Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Friday, November 11, 2011

MY PEBERET SALAD


Ni la my peberet salad... nk buat pun senang... xde sukatan khas main campak2 je... sukatan di bawah adalah anggaran sahaja utk rujukan anak cucu akan datang... yg penting kalerful menarik minat boboyz makan sayur... layanzzzzzz

SALAD

2 helai daun salad
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum kuning
1/2 labu awang besar
3/4 biji limau sunkist
Jus limau sunkist dari 1/4 limau sunkist
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Basuh dan toskan sayur-sayuran. Boleh juga lap dgn tisu. Hiris/potong ikut citarasa. Akhir sekali masukkan dalam mangkuk, perah limau lalu gaulkan dgn mayonis, garam & lada hitam. Hidang segera bersama roti atau makan begitu sahaja.

Friday, August 26, 2011

SAWI PAKCHOY TAUHU JEPUN


Lagi berbuka dgn sayur dimasak simple...

SAWI PAKCHOY TAUHU JEPUN

4 batang sawi pak choy
1 batang tauhu Jepun
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Sedikit garam

Buang akar sawi, style sy kerat batang & daunnya. Potong tauhu jepun & goreng. Kalu rajin lumur dgn tepung jagung baru goreng. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan sawi dan sedikit air. Kemudian masukkan sos tiram & garam. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, angkat & hidangkan.

Nota: Sawi boleh juga dicelur, susun sawi & tauhu dalam pinggan lalu dicurah kuahnya


Wednesday, August 24, 2011

SAYUR CAMPUR



Sayur yg ringkas utk berbuka puasa. Padanan lobak, kobis & salad. Xperlu resepi la yek... jamu mata aje...

Monday, June 13, 2011

OLE-OLE DARI KAMPUNG....

Sy dgn bangganya mengaku berasal dari kampung... Tempat tumpah darahku - Kg. Pangsenam, Temerloh, Pahang. Walau bagaimanapun, sy dibesarkan di merata2 daerah dlm negeri Pahang, yg mengikut abah bertugas dengan jabatan Kerajaan pada waktu itu. Dan kini, abah telahpun pencen dan kembali bermastatutin di kampung.

Setiap kali mak/abah berkunjung ke rmh, berbagai2 hasil dari kebun sebagai ole2 akan dibawa. Di antaranya ini, peberet kami... kacang brandi opsss... kacang bendi.... yg warna merah tu mmg spesis camtu... biji benih sy beli kt sebuah pasaraya di Temerloh, alhamdulillah membuahkan hasil sampai boleh buat jualan pulak tu....



Dan hasilnya, bendi rebus n cicah dgn lada kicap.... anak2 siap meratah2.... sayur fresh ofkoz manisnya ori.... TQ mak/abah...

Thursday, April 7, 2011

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM



Ekceli dpt beli cendawan tiram fresh, masak simple2 aje pun sedap.... x sangka rakyat kt rmh ni suka rupanya.... sampai meratah2 n hirup kuahnya... selalu tu pandang sebelah mata pun x... agaknya penangan yg fresh kot...

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM

Cendawan (ikut suka nk letak banyak mna... aritu sy guna 1 mangkuk saiz sederhana)

Bahan tumis:
3 biji bawang putih (ketuk)
1/2 biji bawang merah (hiris)
10 ekor udang

Sos tiram
Sedikit garam
Sedikit air

Basuh cendawan di bawah air paip mengalir. Kemudian cendawan yang lebar tu disiat 2 or 3, yg kecik x perlu siat lg. Kemudian tumiskan bawang putih n bawang merah. Masukkan udang, cendawan, sos tiram, garam & sedikit air. Tutup kuali. Biarkan 5 minit. Kemudian kacau, agak2 cendawan dh masak angkat & hidangkan.

Tuesday, March 15, 2011

BROCOLI MUSHROOM TRAFFIC LITE


Lg sekali menu traffic lite.... emmmm laris di pasaran gtu.... menjadi juga trick umi supaya Boboy2 n Boboy3 mkn sayur.... 1 per 1 dikutip sayur2 kalerful tu.... jgn heran dlm mskn sy byk guna crab stick... alternatif ikan bilis... kalu letak ikan bilis rakyat jelata dok kutip n buang.... drpd membazir lbh baik substitute dgn yg dia org suka makan... layan resepi campak2 aje ye.....

