Antara peberet anak2.... resepi Chef Alex Goh tetapi short cut guna puff pastry shj... resepi asal adalah Blueberry Cheesetart tetapi sy pelbagaikan filling... kes perabihkan stok yg belum luak2 lg tu... yg memberikan isyarat supaya rajin2 la klung kleng di dapo... disertakan resepi yg lengkap sbg panduan kpd sesiapa yg ingin mencubanya....
Blueberry Cheesetart
Strawberry Cheesetart
Kiwi Cheesetart
Plain Cheesetart
BLUEBERRY CHEESETART
Sumber : Alex Goh
Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.
Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula
25 g mentega
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
25 g whipping kream
Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling
Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
No comments:
Post a Comment