Monday, January 31, 2011

NASI AYAM LADA HITAM


Resepi yg simple n sedap.... sekali sekala ubah citarasa.... oleh kerana daun salad xde dlm stok, sy hidang bersekali dgn sawi goreng... resepi CnP dr kongsi resepi facebook... x ingat plak siapa empunya... pepe2 hal TQVM kpd tuan punya resepi ye.... mmg x rugi mencubanya....

NASI AYAM LADA HITAM

Penyediaan Ayam:-
1 ekor ayam

Jerang air secukupnya agar dapat menutupi ayam. Bubuh ayam halia dan garam dan rebus selama 15 minit. Keluar dan toskan. Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi dan sup.

Bahan A:-
6 biji bwg merah*
4 biji bwg putih*
4-5 cm halia*
(* kisar halus)
2 sudu besar lada hitam**
3-4 sudu besar kicap masin manis**
2 sudu besar sos tiram**
(campurkan * dan ** kacau sebati)

Perap ayam dengan bahan A selama 20-25 minit. Bakar sehingga masak atau boleh juga digoreng.

Bahan2 di atas untuk penyediaan seekor ayam sekiranya anda ingin separuh atau suku ayam anda selaraskan sukatannya.


Penyediaan Nasi:-
450 gm beras, dibersih dan dituskan
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 kiub pati ayam maggi
2 camca besar minyak

Pijarkan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan beras dan kacau rata. Pindahkan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan air rebusan ayam yang secukupnya. Masukkan simpulan daun pandan dan kiub pati ayam. Tanak sehingga nasi masak (sy tanak nasi mcm biasa dlm rice cooker).

Sup:-
Kisar atau cincang bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan sup bunjut, air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Untuk hiasan taburkan bawang goreng dan daun sup (sy x letak).

Kicap:-
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu makan kicap masin
1 sudu makan gula
air rebusan ayam
1 sudu makan sos tiram

Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan air rebusan ayam, kicap, sos tiram dan gula. Biar hingga sekali mendidih dan tutup api

Sos Cili:-
4 biji cili merah yang masak
10 biji cili padi (sy tambah)
3 ulas bawang putih
Sos Tomata/Sos Cili
Cuka
Gula

Cili masak dikisar bersama bawang putih, campur sedikit air. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan sos cili/tomato, gula dan cuka sesedap rasa. Kacau sehingga sos menjadi pekat.

No comments:

Post a Comment