BROCOLI MUSHROOM TRAFFIC LITE
Sumbangan: my-magic-kitchen

1/2 pokok brocoli
1 paket cendawan tiram
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum hijau
1/2 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
Sos tiram
Sedikit garam

Tumis bwg besar n bawang putih, masukkan brocoli, capsicum, cendawan, jejari ketam n perasa. Masukkan 2-3 sudu air, tutup kuali dgn tudung periuk. Biarkan 2-3 minit. Buka tudung periuk, gaul2, angkat n hidangkan.

Sunday, March 13, 2011

BROCOLI LOBAK MASIN


BROCOLI LOBAK MASIN

1 pokok brocoli
1/2 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lobak masin (yang halus)

Tumis bwg besar, bawang putih n lobak masin. Kemudian masukkan brocoli, sos tiram & 2-3 sudu air (jika perlu), tutup kuali dgn tudung periuk. Biarkan 2-3 minit. Buka tudung periuk, gaul2, angkat n hidangkan.

Nota: x perlu isi garam sb sos tiram & lobak dh masin

Friday, March 11, 2011

STIR FRIED TRAFFIC LITE VEGE



Ziarah MIL dpt ole2 dr CH.... hihihi tajuk resepi mmg kelakar... tp itu la kaedahnya sb kalerful gtu.... all in one, al-senang binti al-mudah...

STIR FRIED TRAFFIC LITE VEGE
Sumbangan: my-magic-kitchen

1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum kuning
5 pokok lobak merah
2 batang jejari ketam
1 baby chinese cabbage
1/2 labu bawang besar
3 biji bawang putih
Garam / sos tiram utk perasa

Tumis bwg besar n bawang putih, masukkan jejari ketam, sayur-sayuran n perasa. Masukkan 2-3 sudu air, tutup kuali dgn tudung periuk. Biarkan 2-3 minit. Buka tudung periuk, gaul2, angkat n hidangkan.

Saturday, March 5, 2011

SAYUR CACA MARBA


Kes nk perabih stok dlm esbox... cincai2 aje siapkan, maka jadi la 1 menu utk dingap oleh rakyat jelata di kala santai2 wiken yg lalu....

SAYUR CACA MARBA

1/2 batang lobak
2 batang saderi
1/4 belahan bunga kobis
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1 batang fish cake - hiris
Sedikit air
Garam utk perasa

Tumis bawang besar, bawang putih n fish cake. Masukkan lobak, saderi serta sedikit air. Masukkan pula bunga kobis. Akhir sekali masukkan perasa. Kacau, angkat n hidangkan.

Wednesday, March 2, 2011

SIEW PAK CHOY IN OYSTER SAUCE



Masak sayur ni senang sgt.... mcm kata kak rose - celur, potong susun, siapkan kuah n ready utk dingap..... sy CnP resepi dr kak rose yg katanya dia dpt dr rmh hanamemories.... TQVM semuanya....

SIEW PAK CHOY IN OYSTER SAUCE
Sumber: hanamemories.blogspot.com
CnP: Kak rose seripayaku.blogspot.com
Kongsi: my-magic-kitchen

Bahan-bahan
1 ikat sayur siew pak choy (kak rose guna 3 stalk) - sy guna sawi biasa aje, xtau nama
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang (ketuk)
seinci halia - cincang
1/2 biji bwg besar - sy tambah
air sedikit
serbuk perisa@gula - jika suka
tpg jagung + air sedikit utk pekatkan kuah - hana x ltk sbb dh pekat
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan (x letak)

Cara-cara
sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung + dbancuh ngan sedikit air.
didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Saturday, February 19, 2011

SAYUR KOBIS + CARROT



Huargggggg sayur senang ya amat.... main2 lempar2 aje.... tumis bwg bsr + bwg putih, masukkan kobis + carrot, masukkan perasa, gaul2, angkat & hidang....

Monday, January 31, 2011

SAWI GORENG CAMPAK-CAMPAK


Goreng sawi main campak2 aje tuk dihidangkan bersama nasi ayam lada hitam aritu sb daun salad xde dlm esbox... guna je apa yg ada.... rasanya semua org bole buat resepi ni tp xpe la letak aje utk rujukan...

SAWI GORENG CAMPAK-CAMPAK

2 pokok sawi
2 ulas bwg putih - ketuk
1/2 labu bwg bsr - hiris
10 biji fishball - belah 2
garam/sos tiram
sedikit air

Tumis bawang, masukkan fishball. Kemudian masukkan sawi n air. Akhir sekali masukkan perasa. Angkat dan hidangkan.

