Tuesday, July 6, 2010

MY MAGIC FRIED KITCHEN OPSSSS..... MY MAGIC FRIED CHICKEN

Dh lma tingin nk try msk western cenggini.... kebetulan smlm Boboy-2 demam, hari ni kna la msk sesuatu yg menarik selera dia yg tgh not in the good mood tu.... emmm berbaloi lps blik keja terus lipat lengan baju mulakan main pondok2.... bertambah2 dia mkn wlupun saki baki demam msh ada... resepi aym KFC dr dapur Yatie UK, cheesy wedges dr dapur Rinnchan, kentang putar dr dapur Milee n coleslaw dr Rnet.... abis dapur rmh org sy geledah... hihihi.... sy minta izin CnP ye n TQVM.... lain kli nk dtg geledah lg...

AYAM KFC

Resepi asal adalah dari Ijan Finland dan Yatie UK C&P resepi ni dari dapur As N.Zealand. Sy plak CnP dr rmh Yatie. Kebetulan semuanya dok kat obersi....



Bahan Untuk Perap Ayam (bhn2 sy agk2 sbb buat ckit)
6-8 ketul ayam (Yatie guna 1 ekor-dipotong 12 - sy guna 4 ketoi je)
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili (sy guna serbuk paprika, sama ke dgn serbuk cili?)
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
3 ulas bawang putih ditumbuk (Yatie guna garlic powder)
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili (sy guna serbuk paprika)
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

=> 2 biji telur(dikocok2 je) - sy guna 1 biji je

Cara-cara
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing (Yatie goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk, sy goreng dlm kuali)
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.


CHEESY WADGES



Bahan-bahan:
500 gm kentang baji sejukbeku (sy guna 3 biji kentang)
5 keping keju oren (lg byk lg sedap)
1 camca besar butter
1 camca besar tepung gandum
1/2 cawan susu segar (sy gnti 1 camca besar susu Boboy-3 + air 1/2 cawan)
2 camca besar yogurt (xde stok)
Mayonis

Cara-cara:
Goreng kentang hingga garing, ketepikan.
Cairkan butter di dalam kuali x melekat dgn api yg kecil. Masukkan tepung n kacau rata.
Tambah susu n kacau lg sehingga pekat.
Masukkan keju n kacau lg sehingga keju larut.
Masukkan yogurt n kacau.
Masukkan sos keju n mayonis ke dlm piping bag yg berlainan.
Paipkan ke atas kentang.
Sedia utk dihidang.

Nota:
Sy menggunakan kentang segar, celup dlm lebihan telur n tepung goreng ayam tadi


KENTANG PUTAR



Bahan-bahan:
10 biji kentang (buang kulit, potong dadu n rebus bersama garam) - sy guna 3 biji
1 sudu kecil lada hitam
1/2 cawan susu segar (sy gnti 1 camca besar susu Boboy-3 + air 1/2 cawan)
Secubit garam

Cara-cara:
Rebus kentang hingga empuk n tuskan, lenyek dgn senduk. Kemudian putar dgn hand mixer bersama serbuk lada hitam n susu segar hingga halus n gebu.

Sosnya:
650 ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bwg besar dicincang
1 btg sadri
40 gm butter
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 susu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat manis

Cara-cara:
Masak air bersama stok ayam, bwg besar n sadri. Angkat n tapis ambil ainya sahaja. Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau dgn api perlahan sehingga tidak melekat pd tepi periuk. Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit n kacau sebati sehingga tidak bergentel. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam n beberapa titis kicap utk perangkan warna sos. Hidangkan bersama kentang putar.


COLESLAW



Bahan-bahan:
1/2 bahagian kobis cina (sy guna kobis bulat) - hiris halus
1/2 bahagian kobis ungu (sy pandai2 tmbh) - hiris halus
2 batang lobak merah (sy guna 1/2 btg) - sagat
3-4 camca besar mayonis (sy guna 2 camca besar)
1/2 cwn yogurt nestle (x letak)
Salad dressing (x letak)
1 camca teh gula

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan, masukkan dlm peti ais sementara menunggu utk dihidang.

No comments:

Post a Comment