Showing posts with label Mee dan Mihun. Show all posts
Showing posts with label Mee dan Mihun. Show all posts

Friday, March 4, 2011

MEE GULUNG LANGKAWI


Selongkar dapur kak ummi, teruja nk try resepi ni.... alhamdulillah rakyat kt rmh suka.... x rugi mencubanya.... x lupa juga sekalung tahniah utk kak umi sb dh berjaya tersenarai sbg celebriti blogger seangkatan dgn CMG, mamafami, kak liza dll.... klu dh masuk majalah tu ofkoz bole dipanggil celebriti, ye x kwn2... sy sbg kwn lama n bloger tempelen ni turut berasa bangga n syukur di atas kejayaan ni.... TQVM kak ummi ye resepi yg mabeles ni....

MEE GULUNG LANGKAWI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Mee:
1 paket mee kuning - basuh dan toskan.
1/4 cawan kicap pekat
5 biji telor - untuk dadar nipis (utk 3 gulung mee)
sedikit minyak

Bahan Kuah Mee:-
4 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 tangkai cili merah - dipotong serong/kecil (x letak)
15 ekor udang
150 gm isi ayam - dipotong kecil (diganti jejari ketam)
1 kiub pati lembu
4 sudu besar kicap cair/masin (ganti dgn seasoning maggi)
4 cawan air
1 ikat sawi - dikerat (x letak)
1 batang lobak merah - disagat halus memanjang (potong serong nipis)
200 gm bunga kobis - dipotong kecil
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh lada hitam yang dikisar
garam secukup rasa (optional)
2 biji telor
1 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn 1/4 cawan air)
minyak untuk menumis

Cara-Cara:-
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (non-stick pan) dan goreng mee kuning dengan kicap pekat hingga warna kicap sekata dan mee elok masak. Ketepikan.
2. Kemudian gunakan non-stick pan, dan buat telor dadar nipis, bila masak tutup api dan biarkan dadar dalam kuali. Ambil segenggam mee tadi dan letakkan atas telor dadar dan gulung (lipat tepinya seperti kuih dadar). Angkat dan letakkan dalam pinggan, potong-potong sedikit telor dadar yang berisi mee . Buat dadar sehingga habis.
3. Dalam kuali lain (jenis dalam), panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan air secukupnya untuk kuah. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ayam diikuti udang dan kiub pati lembu.
6. Kemudian masukkan kicap cair dan bunga kobis. Masukkan garam jika perlu.
7. Masukkan pula sawi dan lobak merah.
8. Akhir sekali masukkan 2 biji telor dan kacau sikit dengan garfu semasa mendidih.
9. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau mesra sebentar dan pekat.
10. Tutup api. Tuangkan kuah ke atas mee gulung tadi dan taburkan sedikit serbuk lada sulah sebelum di makan jika suka. Selamat Mencuba



Thursday, January 27, 2011

MEE JAWA PUTI MAZURA


Inilah resepi Mee Jawa yg kena dgn tekak kami sekeluarga.... dpt resepi dr yahoogroups Restoran Pak Amir... la ni xtau la group ni wujud lg ke x... mmg puashati n dh byk kali membuatnya.... alkisahnya, buat kali ni terlupa la plak nk rebus telur... hantam aje la labuuuuuuu.... anyway TQ kpd Puan Puti ye...

MEE JAWA PUTI MAZURA
Dikongsi: My Magic Kitchen

1 kilo mee kuning, dicelur
2 cawan keledek kuning/oren, direbus dan dilenyek
1 cawan udang kering, digoreng dan dikisar
1 cawan udang hidup, direbus dan dikisar
15 tangkai cili kering, direbus
5 ulas bawang putih, diketuk
8 ulas bawang merah kecil, dihiris kasar
1 inci halia, ditumbuk
5 cawan air (lebih/kurangkan ikut kepekatan)
Sedikit belacan, dibakar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Garnish
Telur rebus (sebiji untuk seorang), dipotong 4/5 melintang
Cili hijau dan cili merah dihiris
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang, dihiris
Taugeh, dicelur
Limau kasturi, dibelah

Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia. Pijarkan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan yang telah dikisar dalam (1), sehingga naik bau. Masukkan udang-udang yang telah dikisar halus dan gaul sebati. Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan keledek yang sudah dilecek. Kacau sehingga pekat, kalau terlalu pekat, tambah air. Sesuaikan rasa gula dan garamnya (kuah mee jawa agak manis).

