Hobi kumpul kerak roti.... bila dh byk maka terhasillah Puding Roti.... Ank2 ni kerak roti bolayan, so drpd membazir, lbh baik smpn n recycle smula jdikan menu yg ank2 suka... simpan elok2 dlm bekas n letak dlm freezer.... insyaAllah tahan bertahun.... klu simpan dlm fridge roti akan berkulat jua akhirnya..... Ni ada lg baki roti reja2 aiskrim goreng aritu, tggu one fine day utk recycle... resepi ni sy dpt dr FB Kongsi Resepi, sy ada tokok tmbah sana sinun, so TQVM kpd yg share respi ni yek....
PUDING ROTI
20 keping roti
200 ml santan kotak santan dicampur sedikit air/susu cair untuk tenggelamkan roti
5 biji telur
10 sudu besar gula pasir (agak2 ikut citarasa)
pandan paste
secubit garam
Hidang bersama:
Susu cair Ideal
Buah koktail (sy menggunakan nenas dlm tin)
Semua bhn2 ni kecuali roti, campur dan kacau hingga gula larut. Susun roti dalam loyang, tuang bhn2 atas roti tadi n kukus lebih kurang 30 minit(sy bakar 45 minit). Kalau suka boleh tabur kismis. Setelah masak, sejukkan atas redai. Kemudian masukkan dlm peti sejuk dan hidangkan dengan susu cair n buah koktail.
No comments:
Post a Comment