Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts
Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

SPAGHETI CARBONARA MY STYLE

Menu express, biasa la umi yg bz... bila dh ramai cuti2 sek ni, kena plak time ujan... ank2 asik mnta mkn je... ini la hasilnya... layanzzz....



SPAGHETI CARBONARA MY STYLE

1/2 paket spagheti
2 sudu besar minyak zaitun
Air

Bahan sos:
1 tin sos prego carbonara
1 paket sup cendawan maggi
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
1 tin cendawan butang (hiris)
2 helai daun bay
20 biji bebola daging
Sedikit serbuk lada hitam
Air rebusan spagheti
Minyak zaitun utk menumis

Rebus spagheti bersama air dan minyak zaitun. Setelah spagheti masak, tapiskan airnya tetapi jgn dibuang. Air ini akan digunakan dalam sosnya nanti.

Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga naik bau. Kemudian masukkan bebola daging dan sedikit air. Kemudian masukkan pula sos prego dan 1 tin air rebusan spagheti (sukat dgn tin prego td). Akhir sekali bancuh sup cendawan maggi dgn air rebusan spagheti (ikut arahan pada paket), masukkan ke dalam sos td. Kacau hingga pekat. Jika kurang pekat bancuh 2 sudu bsr tepung jagung dgn sedikit air dan masukkan ke dalam sos. Taburkan serbuk lada hitam. Setelah pekat, angkat dan hidangkan. Bole juga tabur keju parmesan di atasnya.

Nota: tidak perlu letak garam sb sos prego & sup cendawan dh sedia masin

Thursday, December 8, 2011

LASAGNA MUDAH


Sebagai pemecah pantang Boboy2 slps seminggu asik mkn yg besa2 aje... So, umi upah Lasagna... resepi main hantam aje la labuuuuu...

LASAGNA

250 gm kepingan lasagna segera

Sos daging (sos merah)
2 sudu besar minyak zaitun
2 biji bwg bsr - potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
500 gm daging cincang
1 tin kecil tomato puri
1/2 kiub ayam
2 cawan air (bole juga guna stok ayam)
Garam
Serbuk lada hitam

Sos keju (sos putih)
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu
125 gm keju mozarella / cheddar
Garam
Serbuk lada hitam

Hiasan: keju mozarella

Cara sos daging: Panaskan minyak, tumis bawang bsr, bwg putih. Masukkan daging cincang dan lobak merah. Kemudian masukkan tomato puri, tomato dadu dan kiub ayam. Masukkan kiub ayam & air. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Sos biar agak berair, jangan kering sgt.

Cara sos keju: Cairkan butter dan masukkan tepung, masak dgn suhu sederhana. Masukkan pula susu, kacau hingga rata. Perasakan dgn garam, serbuk lada hitam. Akhir sekali masukkan keju dan kacau dgn api perlahan sehingga keju cair.

Cara menyusun:

Panaskan oven 180 darjah Celsius. Gris bekas pembakar. Tuangkan sos daging di dasar bekas pembakar dan ratakan. Letak kepingan lasagna & susun hingga menutup sos daging td. Tuang & ratakan pula sos keju. Buat berselang seli sos daging, lasagna & sos keju sehingga beberapa lapisan. Akhir sekali di bahagian atas tabur parutan keju dan bakar 35 - 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan seketika sebelum menghidang.

Nota: Pastikan setiap kali melapis sos betul2 menutupi setiap kepingan lasagna

Friday, March 4, 2011

BAKED MAC & CHEESE


Resepi ni sy mmg biasa sgt buat... tulisan merah pindaan sy sndiri.... dpt dr Resepi.net sumbangan Dee.... dh belayar ke Seremban... psttt dh buat biz kot.... TQ kpd yg empunya resepi ye....

BAKED MAC & CHEESE

250 g spiral pasta brand San Remo (guna brand San Remo sebab spiral dia kecik-kecik comel so bila masak masih maintain comel) - sy guna je pe yg ada dlm stok

Rebus spiral pasta ikut arahan kat plastiknya. Bila dah masak, angkat dan toskan sampai kering.

1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
220 g tomato puree brand Du Chef (tin sedang) - sy guna 3 biji buat tomato - potong dadu
400 g daging cincang cap Ramly
250 g cheddar cheese - diparut
100 - 200 g fresh milk (1 gelas air + 2 sudu besar susu tepung)
2-3 helai bay leaves (yang kering punya)
Rempah oregano
Tepung gandum 1 sudu besar

Sy tambah:
1 sudu besar lada kering kisar
1 sudu kecil lada hitam

Sos Merah
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih termasuk (lada kering kisar + lada hitam).
2. Selepas naik bau masukkan daging cincang. Tumis hingga daging jadi putih-putih sikit. Jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree. Api jangan kuat sangat.
4. Koyak-koyakkan bay leaves masukkan dalam sos. Taburkan rempah oregano. Kacau rata.
5. Perasakan dengan garam dan gula.

