Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

UDANG GORENG KUNYIT



Resepi yg simple n campak2 aje... menu tergempar di kala waktu mencemburui....

Gaul udang dgn kunyit, garam & sedikit sos tiram. Perap sebentar. Kemudian panaskan minyak, tumis udang tadi. Masukkan hirisan bawang besar & sdkt air. Kacau sebentar, angkat dan hidangkan.

Tuesday, July 27, 2010

UDANG GORENG KUNYIT

Mcm msk ayam goreng kunyit gak cuma tukarkan udang je..... sukaaaa sgt menu camni, all in a pan.... nak resepi sila rujuk label ayam ya....



Thursday, July 1, 2010

UDANG BUTTER

Resepi amik dr Milee's Kitchen dimasak oleh cik abgnya....
hasil yg amat la mabelesnya...
mlm ni amik dinner gara2 teruja dgn udangnya....
hai derhaka diet npknya....
xpe2 ni kna seminggu plak xleh mkn nsi la gayanya... hihihi...
resepi CnP dr dapur Milee.... anyway TQVM En. Zaidi n Pn. Milee ye....



UDANG BUTTER

15 ekor udang
1 kiub ayam knoor
setengah tin susu cair
5 tangkai daun kari
10 biji cili padi
1/2 biji butter cup
10 biji kuning telur
1 kotak tepung tempura @ KFC (sy gna tpg jagung + garam + kunyit, tpg tempura yilek)
minyak masak

Cara-cara:

Udang:
Bersihkan udang buang misai dan dibelah belakang basuh dan perapkan dgn tepung tempura selama 15 mnt dan goreng sehingga kuning keemasan.

Daun kari & cili:
Panaskan minyak masak goreng cili bersama daun kari sehingga agak garing.

Kuning Telur:
Panaskan 1/2 cwn minyak bersama 3 sudu makan butter, guna api pelahan, kacau kuning telur hingga sebati, titiskan sedikit demi sedikit ke dlm minyak td sambil mengacau dlm bentuk bulatan sehingga telur menjadi seperti benang berwarna kuning. Tuskan. Ulangi sehingga telur habis(part ni sy kureng puas hati sb xjdi benang2, jdi berkeping2 je, mgkn kna tgk live demo)

Susu cair:
Panaskan baki butter tadi sehingga cair, masukkan 1/2 tin susu cair dan kiub ayam, kacau hingga mendidih. Masukkan udang, cili, daun kari yang telah digoreng tadi, ke dlm susu yang telah mendidih. Campurkan separuh dari bebenang telur tadi dan gaul sehingga sebati.

Angkat dan tuangkan ke dlm pinggan. Taburkan telur selebihnya ke atas udang. Sedia untuk di makan.



Wednesday, June 30, 2010

UDANG MASAK LEMAK CILI API

Juadah utk dinner mlm ni... masak simple2 je... Boboy2 n Boboy3 bertambah2 mkn nsi.... ekceli sdkt pedas,so udang yg mrk nk mkn kena basuh terlebih dlu... kureng la ckit pedasnya.... resipi kali ni main campak2 je apa yg ada dlm peti ais n laci doremon....



UDANG MASAK LEMAK CILI API

300 gm udang
1 batang serai
200 ml santan kotak
1/2 cawan air
1 inci asam keping

Bahan tumbuk:
7 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit garam

Renihkan santan, air, serai, asam keping dan bahan2 tumbuk. Kemudian masukkan udang. Kacau hingga menggelegak. Masak sekejap je nnti udang jd liat, setelah itu angkat n hidangkan.

Friday, June 11, 2010

UDANG SOS

Masakan simple kegemaran ank2....



UDANG SOS

500 gm udang
2 camca besar bwg merah kisar
1 camca besar bwh putih kisar
1 camca besar cili kering kisar
2 camca besar sos cili
3 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap
1 biji bawang besar (hiris)

Gaul udang dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. Di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Akhir sekali masukkan udang dan bawang besar hiris. Jika suka kuah tambahkan sedikit air. Perlu berhati2 jika nk tmbh garam kerana udang telah digaul bersama garam dan kunyit.

Saturday, June 5, 2010

GULAI KUNYIT LENGKUAS UDANG

Kebetulan stok udang mmg sedia ada dlm peti ais.... dh xtau nk msk style cmne.... alhmdulillah kak liza share plak resepi dlm FB.... acara menerai pun bermula dgn merujuk resipi n memasak ditemani oleh miss lappy ku....



GULAI KUNYIT LENGKUAS UDANG
Sumber: Hanieliza

Bahan-bahan:
1 kg udang besar [bersihkan]
2 cawan santan [1 biji kelapa] -
200 gm kacang panjang [potong pendek] - sy guna karot
3 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit [koyakkan]
3 sudu besar minyak
garam

Bahan Mesin:
3 tangkai cili merah
15 tangkai ciliapi
3 cm lengkuas
2 batang serai
3 ulas bawang merah

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan dan asam gelugor. Masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bila pekat masukkan udang, kacang panjang, garam dan daun kunyit.
4. masakkan sehingga pekat dan udang masak betul.
5. Hidangkan.

Sunday, May 30, 2010

UDANG TUMIS KARI

Menu tengahari ni.... masak cincai2 je....



UDANG TUMIS KARI

500 gm udang (bersihkan, buang kepala n jalur hitam di belakangnya)
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 camca besar serbuk kari
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam (agak2 je)
10 helai daun kari
2 camca besar kicap

Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Campurkan serbuk kari dgn sedikit air (jadikan paste). Kemudian tumis paste kari, daun kari, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Setelah itu masukkan udang. Agak2 udang dah layu masukkan pula kicap. Kacau rata. Jika suka berkuah, tambahkan 1/2 cawan air.