Tuesday, January 18, 2011

ROTI MARBLE COKLAT


Dh 2 wiken berturut2 meroti.... bole dpt anugerah Minggu Meroti Sedunia kot.... resepi dh lama terperuk dlm folder baru kali ni tergerak hati nk mencubanya.... jln2 ke rmh blogger lain dh ramai yg bikin... emmmmm nmpk gaya dh ketinggalan LRT... tp xpe at least terbuat akhirnya.... Kali pertama buat hanya utk makan2 rakyat kt rmh ni... kali kedua buat semasa lepaking dgn Dekdah n Nik aritu.... jgn salahkan den ye kalu badan ibarat roti juga jadinya nnti.... hihihi

ROTI MARBLE COKLAT

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2. Perap doh selama 40 minit. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau terlembik boleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. Pastikan adunan betul betul sebati ye. Warna sekata untuk doh coklat tu.
4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. Letakkan doh coklat di tengah-tengah.
5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi.
6. Potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
7. Letak dlm sandwish loaf.
8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
9. Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
10. Siap dipotong tinggal nak ngap je..sesape dah cuba jgn lupa bagi report ye..
Nota: Sy bahagikan kpd 2 bahagian aje... 1 bahagian sy campurkan dgn serbuk koko, uli hingga sekata.... canai adunan warna biasa kemudian lapiskan dengan adunan coklat. Gulung.

No comments:

Post a Comment