Monday, January 24, 2011

BINGKA ROTI CENDUL PERISA NENAS



Sekali lagi membingkakan roti.... nak perabihkan kerak2 roti baki roti goreng berinti baru2 ni.... bawa ke rmh MIL sbg potluck wiken baru2 ni.... resepi x ingt sumber dr mana... elok je dh lama bertapa dlm pen drive.... baru ni tingin nk cuba... tambahan seperti tulisan merah....

BINGKA ROTI CENDUL PERISA NENAS

1 buku besar roti gardenia / High5
2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur

Sy tambah:
1 paket cendul
1 tin nenas

Carik-carikkan roti sampai habis dan asingkan dalam satu bekas (sy tambah cendul n nenas yg dipotong dadu). Pukul bersama gula tadi bersama santan pekat, susu cair dan telur (sy tmbah air nenas). Sukat adunan tadi. Sekiranya dapat 4 cawan maka tambahkan 7 cawan air ke dalam adunan tadi supaya semuanya menjadi 11 cawan. Sekiranya 5 cawan maka tambah 6 cawan air utk menjadi 11 cawan. Kacau lagi sehingga gula sebati. Kemudian tuang adunan tadi ke dalam roti. Biar sehingga roti kembang. Sapukan butter pada loyang dan taburkan sedikit butter ke atas adunan tadi. Tujuannya supaya nampak kuning dan lebih sedap. Bakar pada suhu 180 - 200 celcius selama 1 jam. Sedap dimakan sewaktu panas atau pun sejuk.

Nota: sy guna 1 cwn gula sb air nenas dh manis

1 comment: