Thursday, January 20, 2011

ROTI GORENG BERINTI


Resepi tgh hot dlm Resepedotnet... TQ kpd yg sudi share, olah, tried n tested resepi dan sebagainya... sy ni hanya tumpang menyibuk aje... Mmg sedap n kena dgn tekak anak2.... makan 2 ketui dh kenyang... mmg berbaloi....

Utk intinya sy x ikut resepi asal... sy guna scramble egg + mayo + cheese slice + hirisan tomato/timun... dan juga sy x terap kpd bulat, sy gunting keliling roti utk membuang kerak2nya aje... sila semak resepi asal jika ingin mencubanya...
ROTI GORENG BERINTI

Roti
Serbuk roti
Telur
Mayonis
Cream cheese
Lada sulah / lada hitam
Ayam
Bawang Besar hiris
Cili Benggala potong dadu
Daun salad

Cara-cara untuk roti:
1. Lapiskan dua keping roti

2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..

3. Gunakan acuan bulat (contoh tutup thermos, tin, cwn plstik or acuan egg benjo) utk memotong roti.. sy trim keliling roti n still 4 segi...

4. Celupkan dlm telur n serbuk roti.

5. Gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.

6. Toskan.


Cara-cara untuk inti:
1. Tumiskan bawang
2. Masukkan cili benggala
3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
4. Masukkan mayonis & cream cheese
5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..

Cara hidang:
1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)
2. Letakkan daun salad
3. Masukkan inti yg siap dimasak

No comments:

Post a Comment