Wednesday, January 19, 2011

SPAGHETI BOLOGNESE STYLE MASTURA


Masa kecik2 dolu mmg xpenah mkn spagblog ni... dgr nama pun dok blur2 sutun je xtau rupa/rasa cnmne... la ni dh jd menu peberet la plak terutama the only gegerl... Boboy1 plak suka mkn kuah aje, so kuah mmg kna buat extra.... diperkenalkan oleh adik... inilah resepinya yg telah dia ubahsuai ikut tekak Melayu.... penah sy hidang kpd MIL n beliau komen sedap, x masam spt yg penah beliau makan.... penah juga bwa ke ofis, msg2 minta resepi... tp xtau la dia org tu buat ke tidak... hihihi.... ekceli resepi ni dh belayar merata di kalangan klga tetapi baru kali ni sy N3 dlm blog... sejak terjebak dlm dunia blog ni ank2 pun dh faham... sblm senduk nk mkn tu siap bertanya lg, umi dh amik gmbo ke...? layan je la hobi baru umi dia org yek.... TQVM ye Mas, moga murah rezeki dgn perkongsian resepi ni...

SPAGHETI BOLOGNESE STYLE MASTURA
Sumber: Mastura (my only sister)

1 packet spaghetti (<> utk makan 8 orang) - ikut instruction pd packet semasa merebus, letak secubit garam + minyak sesudu (recommended: olive oil)

Kuahnya:
3 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih
7 biji lada hitam - (<>1 sudu kecil), tumbuk kasar.
1 ulas (sederhana) @ 2 ulas (kecil) bawang besar (yg merah/india) - potong kiub
1 sudu besar ciliboh (terpulang ikut kepedasan)
1 sudu besar gula
300 gram daging cincang
Sedikit air
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil italian herbs
1/2 sudu kecil lada sulah
1 tin kecil atau 1/2 tin besar tomato puree/paste
4 biji tomato, boleh tambah kalau suka masam - potong kiub
1 tin cendawan butang - hiris
1 batang - potong kiub carrot
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Optional:
1-2 helai daun bay
7 biji lada hitam muda jeruk

Cara (masa masak <> 1 jam):
Tumis bawang besar, bawang putih dan lada hitam hingga wangi, kemudian masukkan ciliboh dan gula. Kemudian masukkan daging dan air, kacau rata. Kemudian barulah masukkan tomato puree, cendawan, tomato dan carrot. Biarkan mereneh. Jgn lupa letak garam secukup rasa. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan lain-lain bahan dan bancuhan tepung jagung 10 minit sebelum masak. Balancekan rasa pedas, masam, manis & masin nya.

p/s : Kalau nak banyak sayur: tambah/lebih tomato puree - nak jdkan sos lebih byk , then tambah cendawan butang & carrot.

No comments:

Post a Comment