Cara menghidang
Masukkan mee yang sudah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan cili hijau, cili merah, bawang goreng dan taugeh di atas mee. Curahkan 1 atau 2 senduk kuah di atasnya. Letakkan telur di atasnya. Taburkan daun saderi & daun bawang. Letakkan belahan limau kasturi di atasnya. Hidangkan.

Saturday, January 15, 2011

MEE SIZZLING


Resepi ni mmg dh lama ada dlm folder resepi peribadi... hilang ingatan la plak CnP dr mana... skrg ni dh xyah makan kat Gergasi lg... dah boleh buat sendiri... ank2 bole mkn bertambah2... xde siapa bole kisah ye tak.....?

MEE SIZZLING

200gm mee kuning (saya guna milidi - rebus dahulu shgga lembut)
450gm ayam ptg kecil2
1 liter air
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit myk bijan (sy renjis beberapa titik)
2 ulas bwg putih ditumbuk
2 ulas bwg merah ditumbuk
1 sudu besar stok ayam (saya guna kiub pati ayam)
garam (agak2 la sbb dh isi sos tiram & kiup pati ayam)
cendawan tiram rendam dulu, hiris nipis2
3 tangkai cili kering - ptg dan goreng sekejap
tepung jagung - bancuh ngan air
telur jika suka
sawi
halia dihiris

Langkah 1:
Rebus ayam dgn 1 liter air tadi. Kemudian masukkan halia, lada hitam,
kicap pekat, kicap manis, sos tiram, cendawan, cili kering, kiub ayam, minyak bijan, bwg yg ditumbuk dan garam. Biarkan sebentar. Tuang air tepung jagung dan kacau sebati. Setelah mendidih ketepikan.

Langkah 2:
Panaskan kuali non stick dan masukkan mee,kacau sekejap tuang kuah yg panas ke dlm kuali. Pecahkan telur dan masukkan sawi. Setelah sawi dan telur msk (or jika suka 1/2 masak) boleh angkat dan hidangkan.

Tuesday, November 9, 2010

MEE BANDUNG MAHARANI

Terjumpa rempah ni msa dok kemas2 peti ais doremon..... alhmdulillah lum expired lg.... membandung la wiken baru2 ni.... telo pecah sb over gode... x cantik jdinya... pecah seribu... walau bagaimanapun, kesedapan xdpt dinafikan lg & yg pentingnya express gituww... i loiiiiiike... xyah resepi la ye... siapa2 tingin bole contact alamat kt label spt pic no. 3 tu....



Thursday, October 7, 2010

MEE KARI CINA

Waaaaaa.... dapo dh bersawang.... kebizian dgn keja2 ofis n blik rmh layan tempahan kek.... ini menu dah lama buat.... asik tertunda je nk N3.... dpt resepi dr majalah Anis Oktober 2008.... menepati citarasa serta x rugi mencubanya.... ni buat utk kali ke-2....



MEE KARI CINA

Bahan-bahan:

200gm mee kuning - basuh, celur & toskan airnya

Bahan-bahan kuah:
(A) 3 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun kari

Bahan kisar:
3 biji cili kering
2 biji cili merah
3 biji cili api (jika suka)
3 ulas bawang putih
2 bij bawang merah
1 biji bawang besar
50 gm belacan bakar
1 biji buah keras
sedikit udang kering
1/2 batang serai - ketuk
1 ekor ketam - dibelah dua (sy guna sepit ketam)
Sedikit batang pudina
Sedikit serbuk kari

(B) 800 ml santan
200 ml stok ayam

(C) 1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam

(D) 200 gm isi kerang

Hidangan bersama:
100 gm hirisan tauhu goreng
60 gm hirisan bebola ikan
60 gm taugeh
Sedikit daun pudina - sy guna daun sup

Panaskan minyakd alam periuk dan tumiskan daun kari seketika.
Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kari, kacau berterusan kemudian masukkan ketam dan batang pudina.
Kacau lagi supaya bahan tumisan mesra.
Masukkan bahan B dan C. Kacau supaya tidak pecah minyak.
Akhir sekali baru masukkan isi kerang.
Tutup api dan siram kuah di atas mee.
Hias dengan tauhu goreng, taugeh, bebola ikan dan daun pudina.

