Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

TANDA KESYUKURAN....

Alhamdulillah, pulut kuning & daging msk hitam sbg tnda syukur segala2nya telah selamat... Anak2 dh selamat jalani exam (PMR & SPM) dan Boboy2 dh slmt berkhatan... X lupa juga utk Boboy3 si ketot ni makin hari makin keletah n cerdik... pandai menyakat tp msh belum tggl botol susu lg... hari2 oder nek (panggilan manja utk membotol)...

Juadah utk santapan sekeluarga n sepinggan dititip untuk jiran sebelah rmh... X cukup kederat nk buat byk, hanya guna stok yg ada dlm laci/esbok je... Yang penting anak2 suka n laris...


Resepi x ingat CnP dr blog siapa... mohon halalkan utk share di sini yek... kejadian resepi ni ala-ala opor n x pedas amat sesuai utk kanak2...

DAGING MASAK HITAM

Bahan Utama:
300 gm daging (potong Kecil)

Bahan A
Rempah 4 sekawan
1 labu bawang besar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 btg serai
2 sudu jintan putih
2 sudu jintan manis
3 sudu ketumbar
2 sudu cili kisar
1 sudu besar serbuk lada hitam

Bahan B
1/2 cawan kicap pekat-3sudu susu segar
3 sudu kerisek
Garam n gula

Cara2

Tumiskan rempah 4 sekawan kemudian masukkan Bahan2 A (yang telah dikisar) tumis sehingga naik bau & masak. Setelah semua bahan tumis sebati & harum masukkan daging. Reneh sehingga daging mengeluarkan air & empuk. Kalau x cukup empuk blh tambah air. Setelah daging benar2 lembut tambah bahan B masak lagi sehingga seimbang rasa. Masak sehingga kering (sy lebihkan air sb nk makan dgn pulut kuning).


PULUT KUNING MY STYLE

Ekceli ni kali kedua buat pulut kuning. Kali pertama buat 7 th yg lalu masa Boboy1 berkhatan... Nk buat byk lum berani lg, klu buat sdkt insyaAllah... tgk la hasilnya lps la mkn seklga....

500 gm beras pulut
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping

250 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Rendam pulut semalaman dgn kunyit hidup & asam keping. Keesokan harinya basuh & tos. Panaskan kukusan. Kukus pulut blh krg 15 minit. Kemudian gaul dgn santan. Kukus lagi. Kalau pulut msh belum kembang, renjis2kan dgn air panas n kukus lagi. Pulut masak apabila melekat antara satu sma lain (tidak berderai).

Nota: daun pandan sama ada letak dlm air kukusan ataupun dlm pulut

Aksi Boboy3

Saturday, March 12, 2011

NASI GORENG EXPRESS



Di kala sampai kt rmh nafas dh semput nk mintak tambahan nyawa, ini dia penyelamatnya..... mkn dgn timun & sambal belacan... wallllaaaaaaaa.... x mampu nk ku kejar diet ku.....

NASI GORENG EXPRESS
Sumbangan: my-magic-kitchen

3 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih - ketuk
1 bungkus perencah nasi goreng segera (apa2 perisa)
1 baby chinese cabbage (ala kobis pnjg tp saiz kenit2)
2 batang crab stick

Tumis bawang putih. Masukkan kobis n crab stick. Akhir sekali masukkan nasi dan perencah nasi goreng. Gaul rata, angkat n hidangkan.

Tuesday, February 22, 2011

NASI KUNYIT & AYAM MASAK BALI



Dh xtau nk buat menu apa... oleh kerana ayam menu wajib ank2, maka kena cari alternatif pelbagaikan resepi.... emmmmm ank2 angkat ibu jari.... sedap la tuuuuuu.... x rugi mencubanya..... mmg kena sgt kombinasi nasi kunyit n ayam masak bali ni.... nasi tu ala2 nasi lemak tp ada rempah tumis.... wangi aje baunya... sy hidang bersekali dgn tomato ceri peberet anak2... emmm dh slmt xyah msk menu sayur lg... ringkas aje... resepi nasi sy CnP dari blog topsturvymum n ayam pulak dr Facebook Kongsi Resepi .... TQ semuanya kerana sudi kongsi resepi yg mabeles...

