Tuesday, January 18, 2011

TRIFFLE



Salah satu menu program lepaking dgn Dekdah n Nik bru2 ni.... resepi mix n match dr byk sumber, setelah byk kali buat n diolah mengikut citarasa.... resepi asal mmg agak manis n sy dh kurangkan kuantiti gula dlm kastadnya....

TRIFFLE

1 gulung swiss roll @ kek span (sy guna swiss roll pandan) - potong 9 keping
1 tin fruit cocktail - asingkan air dan buahnya
1 kotak serbuk agar2 Lady’s Choice (raspberry) - msk spt arahan pd paket, biarkan suam

Bahan kastad:
1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan susu cair (sy guna 1 tin susu cair, sukat & tambah air sehingga jadi 4 cawan)
(bancuh, kacau atas api sederhana hingga masak)

200 gm fresh cream - pukul hingga gebu

Susun swiss roll di dalam bekas. Siram air fruit cocktail di atas kek. Taburkan pula buahnya. Setelah agar2 suam, tuangkan pula di atas buah tadi. Jika dituang semasa masih panas, agar2 akan menyerap ke dalam kek dan lapisan trifle nampak tidak cantik. Sementara menunggu agar2 keras bolehlah masak kastad lalu tuang di atas lapisan agar-agar. Akhir hiaslah triffle td dgn fresh cream. Sejukkan dalam peti ais selama semalaman. Trifle ini enak dimakan sejuk

No comments:

Post a Comment