Thursday, January 13, 2011
AYAM CETI
Dh byk kali buat resepi ni... CnP dri blog topturvymom... tqvm ye TTM... peberet Boboy1... N3 ni sbg menunaikan janji lapok kpd kwn2 FB... mmg xkan rugi mencubanya....
AYAM CETI
1/2 ekor ayam - basuh, lumur garam dan kunyit, goreng sampai masak.
Minyak untuk menumis
1 1/2 sudu kecil jintan halus (nama omputih cummin seeds)
setangkai daun kari
satu biji bawang besar, hiris
6 ulas bawang putih ketuk
1/2 inci halia ketuk
2 sudu besar cili kisar(kisar dgn bawang merah dan bwg putih)
2 sudu besar rempah kari IKAN
3 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar kicap manis
garam gula penyedap rasa
1. Tumis jintan ngan daun kari.
2. Masukkan bwg putih ngan halia. Kacau sampai naik bau
3. Masukkan cili kisar dan bwg besar. Kacau sampai garing
4. Masukkan rempah kari ikan, kacau sampai naik minyak
5. Masukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau rata
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masukkan ayam goreng dan kacau rata.
Labels:
Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment