANTAM SAJA LAAAAAA....

1 pokok salad baby romaine
1 cekak kambas (petik dr kebun herba makteh)
1 bungkus cendawan enoki
1 labu bawang besar (hiris)
1 biji bawang putih (ketuk)
1/4 kiub aym
Sedikit air
Sedikit garam

Tumis bawang besar + bawang putih dgn sedikit minyak. Masukkan kesemua salad, kambas n cendawan. Tambah sedikit air. Gaul rata n masukkan kiub aym n garam. Setelah agak layu (xperlu masak terlalu lama), angkat dan hidangkan.


Pucuk Kambas


Salad Baby Romaine


Cendawan Enoki

ACAR TAUCU LADA HIJAU

Ini antara menu yg sering dimasak apabila balik kampung. Penah 2-3 kali masak sendiri tapi x sesedap yg mak masak.... lada ni dipetik dr kebun herba makteh aritu... so, dh xtau nk buat apa jd masak la Acar Taucu Lada Hijau ni..... xtau la bloggers yg lain penah makan atau x acar ni.... acar ni mkn keesokkan harinya lg la sedap.....



ACAR TAUCU LADA HIJAU

20 biji lada hijau (belah 2 jgn putus n buang biji)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Sejemput ikan bilis
2 sudu besar taucu
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
Garam
1 cawan air

Tumis bawang besar, bawang putih, taucu n ikan bilis. Biarkan agak garing. Masukkan lada hijau dan air. Biarkan menggelagak. Kemudian masukkan cuka, gula n garam. Garam agk2 sb taucu dh masin. Rasalah masam, manis n masinnya. Setelah masak angkat n hidangkan.

PISANG TANDUK GORENG


Pisang ni mak kirim melalui adik minggu lepas... baru pg ni sempat utk digoreng sbg bekfas.... goreng separuh je, nk goreng semua bnyk la sgt.... ini la cara saya menggoreng pisang... sbnrnya byk versi adunan tepung goreng pisang ni.... ada yg guna air ais, ada yg tambah sedikit kelapa parut utk meranggupkan goreng pisang, tambah tepung jagung, tambah madu, bijan, telur n mcm2 lagi versi.... biasanya sy guna apa yg ada kt my magic kitchen aje... yg pentingnya hasrat nk makan goreng pisang tercapai......


Tgk laaa... dh naik lebam pisang ni lama hibernate dlm peti ais doremon.....


Pisang yg telah dibelah @ dipotong


2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air (agak2 je)
1 sudu besar air kapur makan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kunyit

Satukan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Kacau sehingga sebati. Celup satu persatu pisang ke dalam tepung n goreng hingga masak.


Pisang yg baru siap goreng sedap dimakan panas-panas.

Saturday, July 24, 2010

NASI AYAM PENYET PALEMBANG

Ada kelainan drip nsi aym yg biasa2 tu iaitu dihidang bersama kacang pnjg, tempe goreng, tahu goreng (xde stok mls dh nk vrooom ke kedai) n smbl belacan. Sptut aym diketuk dgn lesung tp nk cpt, skip je arahan tu... penyek dgn gigi je laaaaa....




NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Thursday, July 22, 2010

SAMBAL FISHBALL

Balik kja ptg smlm, Boboy3 kna sengat tebuan... alkisahnya Boboy1 pukul tebuan yg msuk dlm rmh, jatuh tepi kaki Boboy3... terperanjat punya pasal lalu terpijak.... meraung kesakitan n sy terus bawa Boboy3 p klnik... doktor bg ubt tahan sakit je sb xde tnda2 alahan yg ketara....

Mlm smlm asik nk berdukung je, agknya fobia nk pijak ats lantai... atau sakit berdenyut2 kot... xtau la sb xpnah rsa cmne kena sengat tebuan ni.... mlm td Boboy3 xlena tdo.... asik merengek je... sian Boboy3.... pg td kt taska dh crita panjang lebar dgn ckgu... klu ada apa2 just give me a call... until now xde pe2 lg so kira ok la dia kt tska hari ni....

So utk menu dinner smlm msk simple2 je.... Sambal Fishball.... resepi 2x5 je dgn Sambal Ayam aritu cuma sy tmbah kacang panjang dr kebun herba mak teh, ada baki 2-3 urat lg.... layan gambar je la ye.....