Showing posts with label Apa-apa Aje. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa Aje. Show all posts
Thursday, August 27, 2015
HAPPY BIRTHDAY NAQEEB - 27 OGOS 2007 - 27 OGOS 2015
Hari ini 27 Ogos 2015 genap 8 tahun usia anak umi Naqeeb Fawazuddin .... Dah besar baby umi ni ye... Umi doakan Naqeeb dianugerahkan keberkatan hidup, panjang umur, berakhlak mulia, menjaga agama, sejahtera jiwa dan raga, dimurahkan rezeki, cerdas akal fikiran, sihat tubuh badan, terdidik rohani dan jasmani, bertaqwa, taat dan mencintai Allah SWT, setia kepada Rasullah SAW, anak soleh, adik yang budiman serta tulus ikhlas sesama manusia & segala makhluk di bumi ini...
Umi, Along, Angah & Acik sayanggggg Naqeeb...
Thursday, August 13, 2015
USIA BERTAMBAH...
Bertambah lagi setahun tetapi yang pasti ianya semakin berkurangan... Terima kasih kepada semua yang telah merakamkan ucapan dan doa melalui pelbagai media...
Syukur Ya Allah masih diberi kesempatan sehingga ke usia ini untuk melayari kehidupan sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini... Alhamdulillah saya masih ada ibu bapa adik2 yang sentiasa menyokong, anak-anak yang begitu memahami, sahabat-sahabat yang setia serta insan-insan sekeliling yang tulus ikhlas....
Tiada apa yang istimewa dan juga tiada majlis keraian... melangkah seperti hari-hari biasa dengan harapan semoga hari-hari mendatang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya...
"Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)" - Surah Ar-Rahman
Sunday, August 9, 2015
PERSIAPAN JAMUAN AIDIL FITRI JABATAN....
Walaupun dah berlalu hampir 2 minggu, namun sengaja saya abadikan coret coret persiapan sambutan jamuan aidil fitri jabatan baru-baru ini....
Perancangan awal telahpun dibuat semasa minggu terakhir puasa lagi... walau bagaimanapun oleh kerana masing-masing bercuti panjang dan berpuasa sunat Syawal, maka seminggu sebelum tarikh sebenar barulah persediaan dapat direalisasikan.... bermula menentukan person in charge untuk penyediaan menu-menu utama, list potluck, pinggan/mangkuk/sudu/garfu dan sebagainya.... Alhamdulillah majlis telah berlangsung dalam suasana sederhana dan meriah... terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbang bagi menjayakan majlis pada tahun ini...
Pertama sekali gotong royong anyam ketupat daun kelapa
Gotong royong mengisi beras
Hasilnya.... taraaaaa rebus dalam Noxxa...
Pertama sekali gotong royong anyam ketupat daun kelapa
Gotong royong mengisi beras
Hasilnya.... taraaaaa rebus dalam Noxxa...
MUHASABAH DIRI
Jika hidup terasa sukar, rezeki terasa sempit dan hidup seperti dihimpit sesusahan, maka amalan-amalan ini boleh membantu:-
Spiritual:
1. Banyakkan taubat dan istighfar
2. Sentiasa sedekah setiap hari
3. Amalkan solat Dhuha
4. Gembirakan hati ibu bapa
Personal:
1. Rendahkan sifat ego
2. Dengar nasihat orang yang lebih berpengetahuan
3. Berusaha menambah ilmu
4. Murahkan senyuman
5. Ringan membantu sesama manusia / hidupan
6. Banyak bergaul terutama bersama golongan kurang berkemampuan
In sya Allah moga kita sentiasa dalam redhaNya... aamiinn....
Spiritual:
1. Banyakkan taubat dan istighfar
2. Sentiasa sedekah setiap hari
3. Amalkan solat Dhuha
4. Gembirakan hati ibu bapa
Personal:
1. Rendahkan sifat ego
2. Dengar nasihat orang yang lebih berpengetahuan
3. Berusaha menambah ilmu
4. Murahkan senyuman
5. Ringan membantu sesama manusia / hidupan
6. Banyak bergaul terutama bersama golongan kurang berkemampuan
In sya Allah moga kita sentiasa dalam redhaNya... aamiinn....
Tuesday, August 4, 2015
JAMUAN HARI RAYA JAB. KORPORAT DAN PENGURUSAN KUALITI 2015
Sepanjang bulan Syawal ini kebanyakan jabatan mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri... Tidak ketinggalan juga jabatan saya turut mengadakan jamuan pada 30 Julai 2015 yang lalu bertempat di Bahagian Senireka dan Dokumentasi... Sebagai tuan rumah, kami amat sibuk melayan para tetamu sehingga tidak berkesempatan untuk mengambil gambar juadah-juadah yang disediakan... kami hanya sempat berposing setelah tetamu agak reda... saksikan aksi-aksi kami... taraaaaaaaaaaaaaaa
SEPETANG BERSAMA BFF
Jarang sangat dapat berjumpa dgn BFF yg sorang ni... Alhamdulillah dgn izinNya beliau datang ke Kuantan dan kami habiskan masa mkn2 n ronda2 kt ECM... terima kasih kerana sudi datang ke Kuantan... InsyaAllah ada rezeki nti jumpa lagi....
Monday, August 3, 2015
SALAM SYAWAL 1436H
Assalam....
Blog yang dh lama x update... bersawang & berhabuk sana sini... Maaf tuan blog bizi banyak dalam 3-4 tahun ni... x tau apa mimpinya hari ni bole jenguk n terus update blog hihihi kelakar pulak rasanya....
Di kesempatan bulan Syawal yg masih lg bersisa ni, kami sekeluarga merakamkan Salam Syawal dan Maaf Zahir Batin kepada pengunjung yg tersesat ke blog ini...
Ikhlas dari kami sekeluarga Jai, Balqiss, Aideel, Danial & Naqeeb... muahhh muahhh muahhh
Thursday, December 22, 2011
PAVLOVA DALAM KENANGAN
Hanya sempat 7 bln shj bersama kami... lahir 4 April 2011 n dijemput Ilahi pada 9 November 2011... kucing yg baik n manja... dilahirkan 3 beradik... bulu klon mummy cuma warna kuningnya sdkt kelam... Boboy1 uruskan pengebumiannya, hgga kini sy xtau lokasi sbnr tp area taman permainan dkt rmh kami jga... baru kini berksmptan mengumpul gmbr2 dia utk diabadikan dlm blog sbg kenangan...





















2 gambar di atas ni adalah gambar terakhir, sewaktu blik dari klnik... dh dijangka dia akan pergi... rupanya2 blik kerja ptg tu Boboy1 kta Pavlova dh mati... sedih... terpana... setiap yg hidup psti akan mati... itu yg pasti...
Subscribe to:
Posts (Atom)





























