Showing posts with label My farmville. Show all posts
Showing posts with label My farmville. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

MARI KITAR SEMULA 2

Lg sekali gunakan bahan2 terbuang dlm projek hobi kebun di sekeliling rmh... semasa jamuan mmg digunakan, kita lihat merata2 dibuang dan mmg xde siapa yg nk guna semula... so, jgn segan jgn malu... kita kutip n bw balik rmh... then jalankan projek kita sbgmana gmbar....





Barisan anak cili api sdg menunggu utk dipindahkan ke dlm pasu yg lbh bsr... semasa pemindahan, hanya pecahkan aje cawan/mangkuk tersebut... senang kan...?

Bole juga rujuk blog tanamsendiri.com yg mana pemilik blog En. Iskandar menggunakan kotak tetrapak sbg pasu semaian...

Monday, December 12, 2011

MARI KITAR SEMULA 1

Utk bercucuk tanam sbg hobi x perlu keluar modal yg bsr... di antara yg bole diguna semula ialah kotak polisterin yg biasa pemancing letak ikan or peniaga letak air batu... nk dpt pun senang... rajin2 la melawat ke tong sampah pasaraya bsr, insyaAllah 99% pencarian tidak mengecewakan... dgn syarat jgn malu... ala bukannya mencuri, klu dh letak kt tong sampah tu mmg dh xnk kan... tp kena bersedia sb tong ni dikutip dr tong sampah, bau ikan, bau sampah mmg dh sinonim... so, pastikan bonet kereta terlebih dahulu dialas dgn surat khabar n sediakan pewangi kereta yg ckup... tp klu dh minat apa pun x kisah ye tak...? Kotak2 ni kira untung nasib gk... kdg2 dpt yg elok, klu sebaliknya jgn risau... msh bole digunakan cuma kena kreatif ckit la...

peralatan diperlukan: gunting, pisau & pita pelekat

mula2 tebuk beberapa lubang dgn pisau di bahagian bawahnya

polisterin yg pecah msh bole diguna

kemudian lekat dan kelilingkan dgn pita pelekat dr pelbagai sudut

taraaaa... dh siap n bole la isikan tanah... tp make sure xbole dialih2 lg sb apabila isi tanah ianya akan berat n kalu dialih2 kotak akan pecah... so, pastikan betul2 kedudukan kotak sblm isi tnh...

lihat la betapa selesanya Cik Kangkung n the gang menginap di sini... sblh hdpn kanan tu adalah Cik Cekur Manis

Selain blog kwn2 sekebun, ini pun inspirasi sy... snap dr dlm keta msa stop kt trafik lite...

Friday, December 9, 2011

PROJEK BARU SAYA....

Berkebun... dh lama benar sy tinggalkan... dr kecil sy membesar dgn hasil kebun... hobi mak abah adalah berkebun dr muda hingga kini... pelbagai tanaman yg ditanam... tumbuhan herba, sayur-sayuran dan juga pokok buah-buahan... mmg nikmat menghadap hidangan dari hasil kebun - petik, masak, hidang n menjamu selera... segar dr kebun....

Semasa sekolah menengah dlu pun sy ikuti kelas Sains Pertanian dari ting. 1 hingga ting. 5... menternak ayam, tanam sawi, bayam, belajar permainan beradas dan sebagainya... masih sy ingat lg semasa ting. 1 dipaksa oleh Cikgu Rahim yg garang tu menggaul najis ayam dengan jari jemari n tanganku yg halus mulus - tidak dibenarkan memakai sarung tangan... walaupun geli tp lakukan juga dlm paksarela sb takut punya pasal... hihihi

Walau pun ruang bercucuk tanam amat terhad, dgn merujuk blog byk idea yg bole diadaptasi agar menjadi realiti... Beberapa blogger telah menaikkan jarum meter semangat sy utk mengorak langkah berkebun... di antaranya ialah tanamsendiri.com, salam2benua.blogspot.com, kebunmalaykadazangirls.blogspot.com dan ramai lg yg menjadi inspirasi/rujukan sy....

Layan sebahagian drpd penghuni my small farmville...

Limau kasturi sedang berbuah


Bendi baru bercambah, akan dipindahkan ke dalam pasu


Bawang, hasil tanaman Boboy2 dan Boboy3


Kangkung & keledek ditanam dlm tangki air terpakai... fungsi pggn polisterin utk elak dr gangguan sang berbulu


Kacang panjang baru bercambah, sedikit masa lg perlu trellis


Keratan San Choy (remayung)... sayur peberet ni...


Pandan, sebelah tu npk ckit adalah kunyit
Cambahan kailan & sawi... ekceli byk benih yang ditabur tetapi dihanyutkan oleh hujan dan juga dikais oleh penghuni berbulu yg ada di rumah ni....
Kangkung, hasil tuaian pertama...

Kangkung goreng.... wallaaaa semua anak suka siap meratah2 lg.... BERKEBUN... salah stu cara menarik minat ank2 mkn sayur...