Thursday, January 27, 2011

LEEK TUMIS PEDAS


Dulu2 pelik jga tgk leek ni n xtau nk msk cmner... tup2 terjumpa resepi dlm majalah n bahan2 pun senang aje... so, try la buat... ni resepi ikut yg sy buat ya, resepi dlm majalah xjumpe cari... bahan2 lebih kureng cenggini la....

LEEK TUMIS PEDAS
Sumber: My Magic Kitchen

4 batang leek (potong memanjang n belah 2)

Bahan tumbuk:
3 sudu besar udang kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 ulas cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Tumis bahan tumbuk hingga garing n naik bau. Kemudian masukkan leek. Masukkan pula air & perasa. Biarkan sebentar. Angkat.

Wednesday, January 19, 2011

TAUHU LEMBUT SOS TIRAM


Ini cara sempoi yg biasa sy buat.... ekceli bole letak udang kering dsbnya... ikut apa yg ada dlm stok... menu yg senang, cepat & ringkas....

TAUHU LEMBUT SOS TIRAM
Sumber: My Magic Kitchen

2 tiub tauhu lembut - potong & goreng
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - ketuk
4 sudu besar sos tiram
Sedikit air
2 pokok sawi - dipotong2

Cara-cara
1. Goreng tauhu dan susun dalam pinggan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan sawi dan sos tiram. Kacau rata.
4. Masukkan sedikit air dan kacau.
5. Siram atas tauhu siap goreng.
6. Sedia untuk dihidang.

TOMYAM


Menu yg senang ya amat nk msk... potong2, campak n tggl... tp jgn tggl lama sgt klu kering airnya puas nk bersoal jwb nnti... hihihi.... resepi kak liza.... TQVM kak liza ye...

TOMYAM

Bahan A
500 gm ayam [potong kecil]
1 batang carrot [potong pendek]
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk) - xde dlm stok
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam - sy guna kiub tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

Bahan B

100 gm bunga kobis
2 biji tomato (dibelah 4)
2 biji limau nipis (ambil jus) - x letak
1 pokok daun ketumbar (cincang) - x letak
Sy tambah: Lada capsicum hijau

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut
2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.

Wednesday, September 29, 2010

KAILAN GORENG

Ni resepi sayur biasa2 aje.... yg pentingnya kailan yg mak tanam.... so, mmg la segar dari kebun... goreng bersama cendawan hitam & fishcake....



BUNCIS GORENG BERSAMA HATI AYAM

Ni sayur tradisi kami di kampung... biasa masak bila kenduri dan juga utk menu harian... menjadi kegemaran kami sekeluarga.... gambo yg atas adalah hasil air tangan sy manakala gambo yg bwh pula air tangan mak... ada beza bukan? nmpknya sy kena berguru lg dgn mak utk jadikan sekurang2 rupa mcm mak masak apatah lagi dari segi rasanya.... gambo kedua tu abaikan kecomotan mangkuknya ye... maklum la itu je yg sempat snap seblm kehabisan.... FYI ini adalah buncis yg mak tanam.... emmmmm apa lagi mmg tidak dinafikan kesegarannya....



BUNCIS GORENG BERSAMA HATI AYAM

1 cekak buncis
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 biji bawang putih - ketuk

2 - 3 ketul hati ayam
Sedikit garam
Sedikit kunyit serbuk

Sedikit air

Hati ayam dipotong kiub, gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hati ayam sehingga masak. Setelah itu, di dalam kuali yg sama buang lebihan minyak dan tumis bawang besar & bawang putih. Kemudian masukkan pula kacang buncis serta sedikit air. Hati2 semasa masukkan garam sebab masa proses perapan hati tadi telah diisi garam. Setelah masak angkat & hidangkan.

Wednesday, September 1, 2010

SAYUR SAWI + CENDAWAN HITAM + CIKEN BALL

Ni plak sayur sawi yg jenis pendek2 kontot tu.... dh x ingt plak nmanya.... campur ciken ball n cendawan hitam.... tambah sos tiram n goreng mcm biasa.... sedap mkn pns2....



Thursday, August 26, 2010

SUP SAYUR

Menu ulangan.... mcm msk sayur yg lps2 jga.... kali ni guna cendawan enoki, kobis, karot n ciken ball....


Monday, August 23, 2010

SUP SAYUR BEBOLA AYAM

Sup ni buat utk berbuka hari Ahad sb kes nk habiskan sayur dlm peti ais doremon... msk campak2 je... isi kandungan sup ialah bebola ayam, sayur kobis, karot n suun goreng.... xyah resepi la ye.. rasanya semua org tau buat sup sayur kan...