Sos merah ni jangan kering-kering sangat sebab kalau kering sangat nanti rasa pasta tu very dry. Boleh juga gunakan sos spaghetti yang segera tu macam cap Prego ke Dolmio ke kalau tak tahan masam tomato puree.

Sos cheese
1. Masukkan susu ke dalam periuk atas api kecil.
2. Masukkan terus cheese yang dah shred tadi. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum sesudu tu.
4. Kacau sampai semua cheesecair dan sebati.

Campuran ni jangan cair sangat nanti tak cantik bila dituang atas macaroni.

Ok .. lepas dua dua siap. Sos merah tadi dicampurkan dengan pasta spiral yang dah siap tu. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan dalam bekas. Agak-agak dah tuang separuh adunan, tuangkan campuran cheese jadikan ia satu layer atas pasta tadi. Kendian masukkan lagi balance pasta tadi sampai habis. Tuangkan lagi satu layer cheese diatasnya.

Kalau nak lagi mengancam taburkan shredded cheeseatas layer atas ni dan bakar sekejap hingga golden. (Yang ni optional ye). Siap !

Nota My Magic Kitchen:

Kebiasaannya sy buat cenggini, masa nak buat sos putih tu, sediakan periuk + air + tepung gandum + parutan cheese. Dah siap semuanya baru letak atas api .... kacau sentiasa. Mcm kali pertama sy buat dulu sos ni hangus sikit sbb terkial2 cari tepung, last2 adunan bergentel ... x cantik. Kena 2 kali keje, nak nampak lawa masukkan dlm blender plak.....

Pastu sukatan tomato puree pun sy x ikut, agak2 la bimbang masam sgt .... alternatif lain guna buah tomato

Nak tambah carot + cendawan butang pun boleh kata chef asalnya, ala2 bolognese la jadinya...... klu guna fusilli spiral yg colorful tu brand San Remo mmg comel2, kalu brand lain bila dah kembang dekat besar ibu jari besarnya...... bole juga gunakan pasta yg bentuk ribbon, shell or ABC tu ..... nak buatnya pun senang sgt.... try la.....

Wednesday, January 19, 2011

SPAGHETI BOLOGNESE STYLE MASTURA


Masa kecik2 dolu mmg xpenah mkn spagblog ni... dgr nama pun dok blur2 sutun je xtau rupa/rasa cnmne... la ni dh jd menu peberet la plak terutama the only gegerl... Boboy1 plak suka mkn kuah aje, so kuah mmg kna buat extra.... diperkenalkan oleh adik... inilah resepinya yg telah dia ubahsuai ikut tekak Melayu.... penah sy hidang kpd MIL n beliau komen sedap, x masam spt yg penah beliau makan.... penah juga bwa ke ofis, msg2 minta resepi... tp xtau la dia org tu buat ke tidak... hihihi.... ekceli resepi ni dh belayar merata di kalangan klga tetapi baru kali ni sy N3 dlm blog... sejak terjebak dlm dunia blog ni ank2 pun dh faham... sblm senduk nk mkn tu siap bertanya lg, umi dh amik gmbo ke...? layan je la hobi baru umi dia org yek.... TQVM ye Mas, moga murah rezeki dgn perkongsian resepi ni...

SPAGHETI BOLOGNESE STYLE MASTURA
Sumber: Mastura (my only sister)

1 packet spaghetti (<> utk makan 8 orang) - ikut instruction pd packet semasa merebus, letak secubit garam + minyak sesudu (recommended: olive oil)

Kuahnya:
3 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih
7 biji lada hitam - (<>1 sudu kecil), tumbuk kasar.
1 ulas (sederhana) @ 2 ulas (kecil) bawang besar (yg merah/india) - potong kiub
1 sudu besar ciliboh (terpulang ikut kepedasan)
1 sudu besar gula
300 gram daging cincang
Sedikit air
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil italian herbs
1/2 sudu kecil lada sulah
1 tin kecil atau 1/2 tin besar tomato puree/paste
4 biji tomato, boleh tambah kalau suka masam - potong kiub
1 tin cendawan butang - hiris
1 batang - potong kiub carrot
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Optional:
1-2 helai daun bay
7 biji lada hitam muda jeruk

Cara (masa masak <> 1 jam):
Tumis bawang besar, bawang putih dan lada hitam hingga wangi, kemudian masukkan ciliboh dan gula. Kemudian masukkan daging dan air, kacau rata. Kemudian barulah masukkan tomato puree, cendawan, tomato dan carrot. Biarkan mereneh. Jgn lupa letak garam secukup rasa. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan lain-lain bahan dan bancuhan tepung jagung 10 minit sebelum masak. Balancekan rasa pedas, masam, manis & masin nya.

p/s : Kalau nak banyak sayur: tambah/lebih tomato puree - nak jdkan sos lebih byk , then tambah cendawan butang & carrot.

