ASSALAMUALAIKUM Blog ini terhasil atas dorongan rakan2 serta ingin berkongsi ilmu seciput kurniaan Ilahi untuk dimanafaatkan bersama demi generasi akan datang. Jutaan terima kasih juga kepada yg sudi mencuba resipi yang tidak seberapa ini - sedap, lazat, best, yummy, delicous or 2 thumbs up adalah subjektif..... Komen anda amatlah sy alu-alukan.... Inilah jariah saya selagi hayat dikandung badan....

Thursday, October 7, 2010

MEE KARI CINA

Waaaaaa.... dapo dh bersawang.... kebizian dgn keja2 ofis n blik rmh layan tempahan kek.... ini menu dah lama buat.... asik tertunda je nk N3.... dpt resepi dr majalah Anis Oktober 2008.... menepati citarasa serta x rugi mencubanya.... ni buat utk kali ke-2....



MEE KARI CINA

Bahan-bahan:

200gm mee kuning - basuh, celur & toskan airnya

Bahan-bahan kuah:
(A) 3 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun kari

Bahan kisar:
3 biji cili kering
2 biji cili merah
3 biji cili api (jika suka)
3 ulas bawang putih
2 bij bawang merah
1 biji bawang besar
50 gm belacan bakar
1 biji buah keras
sedikit udang kering
1/2 batang serai - ketuk
1 ekor ketam - dibelah dua (sy guna sepit ketam)
Sedikit batang pudina
Sedikit serbuk kari

(B) 800 ml santan
200 ml stok ayam

(C) 1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam

(D) 200 gm isi kerang

Hidangan bersama:
100 gm hirisan tauhu goreng
60 gm hirisan bebola ikan
60 gm taugeh
Sedikit daun pudina - sy guna daun sup

Panaskan minyakd alam periuk dan tumiskan daun kari seketika.
Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kari, kacau berterusan kemudian masukkan ketam dan batang pudina.
Kacau lagi supaya bahan tumisan mesra.
Masukkan bahan B dan C. Kacau supaya tidak pecah minyak.
Akhir sekali baru masukkan isi kerang.
Tutup api dan siram kuah di atas mee.
Hias dengan tauhu goreng, taugeh, bebola ikan dan daun pudina.

2 comments: