Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, March 25, 2011

IKAN TALAPIA MASAM MANIS


Ni menu hari Ahad aritu.... sampai dr kg dh kul 2 lebih.... ank2 dh ckp lapar.... dgn pantas lg tangkas umi berkelentung kelentang di dapur msk ikan yg dibawa balik dr kg.... terhasil la menu tergempar n ank2 puji "TERBAIK"..... ni apa yg sy buat aritu.... layan....

IKAN TALAPIA MASAM MANIS

1 ekor ikan talapia (gaul garam + kunyit & lumur dgn tepung jagung)

Bahan2 tumis:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 labu bawang besar
1 sudu besar cili kisar

Bawang putih, halia n bawang besar ditumbuk.

Bahan sos:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air

Bahan2 hiasan:
3 keping nenas dlm tin
1/2 biji capsikum hijau (nk guna yg warna merah or kuning, bole aje)
3 inci lobak merah

Semuanya dipotong dadu.

Goreng ikan, nk garing or x garing tu terpulang kpd individu. Ank2 sy x suka garing, so agk2 aje la tahap masaknya.... tepung lebihan gaul ikan jgn dibuang.... nnti nk dijadikan sebagai pemekat kuahnya....

Semua bahan tumis ditumis hingga wangi. Kemudian masukkan air & bahan2 sos lalu masukkan nenas, capsikum n lobak merah. Akhir sekali lebihan tepung lumur ikan td dicampur dgn sedikit air n masukkan ke dalam kuah. Setelah agak pekat, angkat kuah n siram atas ikan.

Tuesday, March 15, 2011

IKAN KERISI SUMBAT KELAPA


Dh lama sgt tingin nk mkn ikan kerisi msk sumbat cenggini.... idaman kalbu nk ikan yg besar, kenit cenonit x besh.... bkn stkt mkn dgn nasi, belen2 tu akan diratah hingga abis.... mmg sonok sgt smpi x hengat donia.... layan resepi campak2 ikut yg sy buat aritu....

IKAN KERISI SUMBAT KELAPA

1 ekor ikan kerisi (yg besar punyeee baru besh....)

Bahan sumbat:
1 genggam kelapa parut
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu sambal belacan (baki aritu simpan dlm esbok)
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Ikan kerisi dibelah tang belakang & x perlu dibuang sisik. Nak gaul garam & kunyit bole aje tp sy abaikan.... lebih suka rasa manis asli ikan tu... Tumbuk bawang besar, bawang putih & kelapa parut. Campurkan dgn sambal belacan, kicap, garam & gula. Gaulkan. Masukkan ke dalam ikan kerisi td. Bungkus dgn aluminum foil, bakar selama 15 - 20 minit. Angkat n hidangkan sama ada nk cicah dgn kicap + lada potong. Sy makan begitu sahaja, bahan2 sumbat tu dh cukup selera digaul bersama nasi.

Monday, November 8, 2010

IKAN XTAU MASAM MANIS

Ikan ni MIL bg masa g rmh dia 2 mggu lps... dh keras kejung sekeping dok dlm freezer tu... oleh kerana kesian kesejukan buat la masam manis.... resepi main campak2 je.... so, dh xde baki lg, abis campak2 dlm peyut ank2....



IKAN XTAU MASAM MANIS

1 keping ikan xtau (bole guna tenggiri/bawal) - dilumurkan sedikit garam dan kunyit
2 camca besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar cuka
2 camca besar bawang besar kisar
1 camca besar bawang putih kisar
1 camca besar halia kisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak

Panaskan minyak dan goreng ikan yg telah dilumur garam/kunyit. Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan. Di dalam kuali yg sama, tuang minyak gorengan tadi & tinggalkan baki untuk menumis sahaja lalu tumis bahan2 kisar hingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit air serta sos tomato, sos cili dan cuka. Akhir sekali masukkan bawang hiris bulat serta garam/gula. Masak hingga agak pekat. Tuang ke atas ikan yg telah digoreng tadi.

Wednesday, November 3, 2010

PATIN MASAK TEMPOYAK

Patin ni diimport dari Temerloh... setiap kali balik kampung, akan beli sekor yg besar punyeeeee, simpan dalam freezer, bila tingin nak makan bole masak aje.... ni style mak sy yg buat... so, resepi tradisi turun temurun la yek....



PATIN MASAK TEMPOYAK

1 ekor ikan patin - dibersihkan
2 inci kunyit
10 butir cili padi - pedas ni, kalau nak lebih lagi tambah la lagi
3 sudu makan tempoyak
garam secukup rasa

Tumbuk kunyit, garam bersama cili padi hingga lumat. Gaul dengan tempoyak. Kemudian lumurkan ikan dengan paste tempoyak. Susun ikan di dalam periuk, kalau boleh jangan ditindih antara satu sama lain. Masak di atas api tanpa isi air lebih kurang 5-8 minit. Akhir sekali masukkan air separas dengan ikan. Masak hingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya kira2 15 minit. Hidangkan.



Nota: resepi ni bole juga dibuat Pais Patin... paste tempoyak tadi spt biasa dilumur pada ikan, perap, bungkus dengan daun pisang, kemudian bakar/kukus.... emmm yum yum yum...