NASI KUNYIT
Sumber: Topsturvymun.blogspot.com
Dikongsi: My magic kitchen

4 cawan beras basmathi - sy guna beras biasa
1 sudu teh kunyit serbuk
1/4 inci kunyit basah (tumbuk dan ambil airnya) - sy x letak
1/2 biji limau nipis - sy guna lemon
4 sudu makan minyak
2 helai daun pandan
5 cawan santan (aku pakai 1 cawan susu cair dan 4 cawan air) - sy guna santan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
2 ulas bawang putih
4 biji bawang kecil
1/2 ibu jari halia

Cara:
1. Cuci beras dan rendam dgn kedua2 kunyit(serbuk dan basah) dan perahan air limau selama setengah jam. Kemudian toskan dan masuk dalam rice cooker. (sy skip rendam beras tu)
2. Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sampai naik bau.
3. Tuang rempah dalam rice cooker dan kacai sebati dgn beras.
4. Masukkan santan (atau susu cair + air) daun pandan dan garam.
5. Tekan on/cook.


AYAM MASAK BALI
Sumber: Facebook Kongsi Resepi
Dikongsi: My magic kitchen

1 ekor ayam (potong 12) digoreng tak yah garing sgt
1 kotak santan
2 helai daun pandan
1 biji limau nipis diperah airnya - sy guna 1/2 lemon
2 or 3 sudu kicap manis
garam secukup rasa atau pakai cube ayam satu sudah cukup
Sedikit white pepper

Bumbu yg dihaluskan:
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai lada merah
3 biji buah keras

Panaskan minyak dan tumiskan bumbu2 yg dikisar.
Masukkan santan 1/4 kotak dulu, air sedikit, lemon juice, kicap manis, cube ayam (garam) dan pepper. Kemudian dimasukkan ayam, daun pandan. Setelah mendidih dimasukkan lagi lebihan santan. Diaduk2 sampai mengental kuahnya pekat. Rasa... biasanya orang Bali seperti orang Jawa masakannya agak manis.

Nota: sy tambah air jadikan sedikit berkuah

Monday, January 31, 2011

NASI AYAM LADA HITAM


Resepi yg simple n sedap.... sekali sekala ubah citarasa.... oleh kerana daun salad xde dlm stok, sy hidang bersekali dgn sawi goreng... resepi CnP dr kongsi resepi facebook... x ingat plak siapa empunya... pepe2 hal TQVM kpd tuan punya resepi ye.... mmg x rugi mencubanya....

NASI AYAM LADA HITAM

Penyediaan Ayam:-
1 ekor ayam

Jerang air secukupnya agar dapat menutupi ayam. Bubuh ayam halia dan garam dan rebus selama 15 minit. Keluar dan toskan. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi dan sup.

Bahan A:-
6 biji bwg merah*
4 biji bwg putih*
4-5 cm halia*
(* kisar halus)
2 sudu besar lada hitam**
3-4 sudu besar kicap masin manis**
2 sudu besar sos tiram**
(campurkan * dan ** kacau sebati)

Perap ayam dengan bahan A selama 20-25 minit. Bakar sehingga masak atau boleh juga digoreng.

Bahan2 di atas untuk penyediaan seekor ayam sekiranya anda ingin separuh atau suku ayam anda selaraskan sukatannya.


Penyediaan Nasi:-
450 gm beras, dibersih dan dituskan
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 kiub pati ayam maggi
2 camca besar minyak

Pijarkan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan beras dan kacau rata. Pindahkan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan air rebusan ayam yang secukupnya. Masukkan simpulan daun pandan dan kiub pati ayam. Tanak sehingga nasi masak (sy tanak nasi mcm biasa dlm rice cooker).

Sup:-
Kisar atau cincang bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan sup bunjut, air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Untuk hiasan taburkan bawang goreng dan daun sup (sy x letak).

