Friday, March 4, 2011

BAKED MAC & CHEESE


Resepi ni sy mmg biasa sgt buat... tulisan merah pindaan sy sndiri.... dpt dr Resepi.net sumbangan Dee.... dh belayar ke Seremban... psttt dh buat biz kot.... TQ kpd yg empunya resepi ye....

BAKED MAC & CHEESE

250 g spiral pasta brand San Remo (guna brand San Remo sebab spiral dia kecik-kecik comel so bila masak masih maintain comel) - sy guna je pe yg ada dlm stok

Rebus spiral pasta ikut arahan kat plastiknya. Bila dah masak, angkat dan toskan sampai kering.

1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
220 g tomato puree brand Du Chef (tin sedang) - sy guna 3 biji buat tomato - potong dadu
400 g daging cincang cap Ramly
250 g cheddar cheese - diparut
100 - 200 g fresh milk (1 gelas air + 2 sudu besar susu tepung)
2-3 helai bay leaves (yang kering punya)
Rempah oregano
Tepung gandum 1 sudu besar

Sy tambah:
1 sudu besar lada kering kisar
1 sudu kecil lada hitam

Sos Merah
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih termasuk (lada kering kisar + lada hitam).
2. Selepas naik bau masukkan daging cincang. Tumis hingga daging jadi putih-putih sikit. Jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree. Api jangan kuat sangat.
4. Koyak-koyakkan bay leaves masukkan dalam sos. Taburkan rempah oregano. Kacau rata.
5. Perasakan dengan garam dan gula.

Sos merah ni jangan kering-kering sangat sebab kalau kering sangat nanti rasa pasta tu very dry. Boleh juga gunakan sos spaghetti yang segera tu macam cap Prego ke Dolmio ke kalau tak tahan masam tomato puree.

Sos cheese
1. Masukkan susu ke dalam periuk atas api kecil.
2. Masukkan terus cheese yang dah shred tadi. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum sesudu tu.
4. Kacau sampai semua cheesecair dan sebati.

Campuran ni jangan cair sangat nanti tak cantik bila dituang atas macaroni.

Ok .. lepas dua dua siap. Sos merah tadi dicampurkan dengan pasta spiral yang dah siap tu. Gaul sampai sebati. Pastu masukkan dalam bekas. Agak-agak dah tuang separuh adunan, tuangkan campuran cheese jadikan ia satu layer atas pasta tadi. Kendian masukkan lagi balance pasta tadi sampai habis. Tuangkan lagi satu layer cheese diatasnya.

Kalau nak lagi mengancam taburkan shredded cheeseatas layer atas ni dan bakar sekejap hingga golden. (Yang ni optional ye). Siap !

Nota My Magic Kitchen:

Kebiasaannya sy buat cenggini, masa nak buat sos putih tu, sediakan periuk + air + tepung gandum + parutan cheese. Dah siap semuanya baru letak atas api .... kacau sentiasa. Mcm kali pertama sy buat dulu sos ni hangus sikit sbb terkial2 cari tepung, last2 adunan bergentel ... x cantik. Kena 2 kali keje, nak nampak lawa masukkan dlm blender plak.....

Pastu sukatan tomato puree pun sy x ikut, agak2 la bimbang masam sgt .... alternatif lain guna buah tomato

Nak tambah carot + cendawan butang pun boleh kata chef asalnya, ala2 bolognese la jadinya...... klu guna fusilli spiral yg colorful tu brand San Remo mmg comel2, kalu brand lain bila dah kembang dekat besar ibu jari besarnya...... bole juga gunakan pasta yg bentuk ribbon, shell or ABC tu ..... nak buatnya pun senang sgt.... try la.....

No comments:

Post a Comment