Friday, July 30, 2010

SWEET TART a.k.a. TART NENAS SEDAP

Skodeng blog Kak Ina KL terliur tgk Kak Ina buat tart ini.... kebetulan nk cuti2 Malaysia xtau nk buat apa utk kudap2.... mmg rasa seindah nama se"sweet" rupa.... TQVM Kak Ina mencetuskan idea buat tart ni n di bawah sy CnP resepi dr blog beliau....


Selepas canai, terap dgn acuan bunga kelopak 6. Sy gunakan tudung tupperware utk ukur sama tebal dohnya....


Ratakan papercup & letak doh yg dah diterap di atasnya


Inilah acuan yg digunakan


Susun di dalam acuan peanut butter


Isikan inti


Dah siap bakar


Posing vogue berderet....


Posing dlm balang utk dibawa cuti2 M'sia

TART NENAS SEDAP

250gm butter - akak gunakan butter jenama tatura (sy guna buttercup)
60 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila

Bahan ayak
300-330gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30gm tepung kastad
20gm susu tepung
2gm garam halus (x letak)

Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

Untuk Jem:
Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.
Nota: sy gunakan jem nenas lebihan tahun lepas, masih elok hibernate dlm peti ais doremon

No comments:

Post a Comment