Kicap:-
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu makan kicap masin
1 sudu makan gula
air rebusan ayam
1 sudu makan sos tiram

Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan air rebusan ayam, kicap, sos tiram dan gula. Biar hingga sekali mendidih dan tutup api

Sos Cili:-
4 biji cili merah yang masak
10 biji cili padi (sy tambah)
3 ulas bawang putih
Sos Tomata/Sos Cili
Cuka
Gula

Cili masak dikisar bersama bawang putih, campur sedikit air. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan sos cili/tomato, gula dan cuka sesedap rasa. Kacau sehingga sos menjadi pekat.

Thursday, January 27, 2011

NASI GORENG MUNGER-MUNGER CENTA.....


Saje je bg gempak.... ekceli nasi goreng biasa2 aje.... setakat nasi goreng... apppaaaa baranggggg.... tp ini la peberet ank2.... kdg2 dh tgh mlm dpt oder nk mkn nsi goreng..... hai layan je la ank2 tgh membesar...... sy guna rempah segera yg ada di pasaran... mcm2 perisa n pelbagai brand... pilih aje....

NASI GORENG MUNGER-MUNGER CENTA....

3 mangkuk nasi
3 ulas bawang putih - ketuk
Sedikit isi ayam (hiris nipis)
2 pokok sawi
1 biji telur
Sedikit mix vege
1 bungkus perencah nasi goreng (apa2 brand or perisa)
2 camca besar sos tiram

Tumis bawang putih, masukkan isi ayam. Kemudian masukkan sawi, mix vege n sos tiram. Setelah itu pecahkan telur lalu kacau. Akhir sekali masukkan nasi n perencah nasi goreng. Gaul rata. Angkat & hidangkan.

Monday, August 16, 2010

NASI AYAM PANGGANG

Nasi ni msk hari Ahad bru2 ni.... resepi caca marba kawin cmpur dgn resepi2 yg ada dlm simpanan... x ingt dh dr mna.... tiru sana ckit, tiru cinun ckit maka inilah hasilnya... tgk la peha ayam tu... seksi you....




Sy buat 1/2 ekor je.... lumur ayam dgn 1 ketul kiub ayam, letak dlm kuali bersama 2 cawan air, rebus sekejap smpi air kering @ bahagian dalaman aym msk. Gunakan api kecik n balik2kan ayam tu. Kemudian lumur dgn sos barbeque plak. Perap 2-3 jam or semalaman. Kemudian balut dgn aluminium foil, bakar 30 minit. Tujuan sy rebus utk shortcut masa membakar. Dh dkt waktu berbuka bole la mula membakar, dpt la mkn aym yg msih panas2 gitu....


Resepi sup ni dh biasa sgt N3 dlm my magic kitchen ni... so, kalu berminat silalah semak di laber Sup ye....


Sos Kicap:
3 camca bsr sos tiram
1 camca bsr kicap manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh gula halus
3 camca bsr air rebusan ayam

Sos cili (kisar hingga halus):
5 biji cili merah, dibuang biji
2 ulas bawang putih
1 camca bsr jus limau nipis
1 camca bsr gula halus
1 camca bsr air rebusan ayam
garam secukupnya
Nota: ikut citarasa sendiri, klu nk pedas bole tmbh cili api

Sayur-sayuran:
Salad
Tomato
Timun jepun

Sori la, lupa nk snap nasinya... resepi je yek....
Bahan nasi:
3 cawan beras
1 camca bsr halia kisar
1 camca bsr bawang putih kisar
1/2 camt garam
Air rebusan ayam secukupnya
1 camca besar marjerin

Basuh beras & masukkan air rebusan ayam. Dalam masa yg sama, cairkan marjerin & tumis bahan tadi. Masukkan dalam nasi. Masak seperti biasa.