Wednesday, September 29, 2010

KUEY TIAW REBUS EXPRESS

Lagi request kul 11.30 mlm td... emmmm layan je la.... Boboy1 n Boboy2.... sib baik Boboy3 dh tido... kalu tidak lg kecoh dapo..... gunakan apa yg ada dlm peti ais je... resepi lebih kureng je la yek.... lain2 bahan bole tambah ikut citarasa sendiri... sambal kicap tu Boboy1 yg tlg tumbukkan....



KUEY TIAW REBUS EXPRESS
(utk 2 org makan)

1/2 paket kuey tiaw
1 liter sup Yong Taufu (sila rujuk N3 YTF ye) - atau bole guna stok ayam
Sedikit kobis - hiris halus
Sedikit karot - potong mancis
Sedikit isi ayam - hiris
10 biji fishball - belah 2
2 biji telur
Cili api ditumbuk + kicap

Didihkan sup YTF (atau stok ayam). Masukkan hirisan isi ayam, kobis, karot dan fishball. Oleh kerana sy menggunakan sup YTF x perlu isi garam lg.... setelah menggelegak pecahkan telur dan biarkan, jangan dikacau supaya telur tidak pecah. Setelah telur masak, tutup api. Ambil sedikit kuey tiaw letak dlm mangkuk, cedok kuah + telur. Hidangkan dgn sambal kicap. Siap sbg hidangan tengah2 mlm bila perut anak2 berkeriut.....

Wednesday, September 22, 2010

GORENG MEE VERSI MY MAGIC KITCHEN

Dalam bulan posa yg lalu, mmg kerap goreng mee utk hidangan berbuka or sebagai hidangan sampingan.... mihun je xpenah buat sbb kurang mendapat sambutan.... biasanya cara sy goreng mihun @ mee lidi @ kuew tiaw lebih kurang sama je bahan2nya... kalu ubah pun sikit2 je... disertakan resepi spt sy buat sbg panduan... bole ikut citarasa masing2 ye....



GORENG MEE VERSI MY MAGIC KITCHEN

Mee kuning @ kuey tiaw @ mee lidi (kalu mee lidi kena rebus dulu)

2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar cili boh
hirisan ayam @ sotong @ udang
Fishcake @ fishball
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sedikit garam & gula
Kobis - hiris halus
Lobak merah - hiris mancis
1 biji telur (utk kuey tiaw goreng)
Hirisan tomato, daun sup & daun bawang utk hiasan

Tumis bawang2 & cili boh. Kemudian masukkan ayam @ udang @ sotong (kalu hirisan ayam sebaik2nya rebus sebentar). Tambah sedikit air. Kemudian masukkan pula sos cili, sos tomato, kicap & sos tiram. Kemudian masukkan pula kobis & lobak merah. Biarkan mendidih lalu masukkan garam/gula. Kalu suka stail basah tambah sedikit air masak, kalu suka sebaliknya, setelah air sedikit kering baru masukkan mee (utk kuew tiaw masukkan telur dahulu). Kacau rata, angkat & hidangkan.

Mee lidi goreng
Mee kuning goreng
Kuey tiaw goreng

Tuesday, August 24, 2010

MEE GORENG

Ni menu berbuka hari Isnin.... Boboy1 ckp tingin nk mkn mee goreng... kebetulan sampai rmh pun dh lewat, sggh beli brg2 dapo serba sdkt.... emmmm nmpk mee kuning capai 2 bngkus.... buat dua2 bungkus.... abis dihadap dek 4 org.... berbaki ckit je utk Boboy2 mkn sahur esoknya.... agknya kalu Gegel ada sekali mau xcukup dibuatnya.... resepi main hantam je la labu, ikut yg sy msk aritu.... jnji perut lapar semua sedap....



