Monday, January 17, 2011

ANGEL HAIR GORENG CILI PADI


Inilah salah satu juadah semasa Dekdah n Nik lepaking at my magic kitchen wiken baru2 ni.... resepi amik dlm majalah Jelita Januari 2011 by Chef Hanieliza.... amat sesuai dgn tekak sy.... begitu menyelerakan dan sesuai utk seisi keluarga.... cili padi sy kurangkan kerana rakyat kt rmh ni termasuk tukang masaknya amat alah kpd pedas....

ANGEL HAIR GORENG CILI PADI
Source: Chef Hanieliza
Share: My Magic Kitchen

500 gm pasta angel hair
Garam secukupnya
3 sudu besar minyak zaitun
200 gm sotong - dihiris
100 gm udang - dibuang kulit
200 gm kobis - dihiris
200 gm sawi - dihiris
300 gm tomato - dibelah 4
2 biji cili merah - dihiris
Nota: sy guna isi ayam yg dipotong dadu

Bahan dikisar:
20 biji cili padi (sy guna 10 biji)
3 biji cili merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
50 gm udang kering
Garam secukupnya

Cara-cara:

Rebus pasta angel hair dengan minyak zaitun dan garam sehingga lembut dan tuskan. Gaul sedikit minyak zaitun pada pasta.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan sotong, udang, sawi, kobis dan garam lalu kacau rata.

Kemudian masukkan pasta dan gaul sebati. Tutup api dan masukkan tomato, gaul rata.

Akhir sekali tabur hirisan cili merah dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment