Wednesday, October 5, 2011

ENGLISH TEA BREAD



Hasil skodeng blog popular Cik Mat Gebu maka terhasil la roti yg kejadiannya amat menyenangkan hati n sejuk mata memandang... mohon izin CnP n share kt cni ye CMG... TQVM...

ENGLISH TEA BREAD
CnP: tiffinbiru.blogspot.com
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

300 gram tepung roti
1 camca teh instant yeast @ ibu rot
1 camca besar gula halus @ kastor
1 camca teh garam (mat letak 3/4 camca teh)
30 ml susu segar (atau 2 camca besar)
180 ml air suam
10 gram mentega
Sedikit minyak untuk disapu.

CARA MEMBUATNYA :-) Satukan yeast, susu segar ke dalam air suam, kacau dan biar berbuih. Kemudian satukan semua bahan dalam bekas kecuali mentega dan minyak, gaul rata dan tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal. Bulat2 kan doh letak dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar naik 1 jam.

KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan di atas dalam bread maker kecuali minyak. Pilih setting untuk doh dan tekan ON, tunggu hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap. Kemudian bagi doh tadi pada 3 bahagian sama besar, letak warna kegemaran pada setiap bahagian, uli rata. Gelek memanjang setiap satu dan tocang lah.
Letak dalam tin yang telah disapu minyak. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 - 35 minit. Sesuai untuk minum petang...

Monday, October 3, 2011

PMR - semoga berjaya....


Hari ini merupakan hari pertama calon2 seluruh Malaysia menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, termasuklah Boboy1... Umi doakan Boboy1 sihat sepanjang minggu exam, tenang semasa menjawab soalan, berjaya menjawab dengan tepat mengikut kehendak soalan dan akhirnya mendapat keputusan yang setiap orang impikan.
Aminnnn

Umi percaya Boboy1 dah buat yang terbaik, moga segala usaha diberkati dan mendapat keredhaan Ilahi. Akhir sekali, jgn lupa tawakkal dan sentiasa mohon doa yang terbaik kepadaNya.

Umi, Mama, Wan, Aki, Tokwan, Ayah Tam, Ayah Andak, Ayah Cu, Mak Cu Aini, Auntie Nita, Auntie Dah, Auntie Faridah (JB), Auntie Milee, Auntie Haizan, Along/adik2 dan semua yang mengenali sentiasa mendoakan kejayaan Boboy1 cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.... (maaf kpd yg nama tidak disebut di sini)

Saturday, October 1, 2011

MUFFIN PISANG



Lagi xtvt memuffinkan pisang... kali ni try resepi dr blog bro rozzan plak... ada yg sy ubahsuai utk bezakan dgn yg dibuat sblm ni, refer tulisan merah ye....

MUFFIN PISANG
CnP: Bro Rozzan
Dikongsi: my-magic-kitchen.blogspot.com

Bahan A
1 cwn walnut /pecan - optional (roasted terlebih dahulu) - sy x letak
1 3/4 cwn tepung
3/4 cwn gula
1 tsp/sudu kecil baking powder
1/4 tsp /sudu kecil baking soda
1/4 tsp/sudu kecil garam
1 tsp ground cinnamon (serbuk kayu manis) - sy x letak

Bahan B
1 tsp / sudu kecil essence vanilla
2 telur (pukul ringan)
1/2 cup mentega (dicairkan) / minyak masak
1 1/2 cup pisang lenyek

Cara2nya
Panaskan oven 170'c to 180'c
Satukan bahan A di dalam 1 mangkuk besar
Dimangkuk yg lain satukan bahan B (pukul ringan)

Addkan bahan B ke bahan A
Kacau (gunakan spatula atau senduk kayu) perlahan hingga sebati
Masukkan dlm papercup yg tersedia di dulang pembakar
Bakar 15 to 20 mins....atau hingga masak

*** bole jg tambahkan raisin/choc chip

TAT BUAH-BUAHAN


Beberapa hari yg lepas, tekak tingin nk makan tat buah-buahan... buah2 pun ada ckit dlm esbok, bahan2 yg lain pun ada... so godek2, sambil2 tgk tv dh siap tart shell lalu dh bole bakar... klu rajin dpt la melayan tekak... klu malas xleh nk kata apa laaaa... resepi sy CnP dr simpanan n share ikut pe yg sy buat...

TAT BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan kulit tart:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman (sy simpan 15 minit je).

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan buah-buahan.

Bahan-bahan filling:
100 gm instant custard (bole beli kt kedai brgan bakery)
Air @ susu cair secukupnya

Campurkan instant custard dan air @ susu cair. Kacau hingga mendpt kepekatan yg dikehendaki.

Hiasan: Kiwi, oren & anggur.. klu ada strawberi lg cun

Cara menghias: Masukkan filling dlm piping bag, picitkan sedikit dalam tart shell dan susun buah2 atasnya. Sedia utk dihidang.