Thursday, September 30, 2010

IKAN PEDAS SEMPOI LAIRA

Resepi ni mmg dh lama sy simpan.... nama penyumbangnya ialah Laira dari salah satu yahoogroups yg sy join.... jika Laira terbaca blog sy ni, TQVM ye kongsi resepi yg sempoi mcm ni.... bkn sahaja senang malah sedap sgt... terus derhaka diet yg diamalkan selama ni.... ekceli boleh gunakan apa sahaja spesis ikan.... percubaan pertama kali ni sy guna ikan talapia.... bahan agak2 je ye... sy CnP resepi asal dr Laira....



IKAN PEDAS SEMPOI LAIRA

Ikan dah cuci bersih, lumur garam ngan kunyit serbuk kemudian goreng (cam ikan goreng biasa). Angkat, ketepikan.

Tumbuk semua bahan ini - tumbuk kasar. (Kalau nak blend jgn blend halus, blend kasar-kasar aje sekadar hancur gitu-gitu aje dan blend jgn bubuh air): (sy blend halus, mmg stok tersedia camtu, lain kali nk try versi kasar2 plak)

Garam, bawang merah, bawang putih, cili merah (kuantiti banyak), sedikit cili padi (kalau nak pedas lagi). Tips nak memudahkan ramuan jadi hancur kasar, potongkan kecil-kecil dahulu kesemua bahan baru senang nak tumbuk.

Panaskan minyak dlm kuali, kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk. Goreng sehingga nampak ia mengering atau sedikit garing. Siramkan dengan sedikit air hirisan limau sambal/limau nipis serta sedikit shj gula (pemangkin utk merasa lemak dlm makanan ganti aji). (Kalau takder boleh gantikan dgn asam keping, masukkan ajer sekali bersama bahan tumbuk pada memula tumisan) . Rasakan masam, masin nyer. Kalau suka nak bubuh perasa pun boleh.. ikut suka. takpayah pun takpe

Pastue masukkan ikan, gaul-gaulkan . Dah jadik daaa.... Nyam, nyam. Kalau tak habis, simpan diluar takpe .. tak basi punyer kecuali kalau suka cekut-cekut pakai tangan pastue tinggalkan he he he... kalau rasa-rasa nak perhangat boleh tak jadik hal...microwave atau kuali sama shj... Selamat mencuba!!

Nota: sy tambah bawang besar hiris bulat2 & abaikan gaul terus ikan dengan sambal, ambil kira anak2 kenit yg fobia pedas ni... so, siram kt bahagian atas je.... yg bahagian sebelahnya boleh le dia org makan plak....

Wednesday, September 29, 2010

IKAN TALAPIA BAKAR ALA NYONYA

Resipi CnP dr blog Jun... emm xyah komen panjang2... mmg teramat la sedapnya.... bole buat paste byk2 n frozenkan.... bila nk bakar atau kukus ikan dh senang... sy buat ikut Jun iaitu versi bakar.... Jun guna ikan siakap, sy guna ikan talapia... emmm x cukup sekor ratah sorang2.... hihihi.... maaf visual krg memuaskan sb kelam kelibut nk berbuka....



IKAN TALAPIA BAKAR ALA NYONYA

1 ekor ikan siakap (bersihkan ikan) - sy guna ikan talapia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan - xde stok
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
sos thai secukupnya
jus limau nipis secukupnya (Jun guna 1/2 biji lemon)
garam,gula, perasa secukupnya.

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga lumat.
2. Tumis hingga wangi dan pecah minyak kemudian sesuaikan rasa garam dan manisnya.
3. Lumurkan ke atas ikan siakap dan kukuslah hingga masak.
4. Hidangkan dengan nasi panas. Layan!

Wednesday, September 1, 2010

SIAKAP BAKAR


Ni menu beberapa hr yg lps.... sori sb kebizian yg amat + tenet slow kalah sifut vavi... curi2 msa nk updet dapur yg dh bersawang ni..... resepi sos rujuk Sotong Bakar di bawah label Sotong.... sy mmg buat lebih mmg dh cdg utk bakar ikan plak.... nmpk sdkt rentung kan? haa amik ko siakap, kes nk mkn pns2 n bakar dh dkt waktu berbuka, so bila dh rsa mcm xdan besaukan api.... gitu la kesnya.....

Monday, August 23, 2010

IKAN KERISI BAKAR

Menu berbuka 2 hari berturut2 (Sabtu & Ahad)... peberet ni... abis semua sy ngap sorang2.... ank2 cubit ckit2 je... hari Sabtu bakar dlm aluminium foil tp hari Ahad aluminium dh yelek, sib baik ada daun kunyit itupun 2 lai je... cukup le... tgk la abis rentung si daun kunyit tu tp bau harum semerbak.... sy suka bakar gitu je (tanpa lumur garam or kunyit)... lebih terasa keaslian ikannya ditambah plak ikan segar n besar.... pencicahnya cuma kicap, perah limau kasturi, racik bwg besar & penyet lada kecil... fuhhh x hengat donia....


Saturday, June 19, 2010

TUMIS BERLADA IKAN SARDIN

Oleh kerana dh penat wat donut dlm keadaan huru hara dikacau oleh 2 boboyz, maka msk yg simple2 je tghari ni.... resipi simple, cepat n sedap.... so, layanzzzzzzz



TUMIS BERLADA IKAN SADIN

1 tin ikan sardin

Bahan tumbuk:
1 biji lada besar
10 biji cili api
3 ulas bwg puteh
5 ulas bwg merah
Sedikit garam

1 keping asam keping

Goreng ikan sardin, tutup kuali nnti meletup2. Kemudian angkat dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan sdikit air, sos ikan sardin n asam keping. Kemudian masukkan ikan sardin kacau. Angkat dan hidang.