Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Monday, March 14, 2011

KEREPEK PISANG TANDUK



Ekceli dh lama buat kerepek ni... projek main pondok2 kt kg.... pisang tanduk hasil kebun abah.... rezeki bila balik kg & bole makan ramai2.... dok selongkar folder terjumpa la pix ni & rasanya blum N3 lg.... layanzzzzz....

KEREPEK PISANG TANDUK
Sumbangan: my-magic-kitchen

Beberapa biji pisang tanduk yg agak2 mengkal @ tua
minyak secukupnya untuk menggoreng
garam dan gula sebagai perasa (larutkan dalam air suam)

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Bole juga masukkan sedikit serbuk kunyit supaya nampak berseri pisang tu nanti... tp sy x letak sb pisang tanduk dh cantik kuningnya....
2. Bila minyak dah panas, sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain (ini mak yg ajar).... sy x berani nk buat cenggini, sy sagat dlm bekas lain & masukkan sekeping2 pisang yg disagat td... fobia @ ngeri... xrela takut tersagat jejari ku yg mulus ini.... auuuuw...
3. Masukkan 1 atau 2 sudu air garam + gula tadi ke dalam minyak panas.
4. Goreng sampai masak, angkat dan toskan.
5. Kalau agak2 bila kerepek dh masak tp masih tawar rasanya, boleh tambah lg sukatan gula & garamnya.

Nota: kalu mls nk buat air garam, bole juga masukkan 1 sudu kecil garam ke dalam minyak panas.... sukatan garam mengikut citarasa n kuantiti pisangnya. Kalu tambah minyak so garam pun kena tambah juga.... bergantung kpd kuantiti byk mna kerepek yg digoreng...

Monday, June 28, 2010

HOMEMADE CILI BOH

Ini salah satu aktiviti wiken iaitu menyediakan bahan2 utk main pondok2 jika dh kehabisan stok. Klu terjumpe dlm freezer doremon tu, ni bkn aiskrim tau... tuan rumah x bertanggungjawab klu ada yg berasap nnti.... hihihi



HOMEMADE CILIBOH

200 gm cili kering
Sedikit minyak masak
Sedikit air

Cili kering dibuang tangkai n segala kekotoran, basuh bersih2 n rebus hingga menggelegak. Ada yg potong terlebih dahulu tapi sy main masuk cenggitu je, no potong2. Sy cuma potong2 cili dgn gunting secara rawak semasa tgh menggelegak tu.... Setelah cili masak, padamkan api dan biarkan cili terendam di dalam air panas sehingga sejuk sedikit barulah boleh dikisar. Semasa mengisar, masukkan air 1/2 drpd paras cili di dalam pengisar serta sedikit minyak msk. Kisar hingga halus. Jika rajin boleh dimasak sekejap hingga pekat utk tahan lebih lama. Tapi awas, ianya akan meletup2 n mengotorkan dapur. Api plak mesti kecil nnti hangus. Sy just masukkan dlm bekas n simpan dlm freezer. Vitamin M byk sgt... hihihi... Dpt 3 bks taufufa spt dlm gambar.