MEE GORENG SEMPOI

2 bungkus mee kuning (basuh & tuskan)

Bahan tumis:
3 camca besar bawang merah kisar
2 camca besar bawang putih kisar
2 camca besar cili boh
Sedikit minyak

Bahan perasa:
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap

10 biji ciken ball (hiris)
4 ekor sotong (hiris)
1/2 batang karot (hiris mancis)
Sedikit kobis (hiris)
Sedikit air
Garam

Bahan hiasan:
Tomato (hiris)
Daun salad (hiris halus)

Tumis bahan hingga naik bau. Kemudian masukkan segala sos & kicap. Masukkan ciken ball, sotong, sayur2an, garam serta sedikit air. Akhir sekali masukkan mee kuning. Balik2kan hingga sekata or agak kering. Kalu nk mkn mee basah tambahkan lg airnya. Angkat & hiaskan dengan tomato serta hirisan daun salad.

Saturday, July 10, 2010

MEE KARI KETAM, UDANG N AYAM

Waweeeee, tajuk resepi mcm mewah n gempak je mee kari kt my magic kitchen ni.... yg sebnrnya dok selongkar peti ais doremon, recycle pe2 yg patut kasi clear.... terjumpa la sepit2 ketam yg mmg sengaja disimpan utk kegunaan ms darurat utk buat kuah mee kari.... sy dpt petua dr seorang pegerai kira2 20th yg lalu, klu letak ketam or sepitnya akan ada rsa perbezaannya.... percaya la kuah akan dihirup hngga ketitisan terakhir... chewah promo baik punya.... cara2 sy ikut resepi asal cuma bhn2 je yg diubah.... Resepi sumber dr qirah75 myr n CnP dr Dapur Noreen.... TQVM ye....



MEE KARI KETAM, UDANG N AYAM

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1 kg mee kuning - dicelur (sy rebus 2 bungkus mi lidi)
2 senduk kecil serbuk kari
1 sudu besar cili kisar - kalau tak suka pedas boleh kurangkan
1 tangkai daun kari
3 keping asam keping
tauhu pok/kering (sy goreng 2 kpg tahu n potong dadu)
250 ml santan pekat (sy guna santan kotak 200 ml + air)
garam secukup rasa

Sy pandai2 tmbh:
1 cawan sepit ketam (rebus n ambil airnya - sy main campak je dlm kuah)
1 cawan isi ayam
1 paket fishball

Bahan2 penumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Bahan2 tumbuk/kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar udang kering

Bahan2 sampingan:
bawang goreng (xde stok)
sawi - dicelur (tukar karot potong mancis n celur)
taugeh - dicelur (xde stok - mls dh nk vrooom ke kedai)
telur rebus (guna 5 biji)
cili hidup - hiris (xde stok)

Cara:
Kopekkan kepala dan ekor udang, rebus dengan air secukupnya untuk dijadikan stok.
Kemudian tapiskan dan kisarkan kepala dan ekor udang tadi dengan sedikit air ketepikan.
Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air supaya menjadi paste.
Kemudian campurkan cili kisar dengan serbuk kari tadi dan gaul sebati, ketepikan.
Panaskan minyak, tumis daun kari dan bahan2 penumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan2 tumbuk/kisar dan tumiskan lagi sehingga garing.
Kemudian masukkan campuran cili kisar dan serbuk kari dan gaulkan rata.
Tumiskan sehingga naik minyak.
Masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping.
Renihkan dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
Tambahan: Masukkan sepit ketam n ayam.
Masukkan pula udang dan fishball, lalu dikacau rata, biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali barulah dimasukkan tauhu pok/kering dan kacaukan sekejap
Padamkan api.
Hidangkan dengan mee kuning dan bahan2 sampingan yang lain.