Tuesday, July 6, 2010

MY MAGIC FRIED KITCHEN OPSSSS..... MY MAGIC FRIED CHICKEN

Dh lma tingin nk try msk western cenggini.... kebetulan smlm Boboy-2 demam, hari ni kna la msk sesuatu yg menarik selera dia yg tgh not in the good mood tu.... emmm berbaloi lps blik keja terus lipat lengan baju mulakan main pondok2.... bertambah2 dia mkn wlupun saki baki demam msh ada... resepi aym KFC dr dapur Yatie UK, cheesy wedges dr dapur Rinnchan, kentang putar dr dapur Milee n coleslaw dr Rnet.... abis dapur rmh org sy geledah... hihihi.... sy minta izin CnP ye n TQVM.... lain kli nk dtg geledah lg...

AYAM KFC

Resepi asal adalah dari Ijan Finland dan Yatie UK C&P resepi ni dari dapur As N.Zealand. Sy plak CnP dr rmh Yatie. Kebetulan semuanya dok kat obersi....



Bahan Untuk Perap Ayam (bhn2 sy agk2 sbb buat ckit)
6-8 ketul ayam (Yatie guna 1 ekor-dipotong 12 - sy guna 4 ketoi je)
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili (sy guna serbuk paprika, sama ke dgn serbuk cili?)
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
3 ulas bawang putih ditumbuk (Yatie guna garlic powder)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili (sy guna serbuk paprika)
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

=> 2 biji telur(dikocok2 je) - sy guna 1 biji je

Cara-cara
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing (Yatie goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk, sy goreng dlm kuali)
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.


CHEESY WADGES



Bahan-bahan:
500 gm kentang baji sejukbeku (sy guna 3 biji kentang)
5 keping keju oren (lg byk lg sedap)
1 camca besar butter
1 camca besar tepung gandum
1/2 cawan susu segar (sy gnti 1 camca besar susu Boboy-3 + air 1/2 cawan)
2 camca besar yogurt (xde stok)
Mayonis

Cara-cara:
Goreng kentang hingga garing, ketepikan.
Cairkan butter di dalam kuali x melekat dgn api yg kecil. Masukkan tepung n kacau rata.
Tambah susu n kacau lg sehingga pekat.
Masukkan keju n kacau lg sehingga keju larut.
Masukkan yogurt n kacau.
Masukkan sos keju n mayonis ke dlm piping bag yg berlainan.
Paipkan ke atas kentang.
Sedia utk dihidang.

Nota:
Sy menggunakan kentang segar, celup dlm lebihan telur n tepung goreng ayam tadi


KENTANG PUTAR



Bahan-bahan:
10 biji kentang (buang kulit, potong dadu n rebus bersama garam) - sy guna 3 biji
1 sudu kecil lada hitam
1/2 cawan susu segar (sy gnti 1 camca besar susu Boboy-3 + air 1/2 cawan)
Secubit garam

Cara-cara:
Rebus kentang hingga empuk n tuskan, lenyek dgn senduk. Kemudian putar dgn hand mixer bersama serbuk lada hitam n susu segar hingga halus n gebu.

Sosnya:
650 ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bwg besar dicincang
1 btg sadri
40 gm butter
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 susu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat manis

Cara-cara:
Masak air bersama stok ayam, bwg besar n sadri. Angkat n tapis ambil ainya sahaja. Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau dgn api perlahan sehingga tidak melekat pd tepi periuk. Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit n kacau sebati sehingga tidak bergentel. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam n beberapa titis kicap utk perangkan warna sos. Hidangkan bersama kentang putar.


COLESLAW



Bahan-bahan:
1/2 bahagian kobis cina (sy guna kobis bulat) - hiris halus
1/2 bahagian kobis ungu (sy pandai2 tmbh) - hiris halus
2 batang lobak merah (sy guna 1/2 btg) - sagat
3-4 camca besar mayonis (sy guna 2 camca besar)
1/2 cwn yogurt nestle (x letak)
Salad dressing (x letak)
1 camca teh gula

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan, masukkan dlm peti ais sementara menunggu utk dihidang.