Thursday, August 12, 2010

NASI GORENG BUNGKUS TELUR

Peberet anak2 utk bersahur.... pe2 bahan dlm nasi dia org x kisah asalkan dibalut dgn telur.... kalu ada menu ni, usahkan pndg jeling pun tidak kt menu2 yg lain.... resepi di bawah sy gunakan apa yg ada dlm peti ais doremon.... disertakan resepi sbg panduan kot2 ada yg meleleh air liur tgk gmbo wlupun pd sy hanya menu yg teramat la simple.... layanzzzzz


NASI GORENG BUNGKUS TELUR

2 mangkuk nasi

Bahan tumis:
2 camca besar bawang kisar
1 camca besar bawang putih kisar
1 cubit kunyit serbuk
1 camca teh serbuk lada hitam

5 biji chicken ball (hiris nipis)
Garam
Sedikit kicap
Sedikit sos tiram

Tumis bhn2, kemudian masukkan chicken ball n garam. Tambah kicap n sos tiram. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata, angkat n ketepikan.

Bahan utk bungkus nasi:
2 biji telur ayam ( 1 bj telur utk sebungkus)
1 camca besar sos tiram

Satukan semua bahan n sebatikan. Gunakan kuali leper, tuang sedikit minyak n ratakan ke seluruh kuali. Tuang sebahagian telur n lenggangkan kuali agar telur berada di seluruh permukaan kuali. Gunakan api kecil. Setelah telur masak, ceduk nasi goreng tadi n boleh la lipat tepi2 telur arah ke dalam. Kemudian, ambil sebiji pinggan, tangkup di atas kuali. Angkat kuali perlahan2 n terbalikkan agar pinggan berada di bwh pula. Taraaaaa.... sedia utk dimakan.... no deco2 dgn sos cili/tomato sb Boboyz x suka...

Saturday, July 24, 2010

NASI AYAM PENYET PALEMBANG

Ada kelainan drip nsi aym yg biasa2 tu iaitu dihidang bersama kacang pnjg, tempe goreng, tahu goreng (xde stok mls dh nk vrooom ke kedai) n smbl belacan. Sptut aym diketuk dgn lesung tp nk cpt, skip je arahan tu... penyek dgn gigi je laaaaa....




NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Wednesday, July 7, 2010

BUBUR NASI & KEROPOK LEKOR

Menu tertunda utk dikongsi dlm blog... Isnin terpaksa EL sbb Boboy-2 demam.... nk msk pun xde mood... terlintas nk msk bubur je... bubur nasi tu hanya masukkan udang potong dadu n karot sbg rencahnya... msk dlm rice cooker, leh tggl je smbil layan FB... so yg sihat pun kena mkn bubur kecuali Boboy-1 dok juih bibir.... dh tau la tuuuu xgeng dgn bubur org demam... so, selongkar peti ais doremon n offer kt dia nk goreng keropok lekor, dh berkurun ada kt dlm tu... ole2 dri my luvly neber... no resepi, jamu mata je la ye.... layanzzzzzz


Portion utk Boboy-2, si demam


Portion utk Boboy-3, xleh kalah nk gak....


Keropok lekor utk Boboy-1 (as requested)


Ni Umi punyer.... best mkn dgn smbl kerang

Friday, June 25, 2010

NASI MINYAK KAROT MY MAGIC KITCHEN

Nasi minyak yg dimakan bersama salad n ayam perap masak merah madu... resepi nasi dr idea sndiri, bahan cmpak2 mklum la main pondok2... resipi yg simple n peberet ank2....




NASI MINYAK KAROT MY MAGIC KITCHEN

3 cawan beras basmathi (sy guna beras biasa je)

Bahan tumis:
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bwg bsar - potong dadu
2 ulas bwh putih - cincang
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

1 camca besar oren sunquick
1 camca besar madu
1/2 batang lobak merah - potong dadu
Secubit garam

Cara sy masak:
Di dalam periuk rice cooker, masak nasi di atas dapur gas. Sementara nasi menggelegak, tumis bahan2 hingga naik bau lalu masukkan ke dalam nasi td. Kemudian masukkan pula oren sunquick, madu, lobak merah n garam. Kacau. Setelah nasi kering, alihkan ke rice cooker n biarkan nasi masak seperti biasa.